Utusan Malaysia
19 Ogos 2015 1:59 AM
AZIH MUDA (tengah) dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam, berhubung penjawat awam yang menjadi mangsa penipuan ejen perumahan tidak berlesen.
KUALA LUMPUR 18 Ogos - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menerima lebih 1,000 aduan daripada penjawat awam melibatkan kes penipuan beberapa ejen syarikat pemaju perumahan tidak berlesen.
Menurut Presidennya, Datuk Azih Muda, masalah berkenaan sudah boleh dikategorikan sebagai kronik apabila kos kerugian yang dialami melebihi RM50 juta sepanjang 10 tahun lalu.
“Deposit dikenakan agak tinggi, potongan gaji telah dibuat tetapi rumah tidak dibina. Bagaimana Bahagian Pinjaman Perumahan boleh meluluskan pinjaman sedangkan mereka sendiri tidak memastikan kewujudan rumah berkenaan terlebih dahulu?.
“Di Kelantan sahaja kira-kira 13,000 penjawat awam terlibat.
Ada juga yang membuat aduan kepada Jabatan Perumahan Negara dan mereka terkejut apabila diberitahu pemaju itu tidak berlesen,” katanya dalam sidang akhbar mengenai isu perumahan penjawat awam dan Bajet 2016 di sini hari ini.
Setakat ini, CUEPACS telah mengambil inisiatif turun padang ke Kelantan untuk memantau permasalahan tersebut dan mendapati lebih 14 taman perumahan masih lagi terbengkalai sejak enam tahun lalu tetapi dalam masa sama pembeli terus membuat potongan gaji.
Antara lokasi perumahan lain yang turut terlibat ialah sekitar Bukit Beruntung, Selangor; Kuala Kangsar, Perak; Kota Bharu, Kelantan; Gong Badak; Kuala Terengganu; Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak, yang melibatkan lebih 20 taman perumahan.
Tambahnya, Bahagian Pinjaman Perumahan sepatutnya tegas dalam menangani masalah itu secara lebih terperinci dengan memastikan projek perumahan terlibat benar-benar wujud serta pemaju yang berlesen sebelum meluluskan setiap pinjaman yang dipohon.
Dalam perkembangan lain, Azih juga menzahirkan keluhan kebanyakan penjawat awam yang masih berharap kerajaan mempercepatkan pelaksanaan penambahbaikan 252 skim perkhidmatan seperti yang dijanjikan dalam pembentangan Bajet 2015 termasuk penetapan gaji minimum.
Pelaksanaan itu dilihat dapat meringankan beban golongan berpendapatan rendah untuk menghadapi cabaran kos sara hidup yang kian meningkat di samping memberi peluang kepada kakitangan lama merasai nikmat skim perkhidmatan baharu sebelum bersara.
1 ulasan:
Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.
Catat Ulasan