SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

08 Ogos 2015

PTPTN MULA PEMOTONGAN GAJI PENJAWAT AWAM SEPTEMBER

Bernama
8/8/2015



KUANTAN, 8 Ogos (Bernama) -- Potongan gaji bagi penjawat awam yang mempunyai pinjaman dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mula dilaksanakan penghujung September depan.

Ketua Eksekutif PTPTN Agos Cholan berkata, langkah itu akan dilakukan secara berperingkat melibatkan seramai 163,007 penjawat awam yang tidak pernah membuat pembayaran atau tidak konsisten menyelesaikan pinjaman PTPTN.

"Selaras dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal sebelum ini, PTPTN akan mula melakukan pemotongan gaji terhadap kakitangan awam terlibat pada hujung bulan depan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Mesra PTPTN bersama pelanggan yang disempurnakan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Lepar Datuk Mohd Shohaimi Jusoh di sini, hari ini.

Katanya, pertemuan diadakan dengan penjawat awam yang terlibat merundingkan pinjaman secara ansuran bulanan.

Mohamad Zabidi dalam kenyataan sebelum ini berkata kesemua 163,007 penjawat awam yang tidak pernah membuat pembayaran atau tidak konsisten menjelaskan pinjaman PTPTN, diwajibkan membuat bayaran melalui potongan gaji.

Untuk itu, seramai 480 warga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) termasuk 136 pegawai kumpulan pengurusan dan profesional akan menjadi kumpulan pertama membuat potongan gaji bagi bayaran balik PTPTN September ini.

Dalam perkembangan lain, PTPTN turut menyasarkan simpanan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) RM2 bilion menjelang 2020.

Agos berkata, setakat ini SSPN-i telah mempunyai 2.3 juta penyimpan dengan jumlah simpanan mencecah RM1 bilion.

-- BERNAMA

11 ulasan:

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

minta blogger bertindak tegas terhadap "bpk baktiar" yang memuat naik komen menjurus kepada terpesongnya akidah orang Islam.Tak seharusnya blogger membiarkan komen tersebut terus dibaca orang lain dan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.Saya mencadangkan blogger dapat mengalihkan komen tersebut supaya tidak dapat dibaca oleh pengguna lain demi kebaikan bersama.

Unknown berkata...

kita sokong segala usaha kerajaan demi memantapkan ekonomi negara seperti GST,namun penjawat awam terutama pelaksana 1 dan 2 sangat sangat mengharapkan kenaikkan gaji selain kenaikan gaji tahunan serta elaun khidmat awam serta elaun sara hidup demi meringankan beban penjawat awam yang sentiasa menjadi tulang belakang kerajaan.

Unknown berkata...

kami penjawat awam golongan pelaksana tidaklah merasa beban dengan cukai gst yang dikenakan oleh kerajaan,namun demikian kami juga mengharapkan kenaikan gaji yang akan diumumkan kelak sebagai pulangan kembali cukai yang telah dimanfaatkan.Seandainya kerajaan memberi kenaikan gaji walau pun sedikit,bagi kami penjawat awam cukup memadai dan sentiasa berterima kasih kerana kami semua sedar cukai gst ini hak milik semua dan bukannya kakitangan awam semata-semata.Pembayaran PTPTN adalah wajib kerana hutang tersebut mestilah dibayar sebagaimana pinjaman -pinjaman yang lain.Tidak seharusnya kakitangan yang telah mendapat pekerjaan cuba mengelakkan diri dari membayar hutang kerana fikirlah anak-anak kita akan datang dapat memanfaatkan pinjaman ini.Memang kami menyokong penuh usaha pihak berkaitan membuat pemotongan gaji kerana cara inilah yang dapat menyelesaikan segala hutang PTPTN yang sekian lama tertangguh.

Unknown berkata...

Bagi pemotongan PTPTN ni, bagi gred 27 ke atas, pemotongan WAJIB dilaksanakan..
Walaubagaimanapun, minta consider utk gred 17 ke bawah sbb kebanyakan lantikan2 baru adalah graduan yg mempunyai pinjaman, dan gaji permulaan amatlah sedikit berbanding kos sara hidup yg tinggi.

Satu cadangan mekanisme yg boleh dilaksanakan untuk gred 17 kebawah ni, pemotongan utk pinjaman PTPTN wajib dilakukan setelah penjawat tersebut telah menerima lebih dari 3 kali kenaikan, baru wajib potong..

Mohon consider la sikit kami yg baru bekerja, nak dpt jawatan tinggi terus mmg tak dapat la.. Semua nak pengalaman @ KPSL.. Macam mana tu? Start dari gred 17 je la dulu.

Homestay berkata...

salam minta klu nak potong jgn kira pangkat, kena fikir orang lain sama yang berkehendakan pinjaman tersebut. jadi biar la PTPTN n JPA yang fikirkan

Unknown berkata...

minta blogger bertindak tegas terhadap "bapak rahmat bastian" yang memuat naik komen menjurus kepada terpesongnya akidah orang Islam.Tak seharusnya blogger membiarkan komen tersebut terus dibaca orang lain dan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.Saya mencadangkan blogger dapat mengalihkan komen tersebut supaya tidak dapat dibaca oleh pengguna lain demi kebaikan bersama.

Unknown berkata...

Cara Periksa Baki Ptptn & Semak Baki Ptptn
http://lemangpanas90.blogspot.my/2015/09/cara-periksa-baki-ptptn.html

Unknown berkata...

bapa rahmat pg mampusla ngan no ekorwu

Unknown berkata...

bapa rahmat pg mampusla ngan no ekorwu