SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

07 Mei 2016

BENARKAN PENJAWAT AWAM WANITA KERJA DARI RUMAH - CUEPACS

Berita Harian
7/5/2016




KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan kepada kerajaan supaya menggubal dasar membenarkan 77,440 orang atau 48.4 peratus penjawat awam wanita bekerja dari rumah. Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata cadangan berkenaan sebagai langkah mengurangkan risiko terhadap keselamatan, produktiviti kerja dan keseimbangan membina keluarga.

Beliau berkata, wanita memiliki kelemahan emosi menyebabkan mereka terdedah kepada pelbagai faktor luaran yang menjejaskan pekerjaan seperti tekanan kemurungan, mangsa jenayah dan kesuburan menurun. Katanya, kebanyakan pekerja wanita gagal membuat pilihan sama ada meneruskan hasrat membina kerjaya atau memberi fokus kepada anak dan keluarga. "CUEPACS berpendapat pelaksanaan dasar bekerja dari rumah menyenangkan pekerja wanita yang kerap bercuti kecemasan akibat masalah kesihatan anak atau suami, selain ia tidak menjejaskan sasaran kerajaan mencapai matlamat pembangunan moden.

"Kita percaya bilangan pekerja wanita dalam sektor awam atau swasta akan bertambah setiap tahun berikutan kecemerlangan pendidikan ditunjukkan golongan ini," katanya ketika Sambutan Hari Wanita Sedunia 2016 - Peranan Wanita Dalam Dunia Digital, di sini, hari ini

5 ulasan:

Dr-Vroom berkata...

CUEPACS who is this "SULISTIAWATI" making free advertisement here in CUEPACS blog ?? Get rid of her immediately to clean CUEPACS blog from unwanted cheap advertisement ! Better still, call Kementerian Dlm Negeri and investigate her.

ANAK MERDEKA berkata...

tak perlu bekerja di rumah...di setiap pejabat tu JPA perlu memantau pekerja wanita YANG MEMBAWA ANAK KE PEJABAT SEWAKTU BEKERJA.....harap pihak kerajaan mengeluarkan PEKELILING kepada seluruh perkhidmatan AWAM agar tidak membawa anak semasa bertugas..kadang-kadang apa yg dilihat mereka menjadikan pejabat tempat jaga anak pulak...anak diberi main komputer pejabat, berlari kesana kemari..adakah ini perkhidmatan kerajaan ???? kakitangan awam dibayar gaji untuk bekerja, bukan menjadikan pejabat seperti TASKA atau TABIKA....pergilah pantau di pejabat2 kerajaan hari ini atau badan berkanun seluruh malaysia, mesti ada kakitangan membawa anak mereka ke pejabat.ini mengakibatkan prestasi perkhidmatan awam tercemar apabila pelanggan berurusan..bila pelanggan sedang berurusan pada masa yg sama anak-anak kakkitangan menangis lah dan mcm2 lagi..mengakibatkan pelanggan terpaksa menunggu ...

Mahmood Adam berkata...

perempuan ini sempurna kejadiannya, tetapi diletakkan di tempat yang salah. inilah yang berlaku sekarang apabila perempuan dibenarkan keluar rumah untuk bekerja di pejabat, anak diserah kepada penjaga, atau lebih malang lagi datuk nenek pula yang menjaga cucunya. yang buruk perangai pula membawa anak ke pejabat dengan harapan rakan sekerja memahami mereka, tetapi mereka ini mementingkan diri sendiri taknak pula memahami perasaan rakan sekerja lain atau memahami peraturan pejabat yang ada. dalam kes sebegini, kesalahan harus diletakkan kepada lelaki, mereka yang menjadi pembuat dasar perkhidmatan awam yang dayus kerana mengambil penjawat awam wanita, dalam masa yang sama suami kepada perempuan ini juga dayus kerana gagal menjadi pemberi nafkah dan pencari rezeki yang sebenar-benarnya sehinggakan meletakkan beban mencari rezeki kepada isteri/ibu kepada anaknya.

TKI berkata...

Nak sangat duduk rumah berhenti kerja..kakitangan wanita juga perlu meletakan kepentingan jabatan dan negara sebagai keutamaan. Berada di pejabat pun tidak dapat dipastikn kualiti kerja bagaimana mahu menjamin prestasi kerja di rumah lebih baik.

TKI berkata...

Nak sangat duduk rumah berhenti kerja..kakitangan wanita juga perlu meletakan kepentingan jabatan dan negara sebagai keutamaan. Berada di pejabat pun tidak dapat dipastikn kualiti kerja bagaimana mahu menjamin prestasi kerja di rumah lebih baik.