Sinar Harian
4/5/2016
4/5/2016
KUALA LUMPUR - "Kenaikan satu tangga gaji bermula 1 Julai ini akan
memberi motivasi kepada 1.6 juta penjawat awam untuk meningkatkan sistem
penyampaian," kata Setiausaha Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam
Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Lok Yim Pheng.
Beliau berkata ia juga dapat membantu penjawat awam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.
"Cuepacs pada mulanya bimbang sama ada berlaku kenaikan gaji atau
tidak. Dengan janji kerajaan meneruskan kenaikan satu tangga gaji, kami
merasa lega dan berterima kasih.
"Kelegaan ini lebih-lebih lagi dirasai kumpulan gred rendah termasuk mereka yang mempunyai kelulusan PMR dan SPM," katanya.
Semalam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali memberi jaminan
kerajaan akan tetap melaksanakan kenaikan satu tangga gaji pada 1 Julai
ini meskipun keadaan ekonomi sukar.
Katanya, kerajaan juga berjanji meneruskan penambahbaikan kepada 252
skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406,000 penjawat awam.
Yim Pheng berkata, keputusan menaikkan satu tangga gaji itu juga adalah
hasil kerjasama dan perbincangan antara Cuepacs dan kerajaan.
"Meskipun ada lagi tuntutan lain daripada Cuepacs seperti kadar elaun,
ia perlu diputuskan secara berperingkat supaya tidak membebankan
kerajaan," katanya. - Bernama
3 ulasan:
Trima kasih pm...tp kami yg berjawatan rendah ni cuma terima rm80 sahaja...mampukah rm80 ni meringankan bebanan hidup sekarang ini...lain yg berjawatan tinggi...leh senyum lg...yg ada x abis pakai...tambah lg nk ringankan bebanan hidup...ye kan hajje leh
Trima kasih pm...tp kami yg berjawatan rendah ni cuma terima rm80 sahaja...mampukah rm80 ni meringankan bebanan hidup sekarang ini...lain yg berjawatan tinggi...leh senyum lg...yg ada x abis pakai...tambah lg nk ringankan bebanan hidup...ye kan hajje leh
Bohong!! Yang kami sudah dapat Surat pergerakan gaji panda bulan Julai punya take dapat naik 2x kenaikan..atas alasan ppd belum suruh
Kew 8 tak ada
Dapat duit kenaikan? Tak adil
Catat Ulasan