Bernama
11/5/2016
11/5/2016
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Program rasionalisasi perkhidmatan awam dilaksanakan tepat pada masanya memandangkan kos sara hidup kini semakin meningkat, kata seorang ahli akademik.
Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata langkah untuk mengemas kini dan menyelaras skim perkhidmatan awam akan memberi manfaat kepada penjawat awam, terutama golongan di gred yang lebih rendah dan kini bergelut bagi memastikan kelangsungan hidup.
Bagaimanapun, kata beliau, secara keseluruhannya masih banyak ruang yang perlu ditambah baik dalam skim perkhidmatan awam supaya para penjawatnya akan lebih berdaya saing dan setanding dengan pekerja sektor swasta.
Menggesa kerajaan untuk memberi perhatian terhadap skim kenaikan gaji atau bayaran bonus kakitangan awam berdasarkan prestasi, Ahmad Martadha berkata: "Ini kerana, kebanyakan kakitangan tidak akan berusaha sebaik mungkin untuk bekerja dengan cemerlang, jika bonus diberikan kepada kesemua pekerja, tanpa mengira prestasi atau pencapaian mereka.
"Sedangkan, sektor swasta mengutamakan prestasi kerja individu sebagai indikator untuk kenaikan pangkat atau imbuhan," katanya kepada Bernama.
Program rasionalisasi perkhidmatan awam diumumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu pekeliling yang dikeluarkan pada 14 April. Menurut pekeliling itu, sejumlah 252 skim perkhidmatan awam sedia ada akan ditambah baik dan dikurangkan menjadi hanya 240 skim, dengan tangga gaji minimum dinaikkan kepada RM1,200 daripada RM837 pada masa kini. Skim perkhidmatan baru akan berkuat kuasa pada 1 Julai.
Ketua Pengarah JPA Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dalam satu kenyataan awal bulan ini berkata bahawa beberapa skim perkhidmatan akan dihapuskan di bawah program rasionalisasi kerana skop, tugas dan fungsi pekerjaan itu didapati menjadi tidak relevan dan tidak lagi diperlukan.
Mengulas lanjut, Ahmad Martadha berkata kerajaan memainkan peranan penting dalam memastikan budaya kerja yang kondusif dalam perkhidmatan awam agar kehendak dan kebajikan masyarakat dapat dipenuhi dengan sebaik mungkin selaras dengan slogan kerajaan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.
Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata program rasionalisasi itu sekali gus membuka ruang kepada generasi muda untuk berkhidmat sebagai penjawat awam.
"Bukan sahaja beberapa skim dimansuhkan, malah skim gaji juga ditambah baik mengikut keadaan ekonomi semasa," katanya.
Azih juga menggesa generasi muda agar melengkapkan diri masing-masing dengan kemahiran vokasional dan teknikal bagi merebut peluang mengisi keperluan dalam beberapa bidang tertentu di sektor awam umpamanya kejuruteraan.
-- BERNAMA
3 ulasan:
kenapa perubahan skim N1 ke N11 tiada pertambahan gaji,hanya skim sahaja berubah.Tetapi tiada pertambahan gaji atau anjakan gaji.
berdasarkan kenyataan yang dibuat dalam media,semakan skim untuk gaji yang lebih baik.malangnya skim berubah...tapi gaji tetap sama.skop tugas bertambah.
Berikan tumpuan golongan ini,saya akan bangkitkan dalam mesyuarat akan datang.
ASS..WR.WB.SAYA IBU RITA TKI HONGKONG INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN EYANG SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN KEBUN YANG DULUNYA SEMPAT DIGADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO,YANG MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA 4D HONGKONG KEPADA SAYA DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI NO HP: (-0823-9177-2208-) EYANG WORO MANGGOLO JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN SENDIRI.
angka;GHOIB: singapura
angka;GHOIB: hongkong
angka;GHOIB; malaysia
angka;GHOIB; toto magnum
angka”GHOIB; laos…
angka”GHOIB; macau
angka”GHOIB; sidney
angka”GHOIB: vietnam
angka”GHOIB: korea
angka”GHOIB: brunei
angka”GHOIB: china
angka”GHOIB: thailand
ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
kepada zabidi, jangan lupa hapuskan sekali skim PTD. skim ni juga tak relevan. hanya tahu redah masuk jabatan/kementerian, cukup masa, pindah ke tempat lain semata-mata atas dasar naik pangkat.
Catat Ulasan