Sinar Harian
Kuala Lumpur: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, akan membawa tuntutan
Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), bagi
menyemak semula elaun kakitangan awam ke Kabinet pada Rabu ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kali terakhir elaun berkenaan dikaji ialah 14 tahun lalu.
Beliau berkata, selain itu, tuntutan supaya Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan untuk sektor awam juga akan dibincangkan.
"Saya rasa tuntutan-tuntutan CUEPACS ini munasabah seperti
elaun-elaun kakitangan awam yang difahamkan sudah tiada semakan selama
14 tahun.
"Saya akan ingatkan Menteri Sumber Manusia (Datuk Richard Riot
Jaem) untuk membawakan kedua-dua tuntutan itu untuk dibincangkan dalam
Kabinet Rabu ini," katanya semasa berucap merasmikan Konvensyen Kongres
Tritahunan CUEPACS ke-27 di sini hari ini.
Turut hadir Richard, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib dan Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan