SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

19 Disember 2019

Adnan Mat ganti Azih terajui CUEPACS

Berita Harian
Oleh Rafidah Mat Ruzki
fidahruzki@bh.com.my

19/12/2019



SHAH ALAM: Timbalan Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan, Adnan Mat memenangi pemilihan Presiden CUEPACS selepas menewaskan empat calon lain.
Pada pemilihan semalam, beliau mengalahkan Timbalan Presiden CUEPACS II, Zainal Ismail yang mendapat 381 undi; Setiausaha Kewangan CUEPACS, Mohd Razali Singah (190); Presiden Kesatuan Pegawai Hutan Melayu Semenanjung Malaysia (KPHMSM), Datuk Ahmad Shuffir Zakaria (45) dan Presiden Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia, Abdul Malik Mohamed Zin (87) selepas mendapat sebanyak 676 undi.
Pengumuman Pemilihan Pegawai-Pegawai Tertinggi CUEPACS bagi penggal 2019-2022 itu diumumkan pagi ini pada Konvensyen Kongres Tritahunan CUEPACS Ke-28 di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini.
Dua jawatan Timbalan Presiden pula dimenangi Aminuddin Awang dan Zulkifli Mohamed, masing-masing memperoleh sebanyak 766 dan 756 undi.
Mereka mengalahkan empat calon lain, iaitu Nor Hayati Abd Rashid (608); Ahmad Malie (157); Ahamad Hasanar (117) dan Asman Mohd Nawawi (110).
Pada masa sama, Abdul Rahman Mohd Nordin yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Setiausaha Agung I menang tanpa bertanding jawatan Setiausaha Agung.
Seramai 1, 369 daripada 1,509 perwakilan berdaftar memilih sembilan jawatan utama pimpinan kesatuan itu yang mewakili 114 cawangan gabungan dan 14 cawangan negeri, termasuk jawatan Presiden yang dikosongkan Datuk Azih Muda.

Tiada ulasan: