Sinar Harian
19/4/2020
19/4/2020
KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan
Awam (Cuepacs) mencadangkan agar elaun khas petugas barisan hadapan
yang terlibat dengan pengurusan Covid-19 dibayar secara terus bersama
gaji setiap bulan kepada petugas terbabit.
Presidennya,
Adnan Mat dalam kenyataan hari ini berkata, ia bertujuan memudahkan
cara pembayaran elaun kepada petugas berkenaan tanpa perlu mengisi
borang yang sama setiap bulan selain mengurangkan kerenah birokrasi.
"Cuepacs
menerima banyak aduan dan rungutan mengenai kerenah birokrasi serta
penetapan syarat yang dilihat merumitkan petugas barisan hadapan untuk
membuat tuntutan elaun berkenaan.
"Elaun
yang diberikan kerajaan adalah suntikan semangat kepada petugas barisan
hadapan. Jangan kita lunturkan semangat dengan kerenah birokrasi,"
katanya.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika
mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) pada 27
Mac lalu mengumumkan peningkatan elaun khas daripada RM400 kepada RM600
bagi petugas kesihatan seperti doktor, jururawat dan kakitangan
perubatan lain yang terlibat secara langsung dalam pengurusan serta
membendung Covid-19.
Bagi anggota tentera, polis, kastam,
imigresen, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota Jabatan
Sukarelawan Malaysia (Rela) yang terlibat secara langsung dalam
melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mereka akan menerima elaun
khas RM200 sebulan.
Elaun ini juga akan dibayar mulai 1 April 2020 sehingga wabak Covid-19 berakhir. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan