KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan membantu memberi penerangan kepada penjawat awam bagi menyokong usaha Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) yang ingin menubuhkan konsortium bagi membolehkan barang keperluan asas dijual dengan pada harga lebih rendah.
Setiausaha Agungnya, Abdul Rahman Mohd Nordin berkata penjawat awam memang ternyata banyak menyumbang kepada hasil ekonomi negara terutama ketika pandemik COVID-19 dalam tempoh dua tahun ini.
"Bagaimanapun, setakat ini belum ada perbincangan dengan ANGKASA tetapi ia akan dilakukan dalam masa terdekat untuk masing-masing berkongsi input untuk menjayakan matlamat konsortium.
"Saya yakin dengan seluruh masyarakat terutama penjawat awam untuk memboikot orang tengah akan berhasil untuk kembali menurunkan harga barangan keperluan di pasaran," katanya kepada BH, hari ini.
Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah, dilaporkan berkata pihaknya akan menubuhkan konsortium yang menggabungkan lebih 3,000 outlet runcit melalui gerakan koperasi negara dalam usaha menurunkan harga keperluan asas.
Melalui pendekatan itu katanya, ANGKASA akan bertindak sebagai penyelaras untuk membekalkan barang keperluan harian pada harga berpatutan dalam sistem rantaian pembekalan yang kini dimanipulasi orang tengah hingga menyebabkan harga barangan meningkat.
"Saya mahu orang ramai menolak orang tengah kerana kebanyakan punca kenaikan barangan keperluan seperti gula, minyak masak dan beras kerana ia disebabkan orang tengah.
"Jadi apabila ada konsortium yang mempunyai ribuan produk runcit ini akan berhasil menurunkan harga kepada konsortium terus memperoleh bekalan tanpa campur tangan orang tengah," katanya.
1 ulasan:
Adakah anda memerlukan bantuan kewangan dalam apa jua bentuk? Pinjaman peribadi; Pinjaman perniagaan; gadai janji; Pinjaman korporat? Pembiayaan pertanian dan pembiayaan projek? Kami memberi pinjaman dengan kadar faedah 2%! Hubungi: challotloan@gmail.com
Catat Ulasan