SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

23 Januari 2022

Kebenaran berpolitik perlu pekeliling jelas - Cuepacs

 Harian Metro
23/1/2022


Kuala Lumpur: Kerajaan perlu segera mengeluarkan pekeliling atau garis panduan yang jelas mengenai kebenaran bagi guru serta petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) untuk terbabit aktif dalam aktiviti politik.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat berkata, garis panduan itu penting bagi memastikan tiada pelanggaran undang-undang seperti salah guna kuasa, selain mengelak daripada orang awam membuat tuduhan tidak berasas.

"Kebenaran itu pada dasarnya adalah munasabah kerana ketika ini remaja seawal usia 18 tahun pun bakal diberikan hak untuk terbabit dalam pilihan raya umum.

"Walaupun diberikan kebenaran berpolitik, keutamaan yang perlu didahulukan oleh semua penjawat awam tetap ialah tugas hakiki masing-masing, terutama dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan membenarkan semua guru sekolah dan petugas Kemas di seluruh negara untuk berpolitik sebagai menghormati prinsip demokrasi.

Sementara itu Adnan berharap kebenaran berpolitik itu tidak menjadikan guru, petugas Kemas atau penjawat awam lain diarahkan bekerja untuk politik, lebih-lebih lagi dengan status kontrak kakitangan Kemas yang menyebabkan mereka terdedah pada ugutan atau dianiaya sekiranya berlaku peralihan kuasa atau enggan melaksanakan aktiviti politik seperti diarahkan pihak tertentu.

"Cuepacs bimbang kebenaran itu disalah guna atau disalah erti oleh pihak tertentu hingga membuatkan penjawat awam menjadi alat politik, diugut dan sebagainya.

"Perkara ini pernah terjadi terutama membabitkan kakitangan Kemas yang dituduh membantu kerajaan terdahulu sedangkan setiap tugas dilakukan dengan profesional dan penuh tanggungjawab," katanya.

Sehubungan itu, Adnan juga berharap kerajaan memberikan taraf jawatan tetap kepada petugas Kemas selari dengan kebenaran untuk mereka berpolitik.

Katanya, penjawat awam lain yang dibenarkan berpolitik seperti guru adalah petugas tetap, jadi mereka tidak cenderung untuk dianiaya atau diugut berdasarkan status tetap itu.

Beliau turut menasihatkan parti politik agar tidak menjadikan penjawat awam sebagai alat untuk kepentingan politik masing-masing kerana perkhidmatan awam perlu bergerak secara profesional walaupun mempunyai ideologi politik berbeza.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kepada Encik Anderson Carl kerana membantu dengan keuntungan saya dan membolehkan pengeluaran kelima saya. Saya di sini untuk berkongsi peluang mengubah hidup yang menakjubkan dengan anda. ia dipanggil pilihan perdagangan Bitcoin / Forex. ia adalah perniagaan yang sangat menguntungkan yang boleh menjana pendapatan anda sebanyak $2,570 dalam seminggu daripada pelaburan awal hanya $200. Saya adalah bukti hidup peluang perniagaan yang hebat ini. Jika sesiapa berminat untuk berdagang dengan bitcoin atau mana-mana mata wang kripto dan mahukan perdagangan yang berjaya tanpa kalah, beritahu Encik Anderson Carl sekarang di Whatsapp: +1(252)285-2093
E-mel: andersoncarlassettrade@gmail.com