SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

20 Februari 2023

CUEPACS mohon gaji penjawat awam dinaikkan

   Berita Harian
   20 Februari2023


KUALA LUMPUR: CUEPACS memohon kerajaan menaikkan gaji penjawat awam menerusi Belanjawan 2023, bagi menyelesaikan masalah peningkatan kos sara hidup yang begitu ketara ketika ini.

Presidennya, Datuk Adnan Mat, berkata kunci utama untuk negara keluar daripada belenggu kos sara hidup ialah dengan meningkatkan kadar gaji serta upah pekerja.

Beliau berkata, faktor gaji dan upah menjadi perkara yang mendesak ketika ini kerana kadar semasa dilihat tidak lagi relevan dengan peningkatan kos sara hidup yang mendadak, terutama membabitkan keperluan asas seperti makanan, kesihatan dan perumahan.

"Tambahan pula, sistem saraan perkhidmatan awam yang diguna pakai ketika ini sudah lama tidak dikaji iaitu sejak November 2002 dan tidak lagi sesuai dengan persekitaran ekonomi semasa.

"CUEPACS turut mengharapkan sebuah sistem saraan yang baharu, dengan model gaji dan upah yang mampu meningkatkan pendapatan rakyat lebih baik berbanding peningkatan kos sara hidup," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kenaikan gaji tahunan pula perlu ditetapkan pada kadar minimum RM180 setahun untuk mengimbangi kos sara hidup.

Dalam hal pemilikan perumahan pula, beliau berkata, CUEPACS berharap ada berita gembira yang akan diberikan oleh kerajaan melalui Belanjawan 2023 kerana sejak 2018 semua pembinaan rumah mampu milik untuk kakitangan awam sudah dihentikan oleh kerajaan.

"Langkah ini dilihat menyukarkan penjawat awam untuk membeli kediaman sendiri dan terpaksa terus menghuni kuarters kerajaan atau menyewa seperti biasa.

"Penetapan harga kediaman mampu milik pula mestilah di bawah RM300,000 kerana harga yang ditawarkan oleh pemaju ketika ini sangat tidak masuk akal dengan kadar gaji semasa penjawat awam.

"Bayangkan kediaman di sekitar Putrajaya rata-ratanya bermula dengan harga RM400,000 ke atas. Bagaimana penjawat awam yang kebanyakan dalam kalangan B40 dan M40 ini mampu membelinya," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, CUEPACS juga berharap kerajaan meneliti dan menyelaraskan semula pemberian beberapa elaun yang bersesuaian dengan situasi semasa.

Adnan berkata, belanjawan kali ini perlu melihat perkara yang masih tertinggal dan tidak dilaksanakan sepenuhnya sebelum ini seperti permohonan penebusan awal gantian cuti rehat (GCR) tahun lalu, yang masih ramai tidak dibayar.

"Peruntukan untuk penebusan awal GCR ini sepatutnya diberikan kepada semua penjawat awam yang memohon dan bukanlah diberi berdasarkan sejumlah peruntukan saja," katanya.

Tiada ulasan: