SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

23 Oktober 2009

BERI PELUANG KEPADA KONTRAKTOR BUMIPUTERA

Utusan Malaysia
23/10/2009




KUALA LUMPUR 21 Okt. - Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur berharap pembentangan Bajet 2010 pada Jumaat ini dapat memberi ruang yang lebih besar kepada golongan kontraktor dan pengusaha bumiputera menjana perniagaan mereka.

Presidennya, Datuk Syed Amin Al Jeffri berkata, perbelanjaan yang dirangka oleh kerajaan itu nanti mampu memberi rangsangan kepada ekonomi terutama melalui kontrak-kontrak yang bakal dimanfaatkan oleh golongan berkenaan.

''Kita juga berharap kerajaan dapat mengurangkan penyelarasan cukai perniagaan yang dikenakan ke atas individu.

''Selama ini, ia boleh menjangkau sehingga 27 peratus maksimum, berbanding purata cukai yang dikenakan ke atas syarikat iaitu 25 peratus," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai harapan pihaknya berhubung perancangan Bajet 2010 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat, Jumaat ini.

Dalam pada itu, beliau berpendapat, pembentangan Bajet 2010 itu juga perlu selari dengan pakej-pakej rangsangan ekonomi yang telah disuntik kerajaan sebelum ini.

Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yakin bajet yang akan diumumkan nanti dapat menjadi landasan ke arah perkembangan yang lebih baik ke atas ekonomi negara.

''Jika itu berlaku, ia sekali gus meningkatkan produktiviti tenaga kerja di sektor awam selaras dengan konsep 1Malaysia,'' kata Presidennya, Omar Osman.

Tiada ulasan: