Utusan Malaysia
24/10/2009
KUANTAN 23 Okt. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) perlu mengamalkan pendekatan saling hormat-menghormati dengan kerajaan bagi membolehkan pelbagai tuntutan yang diperjuangkan dapat diselesaikan.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pendekatan konfrontasi atau bermusuhan dengan kerajaan bukan sahaja tidak mendatangkan faedah malah menimbulkan pelbagai masalah kepada kesatuan.
Beliau berkata, adalah mustahil untuk kerajaan memuaskan hati semua pihak termasuk pemberian bonus dan kenaikan gaji ketika ekonomi dunia berdepan dengan ketidaktentuan.
"Yang mustahak ialah kepimpinan CUEPACS terus menjalin hubungan baik dengan kerajaan di samping menasihatkan ahli-ahli supaya terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
"Banyak masalah seperti tuntutan bonus dan kenaikan gaji yang diperjuangkan oleh kesatuan itu dapat diselesaikan jika hubungan harmoni dengan kerajaan dapat dikekalkan,'' katanya.
Beliau menyatakan demikian ketika merasmikan Seminar Presiden-Presiden Kesatuan Gabungan CUEPACS di sebuah hotel di sini semalam.
Turut hadir Presiden CUEPACS, Omar Osman dan Pengerusi CUEPACS Pahang, Kamarozaman Abd. Razak.
Adnan menjelaskan, gaji yang benar-benar memuaskan hati semua pihak hanya akan dapat dinikmati apabila kedudukan kerajaan dan ekonomi negara kukuh.
"Oleh itu ahli-ahli CUEPACS perlu membantu kerajaan bagi memastikan ekonomi negara dalam keadaan baik,'' ujarnya.
Beliau turut meminta pemimpin kesatuan meningkatkan ilmu di kalangan ahli supaya mampu berfikir dan bertindak secara rasional serta reda menghadapi masalah.
Beliau juga meminta CUEPACS memberi peluang dan membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjayakan gagasan 1Malaysia yang memberi penekanan kepada perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum sebagai asas pembangunan dan kemajuan negara.
"Ini penting kerana tanpa perpaduan yang kukuh, segala rancangan pembangunan yang dibuat oleh kerajaan tidak akan dapat dilaksanakan,'' katanya.
24/10/2009
KUANTAN 23 Okt. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) perlu mengamalkan pendekatan saling hormat-menghormati dengan kerajaan bagi membolehkan pelbagai tuntutan yang diperjuangkan dapat diselesaikan.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pendekatan konfrontasi atau bermusuhan dengan kerajaan bukan sahaja tidak mendatangkan faedah malah menimbulkan pelbagai masalah kepada kesatuan.
Beliau berkata, adalah mustahil untuk kerajaan memuaskan hati semua pihak termasuk pemberian bonus dan kenaikan gaji ketika ekonomi dunia berdepan dengan ketidaktentuan.
"Yang mustahak ialah kepimpinan CUEPACS terus menjalin hubungan baik dengan kerajaan di samping menasihatkan ahli-ahli supaya terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
"Banyak masalah seperti tuntutan bonus dan kenaikan gaji yang diperjuangkan oleh kesatuan itu dapat diselesaikan jika hubungan harmoni dengan kerajaan dapat dikekalkan,'' katanya.
Beliau menyatakan demikian ketika merasmikan Seminar Presiden-Presiden Kesatuan Gabungan CUEPACS di sebuah hotel di sini semalam.
Turut hadir Presiden CUEPACS, Omar Osman dan Pengerusi CUEPACS Pahang, Kamarozaman Abd. Razak.
Adnan menjelaskan, gaji yang benar-benar memuaskan hati semua pihak hanya akan dapat dinikmati apabila kedudukan kerajaan dan ekonomi negara kukuh.
"Oleh itu ahli-ahli CUEPACS perlu membantu kerajaan bagi memastikan ekonomi negara dalam keadaan baik,'' ujarnya.
Beliau turut meminta pemimpin kesatuan meningkatkan ilmu di kalangan ahli supaya mampu berfikir dan bertindak secara rasional serta reda menghadapi masalah.
Beliau juga meminta CUEPACS memberi peluang dan membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjayakan gagasan 1Malaysia yang memberi penekanan kepada perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum sebagai asas pembangunan dan kemajuan negara.
"Ini penting kerana tanpa perpaduan yang kukuh, segala rancangan pembangunan yang dibuat oleh kerajaan tidak akan dapat dilaksanakan,'' katanya.
22 ulasan:
Sejak kebelakangan ini, cuepacs hanya memperjuangkan habuan kewangan kepada ahli2nya, namun lebih 50% tahap perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat masih tidak memuaskan hati. Kejadian 'under-table' masih berleluasa. Tidak dinafikan perkhidmatan di Pendaftaran Negara & imigresen telah meningkat, bagaimana dengan yang lain?
Adakah cuepacs memperjuangkan pembenterasan rasuah dikalangan ahli2nya?
SAM KL
Cakap berdegar-degar..dua bulan bonus konon...nak bela P.A..tengok..?? bukan kami nak mengharap bonus atau wang ehsan kerajaan sangat..tapi perlu difikirkan juga tahap mutu kerja yang disumbangkan oleh P.A...Ada juga sesetengah P.A yang lebih utamakan kerjaya dari keluarga. Semua itu dilakukan dengan usaha yang Ikhlas kerana Allah taala..tetapi jika diberikan ganjaran juga Alhamdulillah..dapat juga dihulur kepada orang tua dan saudara mara yang serba kekurangan dikampung.Bukannya kami nak gunakan untuk beli sportrim atau set perabot baru.. kalau beli pun banyak kena tambah duit sendiri lagi.sekarang harga barang naik melambung..Apalah sangat dengan RM 1000 .. susu dan pampers serta bayaran untuk pengasuh sahaja...pikirlah.korang gaji besau..tak pe la..kalau kitaorang yang duduk bawah dan gaji secoit nie..kurang kerja prestasi pun kurang..sakit demam dan selalu M.C dah kena sound kat Ketua jabatan..semua kerja nak cepat dan segera.. wassalam..malas nak layan.. gaji pekerja indon lebih mahal dari warga bumiputera sendiri..1Malaysia untuk memakmurkan warga asing..yang kaya akan terus kaya..dan miskin hina akan terus hidup melara..bukan kami sebagai warga bumiputera yang malas..tapi banyak tangan yang di atas..selalu makan sorang-sorang..
presiden cuepacs letak jawatan lah......
Sapa nak peduli kat kita .. Sapa pernah nak ambil tahu harga perbelanjaan anak zaman sekrg . Patut nya, taska jbtan kerajaan bg pree jaga baby . Jgn fikir gaji dulu, gaji dulu rm1 puas makan pagi. sekarg nih, tak rm5 6 tak sah .. Ader ker yg kisah .. Dulu sewa rumah pun rm200 jer . La ni, xder 600 700 jgn harap la. Minyak naik tetap naik .. Nk guna air pun kena bayar ...
Kerja nak perkhidmatan kelas pertama, gaji dan kebajikan kelas ke empat ...
baik kelas malam je la ...
Salam sejahtera..Syabas kepada anda semua yang berminat mengambil tahu hal semasa kesatuan. Sebelum anda menunding jari menyalahkan orang lain,meminta seseorang meletak jawatan didalam cuepacs,adakah anda seorang ahli kesatuan.kalau belum silakan jadi ahli dulu baru nak komen,atau anda yang layak menjadi teraju utama disini.terima kasih
Apasal Omar kena letak jawatan.ok apa dia kerja selama ni...RM500 tu ok lah.lepaslah juga pampers dengan susu.walaupun aku anak-anak dah tak hisap susu dan pakai pampers tapi masa tengok dekat tesco taklah juga mahal susu budak tu.lainlah kalau sehari setin bayi tu minum susu.paling cepat mengikut pengalaman setin besar mau juga 2 minggu....em aku kecik2 pakai pampers ke??????ada alternatif lainlah.........
Salam semua..
rasanya apa yg diperjuangkan oleh Presiden Cuepacs ni,sepatutnya mendapat sokongan yang padu dari semua penjawat awam! bukannya ingin menuding jari semata-mata.. banyak yg cuepacs minta dari kerajaan kalau kerajaan tak bagi kelulusan.. Minta lah jawapan dari Najib.
Pada saya belanjawan 2010 ni menyusahkan kakitangan awam yang bergaji kurang dari 1000.apsal gred 41 dan 52 diberi ganjaran 500 lagi.. kan mereka ni bergaji besar..
tu tak tambah lagi duit 'HARAM' masuk bawah TABLE...
kaya lah...
NI TAK ADIL..\
sokongan degki sgt dgn kump pro..
belajar x pandai..dengki pula tu..
siapa kata 41 gaji besar? cuba compare dengan gred 32 tengok sapa lagi besar?
ada bukti ke 41 ke atas makan duit haram, kalau ada bukti pergi report ke SPRM. Jangan nak menuduh sembarangan.
Selama ni yang paling lambat balik kerja 41 ke atas, yang kat bawah2 lagi 5 minit nak habis waktu bekerja dah beratur panjang depan punch card.
cakap tak serupa bikin. 1Malaysia konon.
puas la hati para pegawai kerajaan gred 41-54 yang menyalak sebab tak puas ati tak dapat imbuhan rm500?
hahahaha...bermakna level u'all sama la ngan level kakitangan sokongan yang gred bawahan tu...kesiannnnnn...
so lepas ni apa lagik yang u'all nakk?? ada lagi yang tak cukup?? hahahaha...
wei bongok!
kau nk bandingkan gred 32 dgn 41? kau ni baru berapa bulan keje?? kata belajar tinggi tapi otak letak kat lutut, belajar pandai konon..
padahal meniru masa kat U, pastu kipas lecturer merayu nk dapat pointer tinggi..kau ingat kau jadik pegawai dah cukup bagus?? ni orang2 sokongan ni ramai lagi pandai dari korang..cuma korang bernasib baek dapat pangkat pegawai.
jangan nk berlagak sangatla..stakat masuk u then otak masih macam budak student jangan nak tunjuk pandai. buat malu jek.
kau lah bongok, aku suruh kau compare kau dah compare ke belum? cuba compare gred 41 yang baru masuk kerja dengan gred 32? compare lah tengok sapa lagi besar.
kalau kau ada anak nanti masuk U cakap kat dia jangan meniru. Tak baik nanti kerja dapat RM500 sama level dengan SPM.
Sokongan dah lah balik awal, 10 minit nak habis waktu bekerja dah tutup komputer, dah tercongok depan punch card.
P&P jugak kena extend masa kerja 2-3 jam.
Kalau sokongan pandai sangat kenapa tak masuk U ek?
apalah korang ni, tu pun nak gaduh. kalau tak puas hati tengok ni
http://perkhidmatanawam.blogspot.com/2009/08/gaji-kakitangan-gred-41-44-masih-rendah.html
jangan layan sokongan..
mereka dengki...
ada sokongan pakai naza citra..
p&p pakai kancil aje..ni lah sebabnya bila penyelarasan gaji dulu x sama..
yang bodoh dapat gaji banyak..
lagik satu..kalau kau nk tau hampir separuh dari kakitangan sokongan yang ada sekarang ni semua ada diploma / degree.. cuma kau golongan yang bernasib baik grad2 tak tau buat keje ape trus dapat jadik pegawai gred 41... kalau kau tak percaya kau tanya JPA sbb diorang ada mintak isi borang sapa2 kakitangan sokongan yang ada diploma atau degree..statistik tu ada pada JPA (unit latihan / pembangunan insan )...
then, kalau baru masuk keje gred 41tu jangan nk tunjuk pandai dan berlagak..ingat2 sket nasib kau tu je baik dari orang lain.
gaji gred 32 tu gaji naik pangkat..bukan gaji freshie macam kau bodoh..dah berpuluh tahun org tu keje baru dapat gaji macam tu..
macam kau ni baru grad..tak tau buat keje bersyukur la dgn gaji kau banyak tu..lagik 4 tahun kau dh naik 44 dah potong gaji basic gred 32 tu..lagik 3 tahun dah dapat 48..so baru brape tahun kau keje dah dpt potong semua gaji gred 32 tu?? bende macam ni pun kau tak tau nk pikir??
betul tak aku cakap dulu masa student kau ni banyak meniru..then merayu ngan lecturer mtk markah lebey..tu yg kau grad dgn pointer yang ada skrg ni..
memang bengap la kau ni..
orang sokongan tu nk balik awal sebab nk pg amik anak kat nurseri atau rumah orang jaga takut lebih masa kene lebih plak bayarannya..tak macam orang2 profesional yang ada pembantu rumah kat umah..bley balik bila2 masa suke..
then, org sokongan nk balik awal sbb diorang datang awal..so balik kene tepat dengan masa sbb petang ke malam nk kene pg buat kerja part time nk tanggung anak bini sbb gaji tak cukup..macam profesional apa nk pk?? keje sikit je.,meeting je lebih, kursus sana sini..semua pakai duit rakyat...bukan duit poket sendiri..even meeting pun makan sume free...
kakitangan sokongan ni semua kena berdikari..semua kene carik sendiri..kene buat sendiri..so apa yg pelik nya balik tepat pada masa? bukan balik awal dari sepatutnya macam profesional alasan meeting atau out station atau kursus kat luor??
Alahai... x yah lah gaduh2... itu lah hakikatnya... bukan kami kakitangan sokongan ni x nak stay n kerja lebih...tapi komitmen keluarga juga perlu dititikberatkan..macam saya, balik kerja nak kena ambil anak kat umah pengasuh, balik umah terus nak siapkan makan suami, walau kije satu tempat, balik kul 5, suami perlu bersiap pula nak masuk kije part time.every weekend saya terpaksa travel balik ke segamat sebab nak attend class.saya wat part time study kat segamat.kerja di johor bahru.kos travel setiap minggu, susu n pampers anak (tu pun kadang bergilir2 pakai lampin bila kat rumah), kos study (buku, note n lain2),upah pengasuh, gaji habis belum sempat akhir bulan.sewa umah kat jhor bahru bukan lah murah.elaun rumah cuma rm180.tapi sewa umah rm400. itu lah rumah yang termurah dan selesa yang saya dapat.tapi kalau family dari kampung datang, suami terpaksa tumpang tidur umah kawan.sarapan pagi pun saya bawa bekal dari umah nak jimatkan belanja.tgh hari memang x makan..pas tu semenjak minyak ron 95 ni diguna, kete pulak rosak..hampir RM 1 ribu lebih terpaksa dibelanjakan.terpaksa turun enjin n macam2.nak x nak terpaksa saya gadaikan barang kemas saya untuk belanja repair kereta.bukan kereta kani je yang bermasalah cam tu, beberapa rakan sekerja pun mengalami kerosakan kereta.cukup menguji kesabaran kami.kami x kisah bonus x dapat, tapi kalau boleh naikkanlah elaun rumah atau pun cola.barang keperluan sekarang bukannya murah2...alasan ekonomi x stabil selalu kerajaan jadkan alasan... kalau macam tu, kenapa tidak mereka turunkan sikit elaun2 mereka yang macam2 tu?cuba lah fikirkan kepentingan kami kakitangan sokongan ni..apa sebenarnya yang dikatakan 1 malaysia?
berbelanja ikut kemampuan
hahha ya berbelanjalah ikut kemampuan.kalau keta mahal buleh naik moto.moto harga dia 20 kali ganda lebih murah daripada kereta.minyak ndak payah cakapla.mungkin 30kali lebih jimat dari kereta.ndak payah gadai barang kemas.nanti lu kena bayar bunga lagi.aku tengok banyak kump. sokongan ni ndak ukur di badan sendiri.aku gaji besar pun bebelanja ala kadar.yang penting simpan duit untuk masa depan.
buat yang 41,jangan bikin malu 41 la....yang kau compare gaji dengan 32 buat apa.pakcik2 dan makcik2 32 tu sudah berapa lama kerja.yang kita baru setahun 2 kerja.....32 tu dulu gaji lebih kecil dari kita.mamaku mahu pension sudah. gred gaji ndak lepas pun 20.tapi gaji basic besar dari aku.ndak kan aku cakap "APAHAL GAJI MAMAKU LEBIH BESAR DARI AKU, AKU GRED41 LA".jangan kau pikir mentang2lah gred kau besar gaji pun mau besar......jangan bikin malu siswazahlah kawan.bagus ko belajar dan hormat gred 32 tu.kita jauh tertinggal daripada gred32 daripada pengalaman dan skil kerja.
buat tuan omar,terima kasih atas semua usaha murni anda.walaupun 500 tu tidak diperlukan sangat tapi bertambah juga ASB aku heheheheh. alhamdulilah
Jangan compare kan gred 41 dengan 32. Dah tentu bagaimana diorang berusahan untuk mendapatkan gred 41 ni patut korang fikirkan.. kebanyakkan gred rendah ni tahap spm dan 41 adalah ijazah.. masa belajar mereka berhempas pulas dan bergolok bergadai untuk sampai ke menara gading.. Kalau nak gaji banyak asal tak belajar pepandai dulu..
Sama juga seperti amalan.. kalau kau buat jahat kau nak salah kan tuhan sebab sumbat kau ke neraka..
Catat Ulasan