SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

23 Oktober 2009

CUEPACS NASIHATKAN PENJAWAT AWAM TERUS TINGKATKAN PRESTASI

Bernama
23/10/2009




KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman mengingatkan penjawat awam agar terus meningkatkan prestasi dan produktiviti mereka walaupun tiada pembayaran bonus diumumkan pada pembentangan bajet 2010 Jumaat.Beliau berkata penjawat awam tidak sepatutnya mengharapkan bonus sebagai penentu prestasi sehingga menjejaskan kerja mereka, tetapi sepatutnya melihat dari sudut positif tentang kemudahan dan kebajikan yang diperuntukkan kerajaan."Memanglah sebagai wakil pekerja ada rasa tidak puas hati dengan pembentangan (bajet) kali ini tapi soal bonus bukan menjadi satu landasan atau ukuran kepada prestasi kerja kami."Bukan semata-mata bonus yang dikejar, tapi yang lebih penting adalah perjuangan kebajikan penjawat awam itu sendiri," katanya ketika dihubungi Bernama.Berkenaan bayaran khas RM500 yang diberikan kepada semua penjawat awam Gred 41 hingga Gred 54 serta pesara wajib Osman berkata, bayaran itu diharapkan dapat ditambahkan lagi nilainya.Bayaran khas itu diumumkan semasa pembentangan bajet 2010 oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan pembayarannya akan dibuat Disember ini dan langkah itu memerlukan peruntukan tambahan RM400 juta.Omar berkata satu mesyuarat tergempar akan diadakan Ahad ini untuk membincangkan isu berhubung keputusan pembentangan bajet ini.Katanya dalam mesyuarat yang akan datang ini, para perwakilan Cuepacs akan membincangkan secara professional tentang keputusan bajet ini dengan memberi fokus tentang kesannya untuk jangka masa panjang."Kami akan bawa ia (hasil perbincangan) itu kepada Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan untuk mempertimbangkan semula harapan pemberian bonus dua bulan untuk penjawat awam," katanya.Omar menyifatkan bajet kali ini lebih memberi fokus kepada rakyat sejajar dengan konsep rakyat didahulukan.-- BERNAMA

27 ulasan:

Wayzinger berkata...

No bonus, No bonus, No Bonus

Wayzinger berkata...

ada sedikit kurang faham di sini, adakah penjawat awam bukan rakyat?

Tanpa Nama berkata...

ISO dah kita buat,QAP kita dah laksanakan,Piagam Pelanggan mesti ada dan kita dah patuhi, star rating on the way, dan banyak lagi...tapi takde bonus..swasta cam bank, kilang dll takde sgt menatang Piagam Pelanggan pun dapat bonus 2-3 bulan...korang pegi bank mana ada Piagam Pelanggan janji tu janji ni...actually kita dah wat better than swasta tapi persepsi orang masih negatif ttg keje kjaan goyang kaki dan tak layak dapat bonus.WE DESERVE BONUS!

Tanpa Nama berkata...

sedih dengan PM dan ceupacs........................

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak ada bonus boleh tak nak buat kerja part time? anak nak sekolah ni, raya haji lagi nak kena balik kg. Banyak pakai duit.

Minggu lepas ada tertengok iklan kat Mc Donald nak pakai staff part time.

Hang Kebun berkata...

Ceupac tak perlu jumpa PM untuk tuntut 2 bln bonus bagi kakitangan kerajaan. Memang tidak ada bonus. Pertumbuhan KDNK kan negatif.
Sektor swasta lain sikit. Sekarang dia orang dapat 2 atau 3 bulan bonus sebab sebelum ni mereka dapat 7 hingga 8 bulan bonus. Kan ada penurunan tu..

Tanpa Nama berkata...

tutup saja cuepec. dah 2 tahun tak ada bonus. omar osman lebih baik letak jawatan. Pad PM anda tak laku. kata-kata dan tuntutan anda bagai sampah dihanyutkan air. Tak guna nasihatkan kami, kami dah jemu, bosan. go and sake your ball lebih baik

Tanpa Nama berkata...

minta selaraskan elaun cola tetap rm300 pada semua..

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS hanya pada nama sahaja. Tiada faedah langsung. Segala tindakan anda hanya ibarat anjing menyalak bukit.

Tanpa Nama berkata...

mungkin bagi NAJIB kakitangan awam ni bukan rakyat... tu la bajet 2010 ni langsung tak ada kepentingan untuk kakitangan awam... yang ada boleh buat pinjaman untuk beli komputer... tapi tu bkn utk meringankan beban... tu utk menambahkan hutang...!!!! hahahah... BODOH la NAJIB ni... sangat2 BODOH!!!!!! Tapi tak kisahlah.... klu dia tak anggap kakitangan awam 1.2 juta ni rakyat.. mungkin dia akan kehilangan 1.2 juta @ lebih juga kertas undi pada 2013... sbb 1.2 juta kakitangan awam ni pun ada kluarga.... so fham-fham la...

Tanpa Nama berkata...

pada PRU 13,kami sekeluarga akan memilih pakatan rakyat. sorilah....naijib

Tanpa Nama berkata...

aku setuju dengan pendapat kau...

apa dier ingat kita ni bukan "RAKYAT MALAYSIA" ke?

Jangan lupa undi "KAKITANGAN KERAJAAN" banyak membantu masa korang menang kat BAGAN PINANG tu..

Macam hampeh.."DUIT" tetap diperlukan untuk hidup walau apa cara sekalipun.

Tanpa Nama berkata...

BODOH la NAJIB ni... sangat2 BODOH!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

"CUEPACS" ni berlembut sangat dengan kerajaan..macam itik sudu..sekali sudu belum tentu dapat apa yg diminta.

kalau di luar negara. PEMIMPIN kesatuan sekerja berjuang habis-habisan sampai dapat apa yg di minta. Baru betul perjuangan namanya.

PM tu pun kita yang pilih bukan dier turun dari langit. Apa yang korang takut sangat nk berjuang betul2??? Ke korang sume dah kene suap dengan kerajaan supaya jangan mintak macam2?? Ape korang sume ada kepentingan masing2??

Tanpa Nama berkata...

Pasal nak marah2. bersyukurlah apa yg ada. Yang marah2 ni mesti yg belajar rendah..pikir lah guna otak..dah dapat duit raya dulu pun x besyukur

Tanpa Nama berkata...

kesiannya,....................kakitangan awam tiada bonus

badan muka

KakitanganAwam berkata...

kalau nak diibaratkan bonus tu gula2 kerajaan kpd kaki tangan awam, RM500 ni taktau nak kata apa, agaknya cebisan gula2 yg melekat n melekit pada kertas pembalut gula2. kki tgan awam WAJAR sangat dapat bonus. Mereka bertungkus lumus sebagai jentera kerajaan setiap tahun. Kenapa setiap kali itany bab ekonomi Malaysia, jawapannya "Malaysia sedang mengalami pertumbuhan ekonomi dan semakin pulih dari kelembapan. Malaysia tidak terkena tempias ekonomi global yg meleset." Tapi bila masa nak kasi bonus, ayat terus berubah, "Harap semua orang faham yg negara kita sedang mengalami kegawatan ekonomi dan bersama2lah dgn kerajaan utk meningkatkan ekonomi kita" Pelik kan?

Tanpa Nama berkata...

Betul jugak..takkan ktgn awam ni bukan rakyat.. Abis kita ni tak makan nasi, anak2 tak bersekolah..
Yalah kalau tk nak bg bonus, gaji bagi besar.Tak lah bgi WANG EHSAN AJE..lainlah kalau gaji kakitgn awam mcm gaji korang MENTERI.. ada bonus tak da bonus lantak aje..Gaji dah besar, buat ape susah2 nak tunggu bonus.

Lu Pikir La Sendiri berkata...

Nak tgkat prestasi macam mana lagi .. nak minum pagi pun tak boleh dah ... Kerja makin banyak,kakitgn kurg .. Itu pun org cakap goyg kaki. Meh la buat keje nih ...

Apa yg berat sgt nak bagi, aku pun tak paham . Kurg2 naik la elaun rumah dan khidmat awam yg tak logik tu ...

Patut nya, tgguh la nak hijau kan putrajaya n cyberjaya tu .. Tak cukup hijau ker ??? Panggil HULK la kojer ngan korg .. Sentiasa hijau ...

Bersyukurnya aku ...

Tanpa Nama berkata...

amboi sedap nyer mulut.. mengata org memang sedap.. anda saja yang betul...manusia yang mudah lupa,dah dapat ganjaran pun tak pernah nak berterima kasih..sedarkah anda saya pernah mendengar taklimat oleh org kupek..tahun 2007 staf awam telah mendapat gaji baru... tak de pejawat awam nak ucap TQ ..kalau ada pun tak samapai 100 orang dari 1.2 juta.. bila bonus tak dapat pandai pula komen... fikirlah anda semua M ke H...

Tanpa Nama berkata...

Kita kena ingat sekarang ni orang tak kerja kerajaan pun dapat elaun tiap-tiap bulan kerajaan bagi...tak mustahil lah tak dapat bonus.

abekhalid berkata...

aku rasa walaupun dapat rm500 jak tapi sukurlah....buat haji umar, tq atas usaha anda.

buat KSN, terima kasih atas lagak anda

KakitanganAwam berkata...

apa?tn hj omar masih nk minta lagi bonus 2 bln?nak jmpa PM lagi skali?udah2la tu, pisang dah bebeuah 2 kali.zaman paklah dulu tu siap minta honararium bagai.KSN yg pemalu tu taksampai ati nak serahkan memo kpd paklah.Kali ni nak minta KSN pemalu lagi ke?Rentikan jela.Buat sakit ati n putih mata kki tgn awam je.Kalu nak mencuba,sepatutnya sblum pmbentangan bajet.Nanti semua org nmpak n igat kki tgn awam ni kejenye asyik meminta2 je, padahal memang kita BERHAK mendapat BONUS tu

Tanpa Nama berkata...

nak tanya che omar, kakitangan awam bekerja dikira 48 minggu setahun atau 52 minggu setahun. ikut standard antarabangsa 48 minggu setahun. saya rasa dulupun pernah diketengahkan oleh ceupac. apa dah jadi?

Tanpa Nama berkata...

Kakitangan Awam bukan Rakyat Malaysia!
Kakitangan Awam juga bukan Kerajaan!
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Kakitangan Awam di ...?

Tanpa Nama berkata...

kakitangan awam malaysia tiada rezeki
indonesia dan filipina pun dapat 1 bulan

Tanpa Nama berkata...

kenapa pesara disamakan rm500 mcm kami penjawat awam, walhal mereka dah dpt pencen bulanan & dah ada kerja sampingan. sepatutnya dikurangkan kpd rm250. x adil.

ttg gred 41 - 54 itu x salah, sbb mereka kakitangan gomen jugak.

sure pru 13, kami boikot undi bn
tahi kucing gaul nyior slogan 1malaysia rakyat diutamakan.