SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

16 Oktober 2009

HUBUNGAN INTIN KERAJAAN-PENJAWAT AWAM PENTING - NAJIB

Utusan Malaysia
14/10/2009 3:24pm





PUTRAJAYA 14 Okt. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hubungan intim antara sektor pentadbiran dan penjawat awam merupakan ramuan yang sangat penting bagi mewujudkan sebuah negara yang berjaya.
Berucap pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini, beliau berkata, sejarah negara telah membuktikan bahawa kejayaan yang dikecapi selama ini adalah hasil tautan erat kedua-dua pihak itu.
"Kalau kita imbas kembali sejarah negara, kita berjaya kerana mengekalkan hubungan intim antara satu sama lain,” katanya.
Najib berkata, sektor perkhidmatan awam selama ini sentiasa membantu menterjemahkan dasar kerajaan sekaligus menentukan setiap agenda kerajaan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
"Semoga hubungan istimewa ini dapat dipertahankan kerana lebih banyak cabaran harus dihadapi dengan segala kemampuan dan kekuatan yang kita ada,” katanya. - Bernama

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalu dah tau penting, hargailah kami ni, nak kasi bonus pon macam kami ni pengemis je

Tanpa Nama berkata...

Penting....kepentingan politik saja...kakitangan awam kena sedar...bukan kakitangan BN/politik....

Kaum Muda

Tanpa Nama berkata...

masih terdapat anggota sektor awam yang lulus PTK serta mendapat pertasi yg melayakkan untuk mendapat anjakan gaji terlepas pandang panel ....dah masuk SBpa pulak,macam mana dengan kami datuk oi,,,,,,