SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

31 Oktober 2009

TAK SETUJU SYARAT KETAT KERETA TUA

Berita Harian
Oleh Khairunnisa Kamarudin
bhnews@bharian.com.my
30/10/2009


Pemilik kereta lebih 15 tahun anggap pemeriksaan tahunan Puspakom beban

KUALA LUMPUR: Kalangan pemilik kereta berusia tidak bersetuju dengan peraturan baru yang mewajibkan kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun menjalani pemeriksaan tahunan di Puspakom sebelum memperbaharui cukai jalan. Mereka berpendapat ia membebankan golongan berpendapatan rendah yang tidak mampu membeli kenderaan lain atau membaik pulihnya jika kenderaan yang dibawa gagal melepasi tahap kelulusan Puspakom.
Selain itu, Puspakom dibimbangi tidak mempunyai kemampuan membuat pemeriksaan sehingga menyebabkan pelanggan menunggu lama di pusat pemeriksaan apabila peraturan baru itu dikuatkuasakan pada 1 Januari tahun depan. Penghantar surat, Budiman Taib, 33, berkata prosedur itu merumitkan kerana jika kenderaan mempunyai masalah ketika pemeriksaan, semua urusan pembaharuan cukai jalan akan tergendala. "Saya mempunyai kenderaan berusia dan ini membebankan kerana pemilik perlu menghantar kenderaan ke Puspakom dan menunggu lama untuk proses yang leceh itu," katanya yang memiliki Proton Wira berusia hampir 15 tahun.
Beliau juga berkata, selain itu, kos juga bertambah kerana Puspakom akan mengenakan caj untuk pemeriksaan. Jurutera, Wan Khairuzaman Wan Nordin, 44, juga tidak setuju kerana ia akan membebankan golongan miskin yang memiliki kenderaan berusia lebih 15 tahun. "Pemilik kenderaan seumpama ini kebanyakannya golongan berpendapatan rendah. Ia akan membebankan mereka apatah lagi membabitkan kos. "Ia akan merumitkan prosedur permohonan cukai jalan kerana pemilik terpaksa menunggu untuk memastikan kenderaan melepasi pemeriksaan," katanya yang memiliki sebuah kereta Honda lama yang hampir berusia 15 tahun.
Eksekutif syarikat swasta, Mastura Mohd Sidek, 42, berkata peraturan itu akan menyukarkan golongan berpendapatan rendah terutama yang memiliki satu kenderaan. "Kenderaan lama mesti ada masalah yang menyebabkan permohonan cukai jalan tertangguh dan seterusnya menyukarkan urusan seharian," katanya. Wakil jualan, Raduan Basarudin, 46, berkata kerajaan perlu memastikan Puspakom meningkatkan kecekapan bagi mengelakkan peraturan baru itu menyusahkan orang ramai. "Peraturan ini memang bagus bagi menjamin keselamatan, namun Puspakom perlu menaik taraf mutu perkhidmatan serta kecekapan supaya tidak menyusahkan pemilik yang terpaksa menunggu lama ketika kereta menjalani pemeriksaan," katanya. Akhbar semalam melaporkan peraturan yang dianggar membabitkan kira-kira sejuta kenderaan, adalah antara 18 langkah baru dalam kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) bagi meningkatkan daya saing industri automotif tempatan serta menawarkan kenderaan lebih selamat, mesra alam dan berteknologi tinggi. Sementara itu, pelajar, Mohd Khairul Zakaria, 22, bersetuju kerana ia adalah untuk keselamatan pengguna jalan raya. "Peraturan ini wajar kerana faktor keselamatan harus diutamakan. Kenderaan terlalu uzur bukan saja membahayakan pemandu, malah pengguna jalan raya lain," katanya.

11 ulasan:

Jebat MA.. berkata...

salam..pikirlah..ramai golongan P.A hanya menggunakan proton wira 1995..setiap tahun kena masuk puspakom..dengan bebanan insuran tinggi lagi... mahal tali dari lembu.. kerajaan patut pikir juga..yang susah semakin terhimpit dan yang kaya terus kaut keuntungan..

Tanpa Nama berkata...

mana pergi slogan rakyat didahulukan ? tiap-tiap tahun masuk puspakom! sapa kaya ? sapa yg kerja kena ambik cuti khas bawa kereta ke puspakom, masalah!masalah! lagi satu konongnya kemalangan melibatkan kereta lanjut usia, cuba tuan-tuan ingat balik yg dok keluar berita kat tv tu kemalangan maut kereta lamakah ? setahu saya kereta lama ni orang kampung gunakan buat ambik buah dan hantar anak ke sekolah aje tak lah sampai nak lumba kat lebuh raya dari perlis ke johor, kalau nak tingkatkan jualan kereta baru pun pikirlah cara lain ni bukan nak bagi rakyat berpendapatan rendah senang lagi susah adalah,lagi satu polisi ni nak bagi orang berhutang sepanjang hayat nampaknya bayangkan KALAU kereta lebih 15 tahun tak dibenarkan diatas jalan kan haru dibuatnya, cuba ingat kembali tentang motorsikal wajib pasang lampu di siang hari konongnya dapat kurangkan kemalangan apa jadi kemalangan tetap berlaku, lepas tu salah tali pinggang belakang(untuk kereta) dan lepas tu salahkan tak pakai topi lulus sirim lepas tu... lepas tu dan lepas tu entah apa-apa lagi!

Tanpa Nama berkata...

yang accident kebanyakan kereta baharu bukan kereta lama. bodohnya anak mahathir si mukhriz.

Tanpa Nama berkata...

benggali singh tu dia ingat serbannya boleh selamatkan kepalanya jika di accident. orang ramai disuruhnya pakai topi keledar, tapi dia sendiri tak pakai atas alasan agama. cuba dia buktikan memakai serban kepalanya tak akan berkecai jika dia accident

ade aku kisah..!! berkata...

kerajaan sekarang ni makin lama makin nak menindas rakyat. Guna laa kepala otak sikit..!! Ingat semua rakyat mampun ke nak beli kereta baru?? secara halus kerajaan paksa rakyat dengan cara camni laa..kenderaan lama berusia 15 tahun ke atas diwajibkan masuk Puspakom, nanti lama2 kalau rakyat dah tak tahan pi laa hantar kenderaan lama mereka ke proton/perodua utk scrap pastu terima rebet RM5000 buat muka beli kereta baru, pastu rakyat tanggung hutang bayar kereta tiap2 bulan, tak mampu bayar kereta kena tarik..last2 bank kaut untung rakyat jugak yg merana..:-(

Tanpa Nama berkata...

saya cadangkan kereta lama yang Mukhriz dok simpan tu ajer di lupuskan...kereta tu pun dulu dah penah obohol dan membuat pintasan jantung...

Tanpa Nama berkata...

makin lama makin kejam

Tanpa Nama berkata...

wakil rakyat yang x berjiwa rakyat..

Jebat berkata...

tukarkan je kerajaan kalau dah dah setuju...apa susah

Tanpa Nama berkata...

alah kalo tak setuju tukar je kerajaan lain pada PRU ke 13 ni...tgk mcm mana pula kerajaan baru nak buat sama ada menyenangkan rakyat atau sebaliknya... kalo sama gak kita paksa dia tubuh kjaan cmpuran plak.... setuju

Melayu Malaya berkata...

Jangan salahkan kereta yg berusia 15 tahun punca menyebabkan kemalangan. salahkan sikap pemandu malaysia yang suka memotong barisan, membelok tanpa memberi signal, parking di tengah jalan & ikut suka, sekatan jalanraya di tempat bahaya oleh JPJ & Polis, memandu tanpa menghiraukan orang lain dsbnya. Kebanyakkannya pemilik kereta nie org yg dah berpencen, just imagine org pencen nak bayar ansuran kereta tiap iap bulan. Berapa sangatlah pencen yg tinggal untuk bayar ansuran kereta? ini menindas rakyat baik yg sedang bekerja mahupun yg sudah bersara. Ahli politik peduli apa, kereta subsidi, minyak subsidi, maintenance kereta subsidi, apa yang penting poket penuh beb!