SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

28 Julai 2010

GURU BOLEH AKTIF POLITIK

Berita Harian
Oleh Haspaizi Mohd Zain
2010/07/28

CUEPACS mahu semua pegawai dapat peluang sama


KUALA LUMPUR: Selepas 17 tahun dilarang aktif dalam politik, pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah Gred DG41 hingga DG48 dibenarkan semula bertanding, dilantik atau memegang sebarang jawatan dalam parti politik, berkuat kuasa 1 Ogos ini.
Keputusan itu yang diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, semalam, membabitkan 140,000 guru. Bagaimanapun, CUEPACS berharap kebenaran itu turut diperluaskan kepada semua 350,000 pegawai Gred DG41 hingga DG48 dan tidak terhad untuk guru saja.
Presidennya, Omar Osman, berkata semua pegawai awam harus diberi peluang sama selari dengan hasrat kerajaan yang mahu kakitangannya turun padang dan mendekati rakyat. Mereka juga tidak kurang hebatnya, termasuk mempunyai kelulusan tinggi dalam bidang sains politik, katanya mengulas keputusan kerajaan meminda Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bagi membolehkan pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah Gred DG41 hingga DG48 aktif semula dalam politik. Pindaan itu sudah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong dan tindakan sedang diambil untuk mewartakannya. Ketika ini, hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan. Mohd Sidek dalam kenyataannya menjelaskan sudah tiba masa guru dibenarkan aktif semula dalam politik kerana golongan itu suatu masa dulu memainkan peranan penting dalam memimpin masyarakat, terutama dalam senario politik negara. Sambil menyifatkan keputusan itu sebagai satu langkah pembaharuan dalam perkhidmatan awam, beliau bagaimanapun menegaskan kebenaran berkenaan diberi dengan syarat ketat agar tugas dan fokus utama guru mendidik anak-anak tidak terjejas dengan pembabitan dalam politik. Beliau berkata, mereka hanya dibenarkan bergiat aktif dalam politik selepas mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran tidak boleh mewakilkan kuasanya untuk memberi kelulusan bertulis itu kepada mana-mana orang lain dan keputusan beliau adalah muktamad, katanya. Mohd Sidek juga mengingatkan mereka supaya mematuhi syarat berkaitan dengan batasan tugas sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik. Syarat mengenai perkara ini sedang disediakan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pelajaran, katanya.

12 ulasan:

Cikgu Tak Minat Politik berkata...

Eden tak minat politik molitik ni coz makin tambah doso, tambah seteru. Kalau zaman sebelum mordeka dolu memang cikgu ni macam tulang belakang dalam menuntut kemordekaan. Politik sekarang banyak untuk poket sendiri dan kroni. Pakai keto bosa, rumah bosa, bini cukupkan kuota 4.

Tanpa Nama berkata...

Perjuangan Umno di Era 50an cukup membanggakan . Mereka berjuang atas nama Bangsa dan Negara. Tapi sekarang mereka berjuang utk poket mereka. Baru satu penggal macam2 kemewahan yg diperolehi. Bangunlah wahai pemimpin bangsa ku . Jangan menang sorak kampung tergadai.
Sekian.

Yang Dipertua Cuepacs (Indonesia) berkata...

dulu masa guru memimpin politik, maka kemerdekaan dicapai dan negara menuju kemakmuran. sekrang, guru dipinggirkan, pemimpin politik terdiri dari org bisnes dan kontraktor, maka tak hairanlah politik wang menjalar dalam umno hingga akan karam tidak lama lagi jika tidak dibendung.

guru2 x payahlah seronok sgt, kalo kamu aktif berpolitik UMNO xpe, kalo nak join lain2 parti nasib malang akan menunggu kamu kelak dari kementerian. tujuan kebenaran ni semata2 nak rgk guru mana yg pro PAS utk dihantar ke pedalaman je nih

Tanpa Nama berkata...

Zaman dahulu tidak sama dgn zaman sekarang saya sgt tidak bersetuju guru dibenarkan dalam politik. Nanti sekolah jadi tempat mereka berpolitik lama kelamaan murid2 pun ikut beperpolitk siapa yg susah nanti. Bukan semua guru sekarang penyokong BN. Yg. jadi mangsa nanti siapa guru penyokong pembangkang bersedialah anda utk dihantar ke kawasan pedalaman sarawak tapi jangan bimbang para guru dari Semenanjung kalau dihantar ke pedalaman sarawak dapat gaji besar, elaun banyak tak payah guna wang gaji belanja keluarga makan elaun kerja kwsn pedalaman RM1500 sudah cukup utk menyara keluarga wang gaji simpan banyak2 supaya ada modal utk menjadi calon BEBAS

Bagus tu ha.......

Tanpa Nama berkata...

saja umno nak tengok berapa ramai yg nak mohon untuk aktif politik...kalau ramai seronok la depa..kalau kurang duka la depa..takkan yg nak pi tu yg nak aktif politik pembangkang lak..kena la...heeeeeeeeeeeeee.

Saad Bagero berkata...

jeeeeeeeeeeeeeeng... keeeeeeeeeeeeeeh... daaaaaaaaaaaaaan... heeeeeeeeeeeeeeeh...

pandangaaaaaaaaaaaan daaaaaaaaaaaan pendapaaaaaaaaaaaaat...

heeeeeeeeeeeeeeeeeee...

Tanpa Nama berkata...

umno ingat bila ada guru2 yg pro BN aktif politik..kumpulan ini akan mempengaruhi rakyat terutama di kawasan kampung untuk kembali menyokong BN..

tapi sedarlah bahawa zaman IT ni..stail begitu sudah berlalu...silap2 haribulan..guru pulak kena 'ceramah' dengan orang kampung...jatuh le standard guru...

kehkehkeh...

m.a berkata...

Rasa terpanggil juga saya apabila guru diberi kelayakan untuk memegang jawatan dalam politik nie..Apa yang menjadi buah mulut pembangkang, ini adalah agenda terdesak kerajaan untuk membantu jentera politik Barisn Nasional.

Di sini juga saya lebih suka jika guru tidak diberi galakan sepenuhnya untuk memegang atau bergiat aktif dalam sebarang parti.

Pertama..Profesion perguruan ini adalah bersih dan murni.janganlah guru-guru terlalu taksub sangat kepada parti kerana sememangnya menjejaskan perkhidmatan yang disandang dan diamanah oleh kerajaan.Apa itu kerajaan ?? Kerajaan adalah rakyat..jadi semua guru kena ikhlas melaksanakan tugas untuk mendidik semua rakyat tanpa mengira fahaman politik.Jika guru itu mengajar dikawasan yang mana mejoriti dikuasai pembangkang adakah guru tersebut sanggup menggadaikan masa yang terluang untuk memberi ceramah dalam majlis rapat umum ? lebih baik guru tersebut menggunakan masa yang terluang itu dengan memberi pendidikan tambahan secara percuma atau sebagai pemimpin bagi aktiviti sihat kepada masyarakat setempat.Kemungkinan itu boleh menjamin mutu pendidikan dan dapat mewujudkan masyarakat yang berilmu dan harmoni.

Kedua..Apabila ada isu sensitif pada parti tersebut maka guru tersebut akan tercalit kotoran sama.Adakah guru tersebut sanggup menggadaikan kredibiliti dan maruah sebagai seorang guru.?Contohnya..inilah guru yang aktif dalam parti itu..semalam kawannya yang menjadi adun kena tangkap basah""

Ketiga..Wajarkah diketengahkan guru yang mana boleh memisahkan lagi antara hubungan ibubapa dan guru jika trend masyarakat setempat itu sering pulau-memulau akibat selisih faham politik ?Guru wajib nuetral..jika tidak lagi hancur masyarakat di situ,Zaman teknologi kini ramai masyarakat setempat telah mendapat dan mengakses berita atau isu terkini dengan pantas tanpa menunggu berita detik 8 malam.Rakyat telah bijak menggunakan peluang I.T yang sedia ada.Sekarang ini pula banyak blog-blog atau tempat mendapat liputan terkini dengan tepat dan pantas.Dahulu kita hanya menunggu berita perdana sahaja.Jika guru menyampaikan maklumat yang salah..secara automatiknya kepercayaan pada guru tersebut akan pudar .Setiap isu yang timbul ada pro dan kontranya..jika guru itu menyampaikan tanpa pengetahuan dan maklumat yang tepat maka ini juga akan menjadi buah mulut masyarakat itu.Masyarakat terdekat bukanlah dari golongan kerja kampung sahaja..malah ramai yang lebih terpelajar dan berpengetahuan luas serta lebih berpengaruh dari guru.Senang-senang saja guru diperbudakkan..

Akhir kata..jika sayangkan profesion perguruan..maka jangan mudah samakan kisah silam..kekadang sejarah lalu membuatkan kita sedar..tetapi kini masyarakat telah sedar..dan sukar untuk fahami rentak atau gaya hidup.Masyarakat kian celaru dengan kecanggihan yang sedia..Hari ini berita nafi..esok jadi nyata,,,inilah berita dan cerita tanpa mengenal siapa diri kita..

Tanpa Nama berkata...

Maati lah...mcm nih..
kalau guru dibenarkan berpolitik...silap haribulan,..sekiranya ibubapa pelajar/murid tidak sehaluan fahaman politik.....
Haaaabis..anak murid dikerjakan...
bukannya apa..tempat melepas geram dan dendam la katakan.. guru bukan maksum...hehe..jgn marah

Tanpa Nama berkata...

Buat Rahman Nanyan kalau awak nak cam tu awak kena kerja dgn UMNO dan gunakan duit parti UMNO bukan kerja dgn kerajaan.

Awak mesti faham prosesional kerajaan lain parti tu lain ada kuasa eksutif YDPertuan Agung tungaknya Perlembagaan,Undang2 demokrasi berparlimen, jabatan2 k'jaan, rakyat warganegara, hasil negara yg dikutip tak kira dari syarikat mana2 atau individu2 pembayar cukai yg dibayar adalah hasil negara itulah untuk membayar gaji kepada kakitangan kerajaan,

parti boleh kita tukar2kan kalau tak cekap dan tidak berintegiriti dgn saluran demokrasi spt di Amerika parti demkrat dan republican
Kalau awak hendak faham lagi pergi kekursus BTN dan fahamkan betul2

Sebagai kakitangan kerajaan kita mesti patuh kepada dasar kerajaan kita perlu bersikap profesional dlm menjalankan tugas kepada pelanggan kita iaitu rakyat umum dalam sistem penyampaian yang berkualiti serta adil kepada semua rakyat tak kira apa pahaman politik mereka, kerana itu hak mereka sebagai warga negara spt termaktub dlm perlembagaan.

Begitu juga kita sebagai kakitangan kerajaan kita berhak untuk memberi sokongan atau menyertai mana2 organisasi yang sah atau kpd mana-mana parti politik yg sah didaftarkan dalam negara kita.

Untuk kenaikan gaji semua kakitangan kerajaan yg berkhidmat adalah berhak kerana mereka di iktiraf sebagai kakitangan kerajaan

Untuk guru berpolitik satu dingatkan jgn gunakan masa bertugas (curi masa bertugas) dalam kerja2 politik tak kira apa pahaman politik anda.

Tanpa Nama berkata...

semua guru...naik gaji guru...naik pangkat guru...boleh berpolitik guru....

geli le.............

Tanpa Nama berkata...

Eden minat politik.. mana borangnya? Mohon kat sapa?