Sinar Harian
20 Mac 2013
SERDANG - Cuepacs meminta supaya dapat diadakan perbincangan dengan
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohamad Zabidi Zainal secepat
mungkin bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai pelaksanaan Sistem
Saraan Transformatif (SST).
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, sejak SST diumumkan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak awal minggu lepas, pihaknya menerima
banyak pertanyaan mengenai skim baharu itu.
Bagaimanapun menurutnya Cuepacs tidak dapat memberi jawapan tepat
kepada pelbagai isu yang yang ditimbulkan mengenai sistem saraan bagi
menggantikan Sistem Saraan Malaysia itu kerana pihaknya sendiri, masih
samar dalam pelbagai aspek mengenainya.
Menurutnya antara yang sering dibangkitkan ialah soal kumpulan
perkhidmatan baharu, soal gred kumpulan, kenaikan pangkat, mekanisma
ganti peperiksaan PTK, struktur gaji dan sebagainya.
"Kalau secara rambang kami tahulah, tapi kami nak lebih terperinci,
supaya dapat kami jawab soalan-soalan dari anggota kesatuan," katanya
dalam persidangan media di pejabat Kesatuan Kakitangan Am UPM
(Kepertama) di Universiti Putra Malaysia di sini, selepas menyampaikan
wang insurans kepada dua balu anggota Kepertama di sini.
SST yang diumumkan Perdana Menteri pada Majlis Perdana Perkhidmatan
Awam Ke-13 di Putrajaya awal minggu lepas ialah berdasarkan kepada
perubahan-perubahan yang sedang dilaksanakan dan input daripada
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. - Bernama
8 ulasan:
yes.. saya first.. perkara ini, perli diberitakan awal pada penjawat awam, supaya mereka lebih bersyukur dengan pada yang mereka dapat.
nanti harap sebelum julai telah keluar pekelilingnya.. nak tengok apa yang baru.
saya menyokong penuh sekiranya muhyiddin menjadi PM.
Ha ha ha... Jusa C dapat kenaikkan cukup tinggi, saperti SBPA nampaknya. Gred 54 berbeza gaji mati dengan jusa C hampir RM 4500.00 . Sedangkan Beza gaji mati gred 54 dan gred 52 cuma RM 600.00 sahaja. Mengapa beza gaji besar sangat. Sah sama macam SBPA dulu saja.
ala yg pasti indah khabar dari rupa......aritu pun ckp ada berita baik utk penjawat awam,last2 ape pun x de....just utk jwtn terpilih je....ini semua poyooooooooooo
DUO SATU KOCIK BONAAAAA
OMPEK SATU SONYUM LEBAAAAA
AH HA
Negeri dibawah Pakatan Rakyat telah terbukti dengan tadbir urus yang terbaik sebagaimana mendapat pegiktirafan dan penghargaan dari Lembaga odit Negara, justru Pakatan Rakyat mengajak bersama sektor awam untuk bersama kita membuat perubahan demi masa depan Malaysia yang lebih Cemerlang dan maju untuk turut dinikmati bersama oleh rakyat termasuk kakitangan disemua sektor awam, "Negara terus maju berjaya rakyat dan kakitangan yang berjasa turut tetap merasa"
Ape cite perubahan gred 1 hingga 10 ....ade kah benar dihapus kan
Catat Ulasan