SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

27 April 2013

ALLAHYARHAM PEGAWAI YANG BERDEDIKASI - KP KASTAM


Bernama
26/4/2013



PUTRAJAYA, 26 April (Bernama) -- Allahyarham adalah pegawai kanan yang berkaliber dan berdedikasi, kata Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Seri Khazali Ahmad, merujuk kematian Timbalannya Datuk Shaharuddin Ibrahim dalam kejadian tembak di sini hari ini.
Beliau berkata Jabatan Kastam kehilangan seorang pegawai kanan yang berhemah tinggi dan dihormati rakan serta masyarakat secara amnya, akibat kejadian malang itu.

"Kami anggap kejadian ini sebagai satu musibah besar bagi Jabatan Kastam, saya bagi pihak jabatan ucapkan takziah dan minta keluarga Allahyarham supaya banyak bersabar," katanya ketika ditemui di Hospital Putrajaya di sini Jumaat.

Timbalan Ketua Pengarah itu ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya, ketika kereta yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi.

Sementara itu Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berkata penjawat awam khususnya dari Jabatan Kastam tidak seharusnya patah semangat dengan kejadian hari ini.

Beliau yang ditemui di Hospital Putrajaya di sini berkata penjawat awam khususnya yang beruniform, seringkali berhadapan dengan banyak dugaan yang benar-benar mencabar semasa menjalankan tugas.

"Kita harap semua warga kastam khususnya jangan patah semangat, teruskan dengan kerja serta tanggungjawab masing-masing, dan laksanakan ia dengan penuh integriti," katanya yang mengakui mengenali Allahyarham secara peribadi.

Beliau berkata Allahyarham merupakan seorang yang berdedikasi, mesra serta mudah didekati, dan menurutnya Cuepacs mengadakan perbincangan dengan badan-badan beruniform kira-kira dua hari lepas mengenai soal kebajikan mereka, dan Allahyarham mewakili Jabatan Kastam.

Sementara itu setiausaha kewangan Cuepacs Ja'apar Mansor yang juga pegawai Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung Malaysia (KPSM) ketika ditemui berkata tugas sebagai pegawai kastam sememangnya amat mencabar dan banyak dugaan perlu diharungi.

Beliau yang mengenali Allahyarham sejak 1980-an lagi berkata antara kes yang pernah dialami pegawai kastam sebelum ini ialah diugut, dilanggar kereta, rumah dibaling cat, dipukul dan sebagainya, namun kejadian hari ini adalah paling serius.

Turut ditemui di hospital ialah calon BN Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Tengku Mansor.

-- BERNAMA

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

first yahooooooooooooooo........

Tanpa Nama berkata...

2nd yahooooooo...x penah sangka dpt 2nd

Tanpa Nama berkata...

pooorraahhh..!!! lain di cakap lain di tulis, kami PA 1.4 juta dah tau kerja akhbar harian kerja fitnah orang, nak-nak utusan malaysia, berita harian, TV3, semuanya pencacai-pencacai kerajaan.. dahlah bertaubat beb..!! PR tetap ke PUTRAJAYA..!!!

Tanpa Nama berkata...

lepasni bolehlah "orang-orang besar" dalam kerajaan diberikan kenderaan rasmi yang dilengkapi dengan cermin kalis peluru serta tinted gelap 100%


hehehe