Berita Harian
28/4/2013
28/4/2013
Kuala Lumpur: Seluruh kakitangan Kastam Diraja Malaysia (KDRM)
terguris hati dengan tuduhan liar pembangkang yang mendakwa pembunuhan
pegawai kanan mereka, kelmarin ada kaitan dengan rasuah dalam kerajaan.
Ketua Pengarah KDRM, Datuk Seri Khazali Ahmad, (gambar) berkata tohmahan itu bukan saja menyinggung perasaan keluarga mangsa, malah menimbulkan persepsi negatif bahawa penjawat negara yang berkhidmat untuk kerajaan terbabit rasuah.
Ketua Pengarah KDRM, Datuk Seri Khazali Ahmad, (gambar) berkata tohmahan itu bukan saja menyinggung perasaan keluarga mangsa, malah menimbulkan persepsi negatif bahawa penjawat negara yang berkhidmat untuk kerajaan terbabit rasuah.
Katanya, sebagai parti yang mendakwa memperjuangkan Islam,
pemimpin PAS tidak harus mempolitikkan kes sedemikian.
“Hentikan tohmahan palsu ini dan hormatilah keluarga mangsa. Ini soal
pentadbiran, biar polis siasat kerana kita tidak tahu motif pembunuhan.
“Kita tidak mahu tuduhan palsu itu memberi persepsi negatif kepada rakyat dan menjejaskan imej kastam. Sebagai badan penguat kuasa, kami melaksanakan tugas yang diamanah dengan penuh tanggungjawab hatta mempertaruhkan nyawa,” katanya.
Beliau mengulas tuduhan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam ceramahnya di Presint 3, Putrajaya, malam kelmarin, mendakwa pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah KDRM, Datuk Shaharuddin Ibrahim ada kaitan dengan rasuah kerajaan.
Shaharuddin ditembak mati dua lelaki bermotosikal ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, kira-kira jam 8.15 pagi.
Khazali yang yakin kes itu dapat diselesaikan polis dalam masa terdekat berkata, pembunuhan pegawainya itu tidak melemahkan semangat beliau dan anggotanya untuk meneruskan tugas.
“Ia tidak jejaskan moral dan semangat kami walaupun sering menerima ancaman, malah meningkatkan lagi usaha mengikut objektif ditetapkan. Kakitangan juga turut sentiasa bersiap siaga dengan meningkat tahap keselamatan untuk menghadapi sebarang kemungkinan selepas ini kerana kami tidak tahu musuh kami dari mana,” katanya.
Sementara itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman yang mewakili kira-kira 1.3 juta penjawat awam, berkata tuduhan Husam itu bukan saja merugikannya, malah mengundang kebencian rakyat terhadap PAS.
11 ulasan:
kembalikan hak kepada yang berhak. ketua pengarah kastam seharusnya dari skim kastam itu sendiri iaitu skim W, bukannya skim M seperti khazali ini.
sudah-sudahlah tu ptd. hentikanlah merampas hak orang serta menjadi parasit di jabatan yang ada skimnya yang tersendiri.
yang benar
penguasa kastam W41
Ceupacs telah dibeli kerajaan BN..terhutang budi la tu...Saya UNDI Pakatan Rakyat..terlalu banyak putar alam dalam CEUPACs
Aslkm. Saya mohon penjawat awam yang berada di PUTRAJAYA, kali ini kita berganding bahu hapuskan kerajaan KORUP BN..kita semua sayangkan BN, tapi kalau penjawat awam telah sampai ke tahap buat part time selepas kerja, alangkah malangnya sbb menteri2 BN dah ambil duit rakyat. INI KALILAH....saya inginkan perubahan baru..anda kena UNDI PAKATAN RAKYAT..kita tolak UMNO dan BN..jangan asyik termakan kata2 pemimpin UMNO...melayu akan dipijak2 bangsa lain,...tanah melayu hilang...
TAPI tanah NUSAJAYA dan REZAB sendiri dijual oleh UMNO...Buka lah mata wahai saudara perkhidmatan awam...Saya sendiri PTD dan saya ingin anda semua yang mengundi di PUTRAJAYA..ubah la...Ramai PTD yang bersuara tapi telah di masukkan dalam POOL sebab berani tegur PM dan MENTERI KORUP...bukan kami PTD tak bersuara...TAPI ramai kami telah dianiaya...PEagwai Tertiinggi sekarang yang ada adalah YES BOS...Tolong kita UBAH kali ini..KIta mahukan pegawai PTD selaku pemimpin kembali bersuara !!!! Ayuh Ubah kali ini.. jangan kita jadi LEMBU !!!
Masalah mereka yang buat part taime selepas kerja ada beberapa sebab lah anon 29 12.53...
1. Memang kakitanagn tersebut orang yang rajin tidak boleh duduk diam seperti mereka yang pemalas tuh1...
2. Mereka tahu kot mana pon siapa perintah pon tidak akan kecukupan walau dia seorang PTD atau J17 ...tetapi ada orang yang cukup sebab mereka mempunyai akal dan dapat membuat adjustment tidak mengikut nafsu, menyedari keupayaan.
3. Mereka yang buat part time seperti berniaga sebab ingin mengikut sunnah nabi 9/10 rezki dari berniaga walaubagaimanapun belum konfiden tetapi mereka tak gunakan waktu pejabat.
4. Ramai PTD juga bukan seorang yang keratif dan berinovasi dan tak kreatif setakat kelulusan sastera kelas bawah)...tetapi mengharapkan gaji bulanan yang tak setimpal dengan kerjanya...jadi kalo lah DAP yg berkuasa kelak orang yg mengaku PTD ni lah yang akan dibuang kerja dahulu.Kita juga lah J17 dan PA yg sokongan nih yg dimainkan oleh org yg mengaku PTD "separuh" yg diatas.
5. Mereka suka menuduh rasuah itu dan ini tetapi memandangkan otak mereka lemah hanya setakat dapat tuduh tampa pembuktian dan justifikasi. Inilah orang yang merosakan PA.
Selepas kejadian ini diharap kerajaan dapat menjamin keselamatan warga JKDM agar kejadian ini tidak berulang lagi ! Bila warga ATM dan PDRM gugur , gaji dan gred dinaikkan, bagaimana pula dengan JKDM ? Adakah Dato Khazali akan berjuang buat warga JKDM atau senyap seperti mana bila Arwah Sarbani meninggal dunia ketika disoal siasat oleh SPRM ?
Well we will wait and see tindakan pengurusan tertinggi utk warga yang dicintai !
Apakah tidak berlaku rasuah di dalam institusi kerajaan sehingga kini? Jujurlah kepada diri sendiri dan rakyat Malaysia apabila mengeluarkan kenyataan. Janganlah kita menafikan kepada perkara2nyata yang sedang berlaku.
member kami baru jadi penguasa kastam tak sampai 5 tahun dah hidup mewah, gaji berapa sangat..!! pakai jam RM15ribu, handset samsung S3 RM 2ribu, kereta toyota vios, ape cite semua nie..kami PA semua sudah tahu jabatan-jabatan mana yg terlibat dengan rasuah, SPRM sila senaraikan jabatan-jabatan utama yg rasuahnya kritikal...
Aku tak nampak kenyataan husam musa tu salah, ada benarnya juga kes-kes yang berlaku keatas penguatkuasa membabitkan rasuah,mungkin org yg membunuh ni kaki perasuah yg memerangi org yg tak perasuah,semua ini berpunca dari korupsi inilah penyakit yang harus kita perangi, baik yang tidak mengambil atau mengambil risiko tetap sama.
tolak ku nan pemilik syer judi toto n arak, bersihkan putrajaya dari seorang pemimpin yang tak bermoral, aman putrajaya negara selamat
Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...
member kami baru jadi penguasa kastam tak sampai 5 tahun dah hidup mewah, gaji berapa sangat..!! pakai jam RM15ribu, handset samsung S3 RM 2ribu, kereta toyota vios, ape cite semua nie..kami PA semua sudah tahu jabatan-jabatan mana yg terlibat dengan rasuah, SPRM sila senaraikan jabatan-jabatan utama yg rasuahnya kritikal...
Selasa, April 30, 2013 1:52:00 PTG
--------------------------------
katakanlah dia masuk kerja guna sarjana muda dengan kepujian, dia dapat:
2,131.73 + 250.00 + 300.00 + 300.00/250.00/150.00
jumlah semua lebih kurang 2981.73 setiap bulan pada tahun pertama. setiap tahun kenaikan adalah 250.00 jadi tahun berikutnya 3231.73, tahun ke-3 3481.73, tahun ke-4 3731.73 dan tahun ke-5 3981.73
kalau setiap bulan beliau menyimpan 1000.00, tahun pertama beliau ada 12,000.00 dan tahun ke tiga beliau ada 36,000.00
bukankah beliau sudah boleh membeli jam tangan 15,000 + telefon bimbit 3,000 + bayar muka kereta vios 15,000 dan meneruskan ansurannya yang sekadar 500-600 sebulan dan beliau masih lagi ada baki simpanan sebanyak 3,000 lagi pada tahun ke-3 tersebut? apabila sudah masuk tahun ke-5 sekiranya beliau meneruskan jadual simpanan, beliau sudah menambah semula 24,000 ke dalam simpanan menjadikannya 27,000?
bersangka baiklah anda semua sesama manusia, lebih-lebih lagi orang itu adalah "kawan" anda sendiri.
betul lah tu jangan perbetulkan yang salah mana tidak kena tembak siapa juga manusia menambak sebarangan kalau tiada yag berlaku rasuah patut pun mati pengarah kastam menyuruh husam mohon maaf jangan lagi lah menyuruh husam tu betul tu hidup husam
Catat Ulasan