Bernama
17/11/2014
17/11/2014
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di
Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini mengulangi permintaannya
supaya kerajaan secara serius menimbangkan kenaikan elaun risiko bagi
anggota penguat kuasa.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata ini kerana anggota penguat kuasa menghadapi tekanan hidup berikutan pendapatan yang rendah selain kos sara hidup yang semakin meningkat.
"Ada dalam kalangan agensi penguatkuasaan cuma dibayar RM200 untuk elaun risiko. Malah ada agensi yang tidak membayar langsung walhal mereka berdepan pelbagai ugutan, termasuk bunuh, ketika menjalankan tugas penguatkuasaan hingga menjejaskan keselamatan diri sendiri dan keluarga.
"Justeru itu, kita sekali lagi memohon kerajaan dan pihak berwajib ambil perhatian dengan menaikkan bayaran itu kepada RM500 hingga RM800 sebulan. Secara tidak langsung ia akan meringankan beban kewangan anggota terbabit," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Cuepacs sebelum ini dilaporkan telah meminta kerajaan menimbangkan kenaikan elaun risiko bagi tujuh badan penguatkuasaan undang-undang seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Imigresen dan Jabatan Penjara.
Selain itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek pula dilaporkan sebagai berkata kementerian akan mengusulkan kepada Kabinet untuk menaikkan elaun penguat kuasa kementerian daripada RM200 sekarang.
Azih berkata selain menghargai pengorbanan anggota-anggota penguatkuasaan, kenaikan elaun risiko itu juga akan membantu meningkatkan semangat menjalankan tugas penguatkuasaan.
"Penambahbaikan ini juga sekali gus mampu mengelakkan perbuatan rasuah sesuatu aktiviti atau operasi penguatkuasaan dijalankan.
"Sesetengah anggota penguat kuasa pada mulanya cuma berjinak-jinak mengambil rasuah ... mula-mula hanya mencuba dan mengambil sedikit, lama-lama menjadi amalan buruk dan tabiat kerana kos sara hidup, kurangnya pendidikan agama, dan kelemahan integriti yang telah dihidu pihak berkepentingan yang pantas mengambil kesempatan," katanya.
-- BERNAMA

3 ulasan:
Takkan nak tunggu ada org mati baru nak bagi elaun risiko..selagi tak ada yg mati selagi tu la tak bagi elaun tu..
BUKAN PENGUATKUASA SAJA KOT BERISIKO, PENGAWAL KESELAMATAN JUGA TERDEDAH RISIKO YG SAMA, CONTOH PENGAWAL KESELAMATAN DI SETOR EKSIBIT kpdnkk, MENJAGA JUTAAN RINGGIT NILAI RAMPASAN SEORANG DIRI,ELAUN RISIKO PATUT DIBERI KEPADA MEREKA INI..PENGUATKUASA SEKALI OPERASI 8HINGGA 10 ORG BERTUGAS,PENGAWAK KESELAMATAN SIANG ATAU MALAM BERTUGAS SEORANG DIRI.
HARAP BUKA2 LA MATA DATO2 SEKALIAN.
Salam kepada yang membaca..rintihan dari yang menanggung..mohon pencerahan dan perhatian..elaun kritikal kepada pegawai bomba..sila kaji sedalam2nya..sedangkan polis ada elaun asap..mengapa pegawai bomba yang umumnya tahu tugas2 pegwai bomba tidak ada elaun itu..pelik tapi benar..sila buat kajian yang mendalam terhadap masalah yang ada dalam tugas seharian anggota bomba..walaupun persatuan atau pun kesatuan itu ada..tetapi zahirnya tidak diketahui hasilnya..mohon sekali lagi diketengahkan...sekian dahulu..wasalam..
Catat Ulasan