Bernama
23/11/2014
23/11/2014
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Isu perumahan yang membelenggu
golongan belia masa kini menjadi usul utama yang akan dibahaskan
Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada perhimpunan
agung sayap Umno itu, Selasa ini.
Ketuanya Mohd Razlan Muhammad Rafli berkata kerajaan perlu mengambil tindakan drastik bagi mengurangkan pembangunan perumahan mewah yang akhirnya hanya mampu dimiliki golongan berpendapatan tinggi, menyebabkan masalah perkauman terus wujud.
"(Kerajaan) kena fikirkan tentang kemampuan orang Melayu, bagaimana sesuatu pembangunan kawasan perumahan itu mampu dimiliki oleh semua kaum agar wujud masyarakat majmuk... ini penting," katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.
Perhimpunan Agung tiga sayap parti - Wanita, Pemuda dan Puteri - akan berlangsung pada Rabu ini.
Masalah harga rumah yang melambung tinggi terutamanya di kawasan bandar di negara ini menjadi isu utama kalangan rakyat, khususnya generasi muda yang ingin memiliki rumah sendiri.
Menurut Laporan Indeks Harga Rumah Global Knight Frank, Jun lepas, Malaysia menduduki tempat ke-15 dalam kalangan negara yang mencatatkan kenaikan harga rumah tertinggi pada suku pertama tahun ini daripada 54 negara yang terlibat dalam kajian itu.
Laporan itu menyebut harga rumah di Malaysia meningkat lapan peratus berbanding tempoh sama pada 2013.
Mohd Razlan berkata kerajaan perlu berpandangan lebih jauh agar masyarakat berbilang bangsa di negara ini dapat terus mengamalkan konsep perpaduan yang terjalin sejak sekian lama.
"Jika sesuatu kawasan perumahan itu hanya dikuasai oleh majoriti satu kaum sahaja, apa akan berlaku 10 tahun selepas itu?. Kerajaan kena tengok apa sebenarnya keadaan sosial sesuatu tempat (sebelum melaksanakan pembangunan).
"Tapi kalau aspirasi kerajaan masih nak tentukan setiap bangsa itu bercampur dengan bangsa lain, kerajaan kena pantaulah... kerajaan kena ambil langkah untuk turunkan harga rumah," katanya.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda dalam satu laporan akhbar hari ini dipetik sebagai berkata bahawa penjawat awam berisiko menjadi gelandangan sekiranya kerajaan tidak mengawal harga rumah yang kini melambung tinggi.
Pada akhir September lepas, Cuepacs mendapati hampir 60 peratus penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan tidak mampu memiliki rumah sendiri.
Bagi membantu golongan belia memiliki rumah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2015 Oktober lepas mengumumkan pewujudan Skim Perumahaan Belia.
Sklim itu menawarkan pemilikan rumah pertama, bernilai tidak melebihi RM500,000 kepada belia berkahwin berumur 25 hingga 40 tahun serta mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 dengan tempoh pembiayaan maksimum, 35 tahun.
-- BERNAMA

8 ulasan:
Perumahan Mampu Tengok sahajalah, kerana harga rumah pun antara RM 300 ribu ke RM 500 ribu, itu nak dikatakan Perumahan Mampu Milik, dengan gaji antara RM 1000 - RM 2,500 di bandar ni, itu semua angan-angan sahajalah, Perumahan Mampu Tengok sahajalah.
Kos sara hidup makin tinggi, nilai wang makin kecil, semua benda kena bayar, berak dan kencing pun kena bayar, letak kereta pun kena bayar, ada pernah kerajaan kaji tahap kehidupan anak-anak muda yang baru mula bekerjaya di bandar besar?
Saya mencadangkan usul agar Najib dan kuncu-kuncunya berambus dari kepimpinan UMNO, ada hanya menyusahkan sahaja, tak ada lagi baik. Malahan kalau Najib nak berambus terus dari UMNO pun tak apa, lagi baik, menjadi beban dan menyusahkan rakyat sahajalah, malahan UMNO pun jadi mangsa kerana Najib dan kuncu-kuncunya inilah. Sedarlah diri.
Isu kos sara hidup yang makin meningkat dan nilai wang yang menjadi makin mengecil apa cerita?
Isu pendatang asing makin berlambak di negara ini, menguasai segala sektor dari pekerjaan hingga perniagaan apa cerita?
Malahan pusat perniagaan warga Bangladesh, Myanmar dan Indon di Kuala Lumpur itu, apa kejadahnya Pemuda UMNO WPKL buat?
Blah la, sedangkan warga sendiri dibiarkan merempat, berniaga pun asyik kena serbu, kononnya tak ada lesen, tak ada permit, tapi peniaga dari Myanmar, Bangladesh, Indon, Nepal, dan macam-macam lagi, ada permitkah? Siapa beri permit? Najib dan kuncu-kuncunyakah?
Blah la, cakap saja degung degang, tapi sekadar cakap sahajalah, sebab bukannya buat apa yang dicakap pun, hanya cakap lain, tapi buatnya lain. Sedarlah semua.
Bidang pekerjaan pula, banyak sektor dah dikuasai oleh pendatang asing, majikan pula sibuk menggajikan pendatang asing sebab boleh beri gaji rendah, tak payah beri KWSP, sebab ada majikan yang cerdik tapi tak boleh pakai ni, dia ambil pekerja asing secara 'Contract For Service' iaitu dia lantik satu kontraktor untuk bekalkan pekerja asing dan dibayar atas perkhidmatan oleh pembekal pekerja asing itu, bukannya gaji kepada pekerja asing itu, sangat menguntungkan, tapi kesannya pekerja tempatan makin terhimpit, peluang pekerjaan banyak, tapi dimonopoli oleh pekerja asing.
Bila pekerja asing makin banyak, sampai 6 juta orang sekarang ini di Malaysia, mereka sudahlah tak bayar cukai pun, kemudian gunakan subsidi milik rakyat negara ini dengan sepuas-puasnya, kesannya kos biaya subsidi makin naik, untuk mudahkan kerja Najib dan kuncu-kuncunya, maka hapuskan subsidi, kononnya ketirisan subsidi yang digunakan juga oleh pekerja asing yang tak bayar cukai. Sekarang ini isunya adalah siapa yang bawa masuk dan benarkan kemasukkan pekerja asing secara beramai-ramai itu?
Sedarlah bahawa kalau hanya RM 1.00 subsidi kita digunakan oleh setiap pendatang asing, sehari sudah RM 6 juta, sebulan sudah RM 180 juta, setahun sudah RM 2.16 bilion. Kalau RM 10.00 sehari digunakan oleh pendatang asing itu, maka setahun subsidi yang ketirisan akibat dasar bodoh Najib dan kuncu-kuncunya itu adalah RM 21.6 bilion. Sedarlah semua.
sokong sangat..harap lapisan muda dapat beli rumah idaman..apapun..kerajaan mmg perlu pandang kos sara hidup sekarang..
** Tonton Movie/Drama dengan Percuma secara online **
pastikan ianya dilaksanakan..hanya kajian demi kajian..sama seperti menabur janni manis.
** Tonton Movie/Drama dengan Percuma secara online **
Sabah-Semenanjung tak seimbang. Gaji minimum Semenanjung Rm900 manakala gaji Sabah Rm800 lepas tu kita bandingkan harga rumah di semenanjung (rendah drp sabah) dan sabah (harga rumah/apartment tinggi drp sabah)...Mohon dikaji
Maaf tinggi drp semenanjung... Sabah nih mangsa buli ke???
Tanya je...
Catat Ulasan