Sinar Harian
9/3/2015
9/3/2015
- Jamawi Jaafar
SHAH ALAM - Lanjutan umur persaraan penjawat awam dari 60 ke 62 tahun
yang dicadangkan Cuepacs akan menghalang peluang generasi muda mendapat
kerja dalam sektor awam.
Ketua Penerangan Pemuda Umno, Jamawi Jaafar berkata, langkah itu akan menyebabkan ketidakseimbangan apabila jumlah pesara setiap tahun semakin berkurangan sedangkan jumlah graduan dihasilkan institut pengajian tinggi meningkat.
“Peluang pekerjaan ada di mana-mana sahaja tidak kira sektor awam mahupun swasta, namun sekiranya jumlah pengambilan bagi sektor awam berkurangan, maka negara akan rugi tenaga kerja muda.
“Begitu juga dengan bilangan penganggur yang semakin meningkat. Perlu diingatkan orang muda ada idea baharu untuk disumbangkan kepada kerajaan,” katanya.
Jamawi berkata, peningkatan umur persaraan bakal memberi kesan kepada kenaikan pangkat pegawai awam yang telah lama berkhidmat.
“Saya cuba dapatkan pandangan penjawat-penjawat awam dan didapati sebahagian besar daripada mereka tidak bersetuju," katanya.
Kelmarin, Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata, kebanyakan negara telah melanjutkan usia persaraan kepada 65 tahun dan sebagai negara yang menuju status negara maju, Malaysia harus mengambil langkah sama.
Sementara itu, Naib Presiden Suara Anak Muda 1Malaysia, Khaidir Baharuddin berkata, cadangan Cuepacs itu dilihat sebagai satu langkah terkebelakang.
Katanya, untuk memapankan perkhidmatan awam, seharusnya orang muda diberi peluang untuk berkhidmat dan menyumbang.
"Kami bimbang ia menutup peluang kepada golongan muda. Kesannya, transformasi perkhidmatan awam gagasan Perdana Menteri akan gagal," katanya.
Katanya, Cuepacs sepatutnya memberi fokus kepada meningkatkan tahap kecekapan penjawat awam bukan umur persaraan.
"Tiada masalah jika Cuepacs ingin bertemu dengan Suara Anak Muda 1Malaysia kerana kami juga ingin mencadangkan supaya umur persaraan diturunkan semula kepada 55 tahun," katanya.
5 ulasan:
Yang Berhormat DATUK Azih Muda kemaruk nak jadi Presiden CEUPACS lagikah sampai minta persaraan dinaikkan kepada 62 tahun?
Cukuplah persaraan umur 60 tahun, itu pun patutnya 58 hari tu dah sesuai dah.
Perlu lihat pasaran buruh negara sama, jangan fikirkan temolok sendiri sahaja.
Daripada CEUPACS asyik merapu tak tentu hala, malahan DATUK Azih Muda ni aku lihat dah macam Najib, korek lubang tutup lobang, akhirnya berlobang-lobang sana sini sampai tak boleh ditutup.
Sekarang ini adalah berhubung isu skim yang diainaya serta isu perumahan di kawasan bandar, jangan nak menyibuk nak tingkatkan umur persaraan hingga akhirnya menjadi liabiliti kepada kerajaan dan negara, bila dah berumur, tak mampu nak buat kerja dengan elok, mengular sana sini, makan gaji buta menyebabkan rakyat makin marah.
Saya sendiri sebagai penjawat awam menentang sekeras-kerasnya percubaan untuk menaikkan umur persaraan kepada 62 tahun. Saya sendiri pun hanya pilih umur persaraan 58 tahun sahaja, umur persaraan 60 tahun saya tolak sebab mengenangkan peluang orang lain yang tersekat kerana ketamakkan orang-orang tertentu yang hanya fikirkan temoloknya sahaja.
Walau apa pun, kepada Yang Teramat Mulia Sahibus Samahah Al Fadhil DATUK Azih Muda, sila selesaikan isu skim sebelum bulan Jun 2015 nanti, kalau tak boleh selesai, lebih baik kau letak jawatan sahajalah, apa guna ada Presiden yang penipu, macam Najib jadi Presiden UMNO menipu ahli-ahli UMNO dan orang-orang Melayu, kau pula jadi Presiden CEUPACS menipu penjawat awam, kau dengan Najib ni memang manusia durjana, UMNO dibenci kerana Najib, CEUPACS dipandang seperti sampah sarap kerana manusia murahan dan tak guna seperti kau ini.
SELESAIKAN DAHULU ISU SKIM DAN ISU PERUMAHAN DI KAWASAN BANDAR, PASAL PERSARAAN UMUR 62 TAHUN ITU, ITU SEMUA TAK PENTING, YANG PENTINGA ADALAH ISU SKIM DAN ISU PERUMAHAN DI KAWASAN BANDAR, JANGAN NAK MENYIBUK TAK TENTU HALA HINGGA TUNGGANG LANGGANG SANA SINI!!!!!!!!!!!!!!
ang Teramat Mulia Sahibus Samahah Al Fadhil Yang Berhormat DATUK Azih Muda, Najib sampai 'all out' minta ketua-ketua bahagian UMNO hadir perjumpaan dengan dia siap bagi poster menyokong Najib lagi, kau pula bila nak minta ketua-ketua 'union' dalam CEUPACS untuk buat benda yang sama, buat poster macam Najib, eloklah kau dengan Najib ini, dua-dua durjana, dua dua tak guna, asyik menipu orang ramai kononnya diri sendiri popular, tapi sebenar kamu berdua hanya gila populariti, gila glamer, tapi dibenci oleh orang ramai sahajalah.
Sahut cabaran saya, kalau sampai bulan Jun 2015 masih tak selesai isu skim dan isu perumahan di kawasan bandar, kau letak jawatan sahajalah Azih, ada pun tak guna apa-apa pun, ada dengan tak ada sama saja.
Tak payahlah nak melalut pasal farmasi, pasal persaraan yang entah apa-apa itu, utamakan yang paling penting iaitu isu penambahbaikan 252 skim serta isu perumahan di kawasan bandar, itu yang utama.
JIKA KAU GAGAL MENGURUSKAN KEDUA-DUA ISU INI, KAU LETAK JAWATAN SAHAJALAH AZIH, ADA DENGAN TAK ADA PUN TAK ADA BEZA, ADA MERUGI TAK ADA TAK RUGI APA-APA.
Mat ...
Datuk Presiden ...mohon diselesaikan dulu isu-isu lapok dalam perkhidmatan awam, seperti isu gaji dan elaun,perumahan, skim perjawatan yang kelam kabut seperti Perkhidmatan Pendidikan....tetapkan KPI, tak perlulah mencetus polemik yang tak ada kesudahan.....
Betul tu isu elaun perumahan tu selesaikan dulu..skrg sewa rmh dah cecah rm550 sebulan utk kos rendah
klu dapat kenaikan jadi 300 pon dah ok sangat bayak membantu kami utk serap kos sewa rumah..
nak beli rmh jangan berangan lah memang belum terfikir..ceupac tlg lah perjuangakan ini dulu bab pencen tu nanti dulu
come on azih muda. jangan nampak macam bayang-bayang omar, suka mengarut & suka melalut.
1. mana pegi kajian semula skim2 yang masih belum dikaji?
2. mana pegi tuntutan supaya kumpulan pelaksana yang mempunyai kelulusan lebih tinggi dari gred lantikan sedia ada (memperolehi kelulusan lebih tinggi hasil dari PJJ/PLK ketika sedang berkhidmat) supaya dipermudahkan laluannya (laluan khas/pantas) ke peringkat lebih tinggi.
3. mana pegi kajian semula penilaian tahap kecekapan supaya seseorang yang berada dalam gred lantikan boleh ke gred kanan (lihat sahaja apa yang berlaku pada PT N17 yang sampai ke sudah masih belum dapat kenaikan pangkat, kalau ada pun KUP)
bijaklah sikit wahai presiden cuepacs. dah dapat gelaran datuk dah, maka berfikir dan beraksilah dengan penuh bijak. bukannya buat cadangan mengarut supaya dinaikkan had persaraan ke 62, mahupun cadangan potong gaji untuk derma kepada mangsa banjir tempohari. ini cadangan kurang cerdik!
Catat Ulasan