SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

05 Mac 2015

PUSAT SEHENTI PERLU DIWUJUDKAN MUDAHAN ADUAN PENGGUNA TERHADAP HARGA BARANG

Bernama
3/3/2015

3/3/2015 KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Pusat sehenti untuk para pengguna membuat aduan berkenaan harga barang perlu diwujudkan supaya usaha menangani peniaga yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya dapat ditangani dengan lebih berkesan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata pusat itu juga dapat bertindak sebagai tempat pengumpulan data sebelum disalurkan kepada pihak berkuasa seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan.

 "Melalui pusat ini, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan daripada data yang dikumpul untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan pengguna dan peniaga," katanya ketika menjadi tetamu program 'Ruang Bicara' bertajuk 'Kenapa Bayar Lebih?' terbitan Bernama TV di sini, malam tadi. Sementara itu, pengamal undang-undang, Noorhajran Mohd Noor dalam program yang sama berkata pengguna perlu mengetahui hak mereka supaya tidak tertipu. "Jadikan diri kita ini (pengguna) sebagai 'raja' agar peniaga menghormati hak-hak pengguna tanpa ada sebarang unsur penipuan dalam proses jual beli barang," katanya. Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),

 Datuk Nadzmi Johan berkata kebanyakan pengguna agak cetek ilmunya mengenai hak-hak mereka sebagai pembeli dan ia harus ditekankan melalui pendidikan. "Pendidikan mengenai hak-hak pengguna ini perlu diterapkan bermula di sekolah rendah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi supaya dapat dipraktikkan pada masa hadapan," katanya. Nadzmi berkata, pengguna juga harus menjadikan negara luar seperti Jepun dan Amerika Syarikat sebagai contoh di mana para pengguna di negara itu tidak memerlukan bantuan kerajaan dalam menggunakan hak dan kuasa mereka sebagai pengguna. -- BERNAMA

Tiada ulasan: