Utusan Malaysia
26/3/2015
26/3/2015
PUTRAJAYA
26 Mac – Kerajaan akan mengadakan perbincangan bersama Kongres Kesatuan
Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berkenaan impak
pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selepas bulan Julai
ini.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali
Hamsa berkata, kerajaan memerlukan sedikit masa bagi melihat kesan
terutama dari segi hasil kepada negara selepas pelaksanaan GST yang akan
bermula pada 1 April ini.
“Kita tunggu dulu pelaksanaan GST dan kemudian kita melihat impaknya dari segi hasil kepada negara dan sebagainya.
“Kerajaan tidak pernah mengetepikan kepentingan penjawat awam, jadi sekiranya ada hasil yang bertambah, penjawat awam juga akan mendapat nikmatnya iaitu kemungkinan dari segi kenaikan gaji mahupun elaun,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Ke-33 di sini hari ini.
Yang hadir sama, Yang Dipertua Puspanita, Puan Sri Rohani Abdullah dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.
Sebelum ini, Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda mencadangkan kerajaan supaya menaikkan 30 peratus gaji penjawat awam bagi membolehkan mereka menikmati agenda dan transformasi kerajaan dengan baik.
Kenaikan itu membolehkan penjawat awam bersedia untuk menghadapi GST yang dijangka dilaksanakan pada 1 April 2015.
Tambah Ali, ketika ini bukan waktu sesuai untuk diadakan perbincangan mengenai impak pelaksanaan GST terhadap penjawat awam.
“Saya rasa kita akan mula berbincang berhubung perkara-perkara yang berkaitan selepas bulan Julai nanti,” katanya.
Sementara itu, beliau yang juga Penasihat Puspanita menyeru Puspanita mengorak langkah dan melaksanakan amanah yang diberikan untuk memartabatkan peranan serta sumbangan wanita dalam pembangunan negara.
“Puspanita perlu berani melakukan transformasi dengan melaksanakan program-program di luar jangkauan dan dalam masa yang sama memperjelaskan dasar serta hasrat kerajaan kepada ahli dan masyarakat,” katanya.

10 ulasan:
Kesihan PA, hanya kajian demi kajian yang tidak ada penghujungnya.
Teruskan kajian sampai kerajaan bertukar tangan. Kerajaan PR akan laksanakan hasil kajian seumur hidup kerajaan omno.
memang ada impak pada penjawat awam berpendapatan rendah,namun tugas dan penjelasan kepada masyarakat tetap diteruskan untuk mempertahankan kerajaan BN demi kelangsungan memerintah.
Tetapi penjawat awam golongan ini mengharapkan tambah nilai dari segi gaji dan elaun yang lebih baik sesuai keadaan semasa.
Ini saluran cuepacs,samaada cuepacs mengambil perhatian dan membawa ke pihak atasan secara serius atau tidak.
Keputusan wajar diperolehi waktu terdekat kerana terkesan dengan GST terhadap penjawat awam golongan ini.
Kerajaan sangat wajar pandang serius kenaikan ini,penjawat awam adalah tulang belakang kerajaan dan penyokong setia BN.
Kehidupan golongan rendah penjawat awam semakin terhimpit oleh perlaksanaan gst..harap pihak cuepacs mampu membela nasib penjawat awam seperti tujuan asal penubuhan cuepacs..jangan berhenti sehingga perjuangan membuahkan hasil..maju cuepacs untuk penjawat awam!!
Kaji kepala bapak hang!
Untuk perbelanjaan setiap RM 1000 bagi barangan kena GST saya anggarman sebanyak RM60 di bayar setiap bulan. Untuk 12 bulan ia berjumlah RM 720. Bayangka klu kita belanja RM 3000 sebulan.

Sepatutnya GST ini dikutip dari keuntungan sesebuah Syarikat atau kedai itu bukannya dikutip dari Pengguna. Apalah pakar ekonomi Malaysia.........itu pun tak boleh nak fikir.
Saya beli beberapa makanan keperluan dapur bernilai RM352.60 cukai GST RM21.15, kata menteri OMNO barang keperluan makanan tidak kena GST. RM21.15 boleh makan 4 orang...! Semakin perit kehidupan kami yang kerja sendiri di kampung. Kami TALAK 1000 dah dengan OMNO....!!! Kami mahu PR menerajui kepimpinan negara. Lihat pula bagaimana PR pimpin negera kita. Insyallah PRU ke-14....!!!
8 days after paying GST in every items...
i' still survive and still alive, and of course, still in the PATIENT MODE...
kah kah akh.
Catat Ulasan