SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

09 Jun 2021

Jangan campur tangan urusan pemilihan naib canselor: Cuepacs Artikel Penuh

 Sinar Harian
9 Jun  2021


SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap agar tiada pihak campur tangan dalam pemilihan naib canselor di universiti awam yang dilaksanakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Adnan Mat

Presidennya, Adnan Mat berkata, tindakan mencadangkan sendiri nama calon naib canselor adalah tidak wajar kerana dikhuatiri mempunyai kepentingan tertentu.

Menurut beliau, pemilihan dilaksanakan KPT itu perlu melalui Jawatankuasa Tetap Pemilihan Naib Canselor Universiti Awam.

“Hasrat utama Cuepacs dalam isu ini hanyalah mahu memastikan potensi sepenuhnya institusi pengajian tinggi negara dapat diterokai sepenuhnya melalui urus tadbir cemerlang terutama ketika negara sedang mengalami pandemik Covid-19.

“Cadangan nama-nama tertentu secara terbuka boleh mengakibatkan keharmonian bekerja terjejas apabila wujudnya kumpulan yang cuba melobi ketua masing-masing untuk mendapatkan jawatan tersebut," katanya

eliau berkata, Cuepacs percaya proses pemilihan yang dilakukan KPT adalah telus dan tepat dalam mencari calon terbaik serta sesuai bagi menggalas kekosongan jawatan naib canselor di universiti awam.

“Janganlah ada cubaan untuk mengganggu urusan pemilihan dengan mencadangkan nama-nama yang diingini secara terbuka,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Adnan berkata, Cuepacs akan terus bersama KPT dan menghormati setiap keputusan yang dilakukan demi kebaikan perkhidmatan awam di institusi pengajian tinggi negara.

Jelas beliau, KPT dan Akademi Pendidikan Kepimpinan Pendidikan Tinggi yang diwujudkan mampu mengenal pasti serta mengembangkan bakat kepimpinan di institusi dalam kalangan ahli akademik terutama di universiti awam.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/143246/BERITA/Nasional/Jangan-campur-tangan-urusan-pemilihan-naib-canselor-Cuepacs

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Tiada ulasan: