SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

19 Januari 2009

66,000 KEMBALI PILIH SKIM PENCEN

Sinar
19/1/2009

GEORGETOWN - Hampir 97 peratus kakitangan perkhidmatan awam yang mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memilih untuk kembali kepada skim pencen. Presiden Cuepacs, Omar Osman berkata, mereka berbuat demikian setelah mendapat penjelasan melalui program taklimat yang diadakan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di seluruh negara baru-baru ini. Beliau berkata hampir 66,000 kakitangan awam yang kebanyakannya dalam sektor pendidikan dan badan berkanun mula memahami implikasi dan akan kehilangan banyak kemudahan jika terus memilih skim KWSP termasuk tidak mendapat bayaran pencen, gratuiti dan rawatan perubatan. “Sebelum ini mereka ingat hanya tidak mendapat bayaran pencen dan akan terus menikmati kemudahan lain sebagai pesara. Ramai pesara yang mengadu kepada Cuepacs mengenai masalah yang terpaksa dihadapi kerana memilih skim KWSP sebelum ini termasuk dari segi kewangan dan kemudahan perubatan. “Kini pilihan terletak di tangan kakitangan berkenaan kerana tarikh tutup untuk membuat pertukaran ialah 31 Januari ini,” katanya dalam sidang media selepas bertemu dengan kakitangan awam Pulau Pinang di Komtar semalam. Menurutnya, melalui skim pencen, kakitangan awam yang terlibat dengan tindakan tata tertib atau diberhentikan kerana kesalahan jenayah akan hilang kelayakan untuk menikmati kemudahan itu walaupun sudah berkhidmat selama 30 tahun. “Tetapi untuk skim KWSP, kakitangan akan menerima carumannya walaupun disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah atau tindakan tata tertib,” katanya. Mengenai pengurangan lima hari cuti untuk kakitangan awam yang diumumkan oleh JPA tidak lama dahulu, Omar berkata ia hanya berkuat kuasa untuk pelantikan kakitangan baru mulai 1 Januari lalu. “Kakitangan yang sedang berkhidmat atau menerima pelantikan sebelum tarikh itu tidak tertakluk kepada peraturan berkenaan. “Mereka berhak menikmati apa yang sedang diperolehi sekarang ini termasuk membawa cuti ke hadapan untuk ‘golden hand shake’,” katanya.

Tiada ulasan: