SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

19 Januari 2009

MALANG 15 OEKERJA KONTRAK PPAPP GEORGE TOWN

Sinar
19/1/2009


Walaupun bekerja penuh dedikasi dan berjaya mencapai sasaran ditetapkan, namun 15 kakitangan kontrak Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) terpaksa menerima hakikat perkhidmatan mereka tidak lagi diperlukan. Dalam surat bertarikh 31 Disember 2008, Pengarah PPAPP, Shukriah Yon memaklumkan perkhidmatan mereka akan ditamatkan pada 31 Januari 2009. Ibrahim Ismail yang berkhidmat lebih 10 tahun di Unit Perolehan Koleksi, Bahagian Pemprosesan Bahan berkata, dia terkejut menerima surat itu kerana tiada alasan kukuh diberikan majikannya. “Saya bekerja dengan baik, dedikasi dan sentiasa mengikut arahan tanpa ingkar, tetapi kenapa diberhentikan tanpa sebab, sedangkan yang malas dan tidak menunjukkan prestasi baik dikekalkan. “Saya kesal kerana ada unsur pilih kasih dalam menentukan kakitangan kontrak yang terus kekal berkhidmat dengan PPAPP,” katanya ketika ditemui selepas mengadu masalah itu kepada Presiden Cuepacs, Omar Osman dalam taklimat isu semasa kepada kakitangan awam Pulau Pinang di Komtar di sini, semalam. Katanya, masa hadapan nya gelap kerana tidak lagi mempunyai pendapatan untuk menyara keluarga termasuk menanggung kos rawatan seorang anak yang menghidap leukemia. Menurutnya, PPAPP wajar menghargai jasa disumbangkan kakitangannya walaupun bertaraf kontrak. “Kalau kata nak berjimat cermat dan terpaksa mengurangkan kakitangan, kenapa masih ada pengambilan baru mengisi kekosongan kami,” katanya. Norlela Abd Hamid, yang bekerja enam tahun kesal kerana kakitangan rajin dan dedikasi tidak dihargai majikan. “Saya tak pernah gagal capai sasaran ditetapkan berbanding pekerja lain yang masih kekal dalam perkhidmatan disebabkan hubungan rapat dengan pegawai kanan. “Saya diberi tugas mencapai sasaran 12,000 buku, tetapi berjaya melebihi 16,000 dan 21,000,” katanya. Dia tidak dapat menyara kehidupan keluarga kerana suaminya, Hafiz Kassim adalah orang kurang upaya.

Tiada ulasan: