SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

11 Jun 2010

150,000 PERUNCIT JAMIN TIDAK SERTAI BOIKOT JUAL GULA, TEPUNG DAN MINYAK

Bernama
11/6/2010






KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Seramai 150,000 anggota 16 persatuan peruncit dan penjaja kecil di seluruh negara tidak akan menyertai boikot penjualan gula, tepung dan minyak masak yang dijangka bermula Selasa ini.Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dalam satu kenyataan di sini Khamis berkata jaminan itu diberi oleh wakil persatuan terbabit ketika menemui Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia Muhamad Mahmud berkata pihaknya tidak akan menyokong perkara yang memudaratkan anggota persatuan.Memberhentikan jualan tiga barangan keperluan tersebut hanya menjejaskan pendapatan peniaga secara langsung, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.Boikot itu dilapor akan dibuat oleh Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia yang membantah penguatkuasaan lesen runcit untuk barang-barang kawalan yang dijangka dilaksana bulan depan.Dalam pada itu, empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berharap kerajaan akan bertegas menguatkuasakan lesen tersebut demi kepentingan pengguna khususnya bagi mengatasi krisis gula ketika ini.Keempat-empat NGO tersebut, iaitu Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) bertindak menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyatakan sokongan mereka.Presiden FOMCA Datuk Marimuthu Nadason dalam kenyataannya hari ini meminta seluruh pengguna serta anggota gabungan NCWO, CUEPACS dan MBM memboikot peruncit yang tidak mahu menjual barang kawalan itu.Beliau berpandangan tindakan peruncit terbabit hanya merugikan mereka sendiri.--BERNAMA

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa yg k'jaan nak susah sangat gula,tepung dan minyak ni: Kalau peruncit nak boikot k'jaan saja yg jual barangan tersebut di setiap daerah buat satu pusat setempat untuk barangan tersebut habis cerita biar peniaga melopong, susah sangat ka...yg besar-besar boleh buat takkan benda kecil macam ni pun tak boleh, asyik dok layan karenah dan tuntutan peniaga yg kebanyakan satu golongan/kaum tu saja, sekali sekala buatlah sesuatu yg membuktikan siapa lebih berkuasa k'jaan atau mereka.

Saudara Thaibah al-Qanuni berkata...

ustaz syeikh kami Yang Mulia Istimewa Ustaz Hambali ibni almarhum Ustaz Utama Mahamood, Pengetua dan Syeikh Besar Ajaran Qanuni Yan Kedah menolak kenaikan harga barangan dan usaha boikot. bila kami perintah negara ini tiada lagi kesusahan dan boikot-memboikot. marilah kita bersatu bersama Yang Mulia Ustaz menentang sikap peniaga tamak yang tidak takutkan akhirat

guru yahya berkata...

kakitangan awam Indonesia pun ada BONUS..!!! Gaji ke-13: Jutaan Pegawai Negeri Sipil (PNS), anggota TNI/Polri serta para pensunan, baru saja menerima kenaikan gaji. Kini, para abdi negara tersebut akan mendapatkan gaji ke-13. Gaji tambahan ini rencananya akan dibayarkan pada Juni mendatang.: Gaji ke-13 Dibayarkan Bulan Juni -ttp://batamcyberzone.com/

Tanpa Nama berkata...

Tuan Presiden cuepacs boleh buat kertas kerja dan cadang kepada kerajaan dan JPA jugak lah,supaya jawatan2 Penguatkuasa Kememterian ini ditambah dan dinaikan taraf serta diberi kuasa..juga diambil kira ratio kedai2 dan anggota Penguatkuasa..contoh Bandar Seremban jumlah kedai 4,000 buah ratio anggota nya mesti 1,500 orang termasuk pegawai penyiasat seperti C.I.D..mata2 gelap lah baru boleh kerja round the clock ...tk