SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

03 Jun 2010

41 PERATUS PENJAWAT AWAM TERLIBAT RASUAH

Bernama
2/6/2010




TEMERLOH - Seramai 418,200 atau 41 peratus daripada 1.2 juta penjawat awam dikesan terbabit dengan aktiviti penerimaan rasuah sepanjang tahun lalu.Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman berkata, jumlah itu adalah membimbangkan dan harus ditangani segera.Bagi menangani masalah itu, katanya, Cuepacs akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya mereka terbabit dengan aktiviti rasuah diambil tindakan dan diheret ke muka pengadilan."Kita mahu memerangi rasuah dalam kalangan penjawat awam dan membuat laporan kepada SPRM terhadap pihak cuba menyogokkan rasuah kepada penjawat awam."Cuepacs tidak akan berkompromi atau bertolak ansur dengan melindungi mana-mana penjawat awam dengan gejala ini yang boleh menjejaskan pembangunan negara," katanya ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat Agung ke-8 Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Jabatan Kerja Raya dan Air Cawangan Temerloh di sini, hari ini.- Bernama

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dari mana Omar dapat statistik tu???aku rasa mengarut la sampai 41% dari semua PA...tapi kalau polis ,JPJ aku percaya bukan 41% tapi 98.8%

Tanpa Nama berkata...

cuepacs dah buat pembetulan dah...

kalau ikut berita bernama...hampir separuh daripada jumlah 1.2 juta kakitangan awam rasuah..(41%). lebih kurang 5, 6 ratus ribu laa...

dasyat...

tu la..bila kita nak minta naik gaji..mulalah ada pihak macam nak sabotaj..

inilah dasyatnya...

ahkak berkata...

ahkak x caya la abg omar nak sabotaj. X kan la dia yg tolong kita naikkan gaji lps tu dia pula sabotaj ckp mcm tu? Pelik la. Ahkak rasa mmg betul kot tu apa yg abg omar ckp.

Mungkin kalau kupek ckp pada PM naikkan gred dan gaji n17, kejadian rasuah ni x kan terjadi.

Tanpa Nama berkata...

you ni asyik nak naikkan gaji dari n17 ke n41 saje...bior betul...

tapi kalau kerajaan bagi naik ok la juga...heheheheheee...

Abu Jahal berkata...

ahkak wa sokong sama lu. pasni anak wa x payah masuk U lah terus apply kerani pUn grd 41 setaraf guru DG41 doktor UD41 engineer J41 PTD M41

adil sgt

otak lu hebat la ahkak

Tanpa Nama berkata...

Sape la ahkak nie ye? Hehe... Bukan tak suka, tapi menimbulkan sensasi yang buat orang lain turut "mencarut2" dalam blog nie...

Tanpa Nama berkata...

syabas kepada SPRM yang berjaya menjalankan tugas membendung gejala rasuah dlm negara kita.Tetapi pernahkah pihak SPRM sendiri membuat kajian dan berbincang di pihak atasan punca2 gejala ini?mcm mana nak ade kualiti dan pencapaian kalu kebajikan pekerja tidak diutamakan? terutama dari segi gaji dan taraf hidup yang tinggi.

Tanpa Nama berkata...

nak tanya tentang kelayakan cuti haji bg penjawat awam. Kita layak cuti haji 40 hari tapi pihak tabung haji bg lebih dr 40 hari. jadi kita kena ambik cuti rehat atau tanpa gaji sedang cuti haji hanya layak sekali dlm perkhidmatan. Adil ke? bukan kita yg menentukan bilangan hari tersebut.