SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

08 Jun 2010

PERJUANGAN CUEPACS ABAI KUMPULAN PENGURUSAN, PROFESIONAL

Berita Harian
2010/06/07



SAYA menyokong penuh tulisan Amirul bertajuk Perjuangan Cuepacs patut sama rata yang disiarkan dalam ruangan ini pada 29 Mei lalu. Nampaknya, Cuepacs lebih memberi keutamaan kepada kumpulan sokongan dan mengabaikan kumpulan pengurusan dan profesional. Seperti dinyatakan Amirul, kumpulan sokongan diberi kenaikan gaji antara 25 hingga 35 peratus, sedangkan kumpulan pengurusan dan profesional hanya menerima kenaikan sekitar 10 peratus. Ia bermakna perbezaan gaji antara dua kumpulan itu sudah semakin hampir. Apalah maknanya bagi kakitangan kumpulan pengurusan dan profesional yang terpaksa bersusah payah belajar hingga ke peringkat tinggi jika gaji mereka semakin menguncup.
Saya amat bersetuju dengan kenyataan Amirul bahawa ramai kakitangan kumpulan pengurusan dan profesional berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat sarjana. Malang sekali dalam perkhidmatan kerajaan, walaupun memiliki ijazah sarjana tetapi tidak diambil kira langsung untuk kenaikan pangkat. Apatah lagi kalau ketua atau bos sendiri tidak memiliki kelulusan sedemikian. Mereka tidak berasa susah payah dan jerih pedih seseorang yang menimba ilmu. Perasaan untuk memberi penghargaan tidak wujud sama sekali. Kakitangan yang mempunyai kelulusan lebih rendah diberi kenaikan pangkat dengan mudah tanpa memiliki kelayakan akademik sewajarnya. Walaupun Presiden Cuepacs tergolong dalam kumpulan sokongan, sebagai presiden beliau seharusnya memperjuangkan nasib untuk semua penjawat awam tanpa mengira kumpulan diwakili. Oleh itu, saya berharap akan ada perubahan selepas ini. Janganlah kerana memperjuangkan nasib kumpulan sokongan hingga menyebabkan kakitangan kumpulan pengurusan dan profesional berasa jauh hati, kecewa dan terpinggir.

PENJAWAT AWAM SETIA,
Kuala Lumpur.

60 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia. !

Saya sangat bersetuju dengan tulisan 'Penjawat Awam Setia' yang mengatakan perjuangan Ceupacs lebih mengutamakan kumpulan sokongan dan mengabaikan kumpulan pengurusan dan profesional. Lihat saja kenaikan gaji dulu, kumpulan sokongan mendapat 25 hingga 35%, sedang kumpulan pengurusan dan profesional hanya 10%.Kslau macam tu baik tak belajar tinggi2 mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit..! Tapi cuba bayangkan kalau penjawat awam tak ada memiliki ijazah apa akan jadi dengan negara Malaysia. Adalah sangat sedih bila rakan2 yang sama keluar dari maktab dan kita sambung belajar dan dia tak sambung belajar gaji dia lebih tinggi daripada kita sebab dasar kenaikan gaji yang tak praktikal. Jadi kita berharap sangatlah kepada presiden cuepacs agar dapat mengambil kira situasi sebegini dalam perjuangan untuk semua lapisan penjawat awam. Saya juga amat berharap agar ceupacs dapat memperjuangkan nasib penjawat awam yang memiliki ijazah sarjana agar tuntutan dapat dibuat sekurang-kurangnya 1-2 tangga kenaikan gaji sebagai hadiah kepada mereka yang berkhidmat menggunakan pengetahuan tahap Ijazah sarjana dalam perkhidmatan mereka. Terima kasih dan salam 1 Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Saya kurang bersetuju dengan pendapat penulis. Penulis hendak membandingkan % kenaikan gaji dengan setiap tingkat Perjawatan? Di sini kita nampak kelemahan penulis di dalam membuat tafsiran dan pengiraan. 25%-35% kenaikan ataupun 10% kenaikan yang diguna pakai oleh JPA adalah berdasarkan gaji permulaan setiap perjawatan kerajaan. Cuba si penulis buta pengiraan berdasarkan gaji permulaan (Basis gaji asas) kerana ia lebih tepat untuk membuat perbandingan? Bagaimana si penulis hendak membandingkan gaji orang yang telah LAMA BERKHIDMAT dengan orang yang BARU BERKHIDMAT? Sudah tentu perbezaan jurang pendapatan adalah tinggi kerana JURANG PENGALAMAN DAN KENAIKAN GAJI TAHUNAN!!! Si penulis memang berfikiran sempit dalam hal ini!

Tanpa Nama berkata...

Sebagai tambahan maklumat di atas, pemegang ijazah bagi tawaran PnP sudah mendapat pergerakan gaji P1T5 atau yang lebih tinggi sekiranya IJAZAH bersesuaian dengan jawatan dipinta berbanding gred sokongan walaupun SPM adalah syarat basic tetapi masih di permulaan tangga Gaji P1T1. Mungkin ramai PnP yang tidak tahu tentang ini dan tidak mengkaji fakta sebenar! Please, do your calculation based on basic first salary receive! Dengan itu anda akan faham , "APALAH MAKNANYA KENAIKAN % YANG BESAR TETAPI TIDAK PADA VALUE". Kalau penulis hendak membandingkan gaji orang yang telah lama berkhidmat dengan orang yang baru sahaja berkhidmat, baik tak payah jadi pegawai....

Tanpa Nama berkata...

kumpulan pengurusan, profesional tidak sedar diri... kemudahan lebih dari kumpulan sokongan.. dengan kelab golf, kemudahan kereta, rumah, dan segala2nya kemudahan telah disediakan.. itu masih tidak cukup? klu tak cukup juga mmg anda tidak sedar diri..
bersyukur apa yang ada adalah lebih baik dari merasa diri cukup bagus.. kebanyakan pegawai tidak tahu buat kerja dan serahkan pada kami untuk buat kerja dia.. siapa yang anda rasa profesional?
kami ini ada diploma tapi masih dikedudukan gaji sokongan biasa sahaja.. tidak pula kami melenting dan merintih menaikkan gaji kami sama macam kakitangan sokongan tinggi.. kami bersyukur dengan apa yang ada.. pikir2kanlah..wasalam

Abu berkata...

Tak habis2 isu 2007....cukup2 la tu. Masa itu dah berlalu. tak payah diungkit lagi......satu lagi baru2 ni kan kerajaan iktiraf PhD pada DG(master belum lagi, mungkin ada penjelasan yg munasabah). Lagipun di kebanyakkan jabatan pun ada bg kelebihan T(tanggagaji) pada mereka yg ada ijazah profesional, master,PhD. Kalau tak salah saya la..

Tanpa Nama berkata...

kakitangan pengurusan dan profesional sepatutnya aktiflah sama dlm cuepac...ni tidak harap kakitangan sokongan jer yg dok berteriak minta naik gaji.

Murad Yahya Bukit Mrtajam berkata...

kami kump sokongan amat memerlukan gaji yg tinggi seperti gred 41, kerana adakah hanya pegawai sahaja yg ingin berkereta mahal dan berumah 2 tingkat? pegawai kena gunakan otak, sebab kami lah yg sebenarnya tunjang negara lebih dari yg lain.

lagi 1 kakitangan sokonagn semua cerdik2 pintar2 rajin2 belaka, tapi kami masih tidak diberikan peluang menjawat jawatan Pengarah walau selepas 20 tahun berkhidmat,,

para pegawai, gunalah otak. bagaimana kami maghu sambung belajar jika gaji bawah rm2000? walaupun aku cuma S11, tetapi tahap intelektual kami adalah lebih tinggi dari pegawai kami yg cuma tahu guna facebook, tulis surat pn x reti, fotostet pun terketar lutut.

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah ketuanya bengap...bodoh...akai pendek...maka anak buahnya pun macam tu lah...bapak borek anak rintik...

Tanpa Nama berkata...

bincang punya bincang..gaji tetap tak naik2..heeee...

bila cuepacs nak jumpa PM?..macam buat2 lupa je cuepacs ni...rasenye dulu kata nak jumpa 7 jun, 2010..tapi tak ada berita pun...

dah berbuih bncang tapi hampeh,,,

hhahahahahaaaaa...

Tanpa Nama berkata...

Takpe.. atleast hari nie dalam berita harian keluar juga ayat seorang pegawai Gred W48 yang jelas menidakkan kata2 Penulis "Perjuangan Cuepacs" di atas.... Jelas lagi bersuluh kenyataan balas dalam forum nie (komen ketiga dari atas) membuka minda orang lain yang tidak faham apa itu kenaikan gaji....

Tanpa Nama berkata...

Bolehlah orang 48 cakap macam tu. Cuba tengok perangkaan berapa kerat je orang yang mampu dapat JUSA dalam Malaysia? Malah berapa orang pula yang dapat 48 dalam usia 30 tahun.
Lagipun kalau 30% daripada 1500 tu bukan ke dapat 450 manakala 10% daripada 1900 tu 190. Maksudnya yg 27 dapat 450 p&p dapat 190 jer, tak caya cuba kira sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Maknanya dalam gaji tahunan gred 27 akan bertaambah sebanyak RM5400 manakala gred 41 akan hanya bertambah sebanyak RM2280. Bezanya ialah RM3120. Bertuah betul orang 27 ni yer....

Tanpa Nama berkata...

apasal dalam blog ni ramai sanghat org bengap. nak compare orh pnp baru hingus masuk keje dengan gaji org da 30 tahun keje..mmg la jurang kecik , cuba korang campare P1T1 pnp dengan P1T1 pegawai sokongan. Tidak le nak samakan gaji dengan cerdik pandai hingusan tapi kalo ckp tu base on fakta n kelayakan yang sepatutnya...ni namanya cakap bodo marah kalo cakap bangang karang senyum pulak...Kebanyakan gred 29, 41 semua mamg dapat gaji diploma n degree cuba lihat yang bawahan ni gaji masuk memang mintak sijil bukannya spm tapi gaji gred spm... itu yang mintak diubah tu, bukannya nak sama banyak dengan gaji org cerdik pandai yang pandai cakap je ke????? TAK faham belajar jgn segan bertanya...

Tanpa Nama berkata...

Senang citer kita kembali kepada era kegemilangan tamadun Malaysia iaitu di era Tun Mahathir yang bijak bestari tu di mana peratusan peningkatan adalah sama bagi setiap kategori perkhidmatan awam. Untuk membolehkan gaji kakitangan sokogan berada di atas paras kemiskinan, naikkanlah peratus gaji semua kakitangan kepada 50%. Barulah semua berpuas hati.

Tanpa Nama berkata...

tapi ramai yang tak tau, masa naik gaji dulu, ada tambahan lagi 7.5% kepada golongan jusa tapi surat pekeliling ini hanya di ambil secara tangan (by hand) oleh akauntan.

Kenapa begitu?

Jawapannya,supaya golongan P n P tak rasa kecewa.

Maknanya, semasa kenaikan gj dahulu, peratus kenaikan gj jusa adalah sama dengan peratus kenaikan gj golongan P n P.

Inikah keadilan?

Itu;lah sebabnya, kami di golongan p N P merupakan golongan yang kurang bernasib baik....

ni kumpulan sokongan tak tau ni...kalau tak percaya, oleh google pekelililing kat internet tentang kenaikan gj jusa buat kali kedua selepas pak lah umumkan dahulu.

Tanpa Nama berkata...

bagi betis nak paha.sepatutnya bersyukur,bukan merungut...10% pun naik jugak...belajar je tinggi tapi xreti.

Tanpa Nama berkata...

Gred JUSA siapa sahaja yang boleh pergi? Kakitangan sokongan kah ke kakitangan Profesional??? Fikir logik lah anda semua!! Untuk mendapat kenaikan pangkat DARI gred 17 ke gred 22 pun memakan masa puluhan tahun (diselamatkan oleh KUP sahaja) manakala pegawai?? PTK ARAS 3 PUN BOLEH DAPAT KENAIKAN PANGKAT!! Kami golongan sokongan selagi tidak dapat aras 4 jangan harap merasa kenaikan pangkat!!! Sebab itulah saya mengatakan bahawa kebanyakan pegawai PNP tidak pandai memberi perhatian dalam isu ini dan cuma tahu menuding jari serta tertekan dengan situasi keadaan semasa (dihujah dengan fakta yang tidak betul)Lagi satu, kenapa anda mengaitkan Gred JUSA dengan gaji anda sekarang?? Ianya sama sahaja seperti emmbandingkan gajah dengan semut! Awak ingat semua orang boleh jadi JUSA? Sedangkan kami kakitangan sokongan yang bergaji kecil nak naik pangkat sedikit pun awak semua PNP tak beri perhatian!!! Memang bodohlah mengenali Pegawai yang berfikiran sempit macam ini!!1 Hancur negara

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

Bolehlah orang 48 cakap macam tu. Cuba tengok perangkaan berapa kerat je orang yang mampu dapat JUSA dalam Malaysia? Malah berapa orang pula yang dapat 48 dalam usia 30 tahun.
Lagipun kalau 30% daripada 1500 tu bukan ke dapat 450 manakala 10% daripada 1900 tu 190. Maksudnya yg 27 dapat 450 p&p dapat 190 jer, tak caya cuba kira sendiri.

>>>>>Nie orang BENGAP tak pandai mengira!!! Kakitang sokongan gred 27 CUMA DAPAT KENAIKAN 25% sahaja ye!!!! Kakitangan profesional dapat 15% ye!!! Jangan pandai2 buat fakta bodoh di sini..Gaji basic N27 ialah RM1204.55 ye, bengap!!! Gaji basic pegawai RM1993.63 ye (Kalau gred PTD)Bukak buku dan baca!! Buatlah calculation!!! 27 dapat rm300 dan 42 dapat rm299!! Fuh beza CUMA SERINGGGIT (Cerita punyalah BESAR) Bangang la kalau aku tau sape orang nie


Rabu, Jun 09, 2010 9:02:00 AM
Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

Maknanya dalam gaji tahunan gred 27 akan bertaambah sebanyak RM5400 manakala gred 41 akan hanya bertambah sebanyak RM2280. Bezanya ialah RM3120. Bertuah betul orang 27 ni yer....

Rabu, Jun 09, 2010 9:05:00 AM

>>>>>>>>Dah, jangan percaya dengan orang yang buat pengiraan tue. OK? Saya kerja kat bahagian Perkhidmatan, jadi saya lebih tahu apa itu kenaikan gaji!!!

Tanpa Nama berkata...

betul..PnP bukannya tau apa.cume tau perintah orang je...hehe

rasional berkata...

Gaji biarlah di bayar ikut pencapaian bukannya perasaan. Sapa berusaha lebih, dapatlah lebih.
Tak mudah untuk mendapat ijazah.
Kalau semua nak dapat gaji besar melalui persatuan, alamat jadi pemalaslah rakyat malaysia.
Kalau dah tau gaji PnP besar, kenapalah mintak jadi sokongan?
Fikir2lah sendiri....

Tanpa Nama berkata...

gaji dah besar pun x pernah cukup.. itu la buat kerja x ikhlas.. tau mengarah orang bawah je buat kerja. kerja sendiri di suruh orang bawahan. orang bawahan ni tepaksa la buat kerja yang di suruh.. sebab "SAYA YANG MENURUT PERINTAH". sedangkan kerja tu semua patutnya diorang yang kena buat sendiri..

Tanpa Nama berkata...

>>>Nie orang BENGAP tak pandai mengira!!! Kakitang sokongan gred 27 CUMA DAPAT KENAIKAN 25% sahaja ye!!!! Kakitangan profesional dapat 15% ye!!! Jangan pandai2 buat fakta bodoh di sini..Gaji basic N27 ialah RM1204.55 ye, bengap!!! Gaji basic pegawai RM1993.63 ye (Kalau gred PTD)Bukak buku dan baca!! Buatlah calculation!!! 27 dapat rm300 dan 42 dapat rm299!! Fuh beza CUMA SERINGGGIT (Cerita punyalah BESAR) Bangang la kalau aku tau sape orang nie>>

Rupa2nya salah juga orang w48 mengira kat paper hari ni. Dikatanya 27 dapat 1500 41 dapat 1900. Mana la w48 tu dapat rujukan..

Tanpa Nama berkata...

rasional berkata...

Gaji biarlah di bayar ikut pencapaian bukannya perasaan. Sapa berusaha lebih, dapatlah lebih.
Tak mudah untuk mendapat ijazah.
Kalau semua nak dapat gaji besar melalui persatuan, alamat jadi pemalaslah rakyat malaysia.
Kalau dah tau gaji PnP besar, kenapalah mintak jadi sokongan?
Fikir2lah sendiri....

Rabu, Jun 09, 2010 2:42:00 PM

>>>> Saya bersetuju dengan pendapat itu, tetapi tidak pada ayat terakhir..... Rezeki tidak terletak pada permohonan kita semata-mata. Bagaimana dengan perasaan orang yang gred N17 menyambung pelajaran dapat diploma dan degree? Begitu dengan PnP yang menyambung Master dan PhD... Sedikit sebanyak ada persamaan di situ TETAPI? Kewujudan setiap kerja dan jawatan nie ada pro dan kontra.. Saya cuma hendak tidak suka pada pernyataan golongan PnP yang terlebih2 menyalahkan golongan kakitangan sokongan nie (lepas tue bagi fakta salah)...

Tanpa Nama berkata...

n27 dapat rm301.14 manakala 41 dapat rm299.04. Bezanya rm2.10. Nampaknya yang mengata tu pun tak dapat mengira dengan tepat. Lebih RM2 tu beza. Dah boleh makan cendl dengan kuih tu..... :P

Tanpa Nama berkata...

Tolonglah ye... saya tak perlulah kira bulat2 sampai mcm tue... Awak ingat saya tak tau ke? Kalu RM2 pun hebohnya macam RM2000 ... BERLAGAK BETUL

Tanpa Nama berkata...

makan cendol ngan kuih rm2??? satu bijik karipap pun rm1 sekarang, cukop ke??

Tanpa Nama berkata...

Mak aii, makan karipap yang mahal2 je. Saya beli karipap yang 3 RM1 pun dah rasa habis best dah....Nyum nyum

Tanpa Nama berkata...

Hairan sungguh..pertama.

Rakan anda telah bekerja 25 tahun dan anda 1 tahun.

Rakan anda telah mengambil 5 kali PTK DAN LULUS semuanya dan anda tidak pernah lulus PTK.

Gaji nak bandingkan gred 38 dengan gred 41 yg baru nak mula hidup?

Anda mahu gaji rakan anda yang dah berpuluh tahun kerja itu SAMA dengan gaji anda yang baru 3 tahun kerja?

...'Anda bagus'?(gred 41 yg cemburu dengan gred 22 / 38).

Hairan yg ke dua.

Gaji gred 41 (Deg.) dalam surat perlantikan bermula dengan P1T8.

Gaji gred 17 (SPM) dalam surat perlantikan bermula dengan P1T1.

..lagi sekali 'Anda bagus'?(Kum. pro yg cemburukan Kum pelaksana).

Tanpa Nama berkata...

Betul ke dapatan tu? Bukan ke N27 p1t1 gaji RM1204.55 N41 p1t1 gaji RM1690.28 ke? Jadi N27 dapat rm301.14 dan N41 dapat rm253.54. Perbezaannya ialah RM47.60 yakni n27 dah dapat pegi makan kfc sebanyak 4 kali dengan duit tersebut.....

Tanpa Nama berkata...

Untuk dapat gred 27 anda hanya perlu mendapat sijil stpm atau diploma. Kalau ada pun yang dapat 27 mahupun menggunakan sijil spm sahaja yang mungkin telah berkhidmat lama dengan cemerlang.
Persoalannya ialah kenapa dengan gred 38 dan 41 yang mungkin sama gaji pokoknya dengan tiba-tiba sahaja hanya 38 yang dapat kenaikan tinggi berbanding 41???

Tanpa Nama berkata...

Saya mencadangkan supaya orang yang tak spm tapi nak dapat gaji spm tu kena ambil periksa spm balik bawah kementerian sumber manusia. Lepas semua kakitangan sokongan kumpulan 2 mendapat sijil spm barulah kerajaan menaikkan gaji mereka secara automatik, tapi kena bagi kelonggaran sikitlah pasal kelulusan tu...

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

Betul ke dapatan tu? Bukan ke N27 p1t1 gaji RM1204.55 N41 p1t1 gaji RM1690.28 ke? Jadi N27 dapat rm301.14 dan N41 dapat rm253.54. Perbezaannya ialah RM47.60 yakni n27 dah dapat pegi makan kfc sebanyak 4 kali dengan duit tersebut.....

Rabu, Jun 09, 2010 4:45:00 PM

>>>>>>>nie la masalahnye bila tak baca habis ayat org... gred gaji yang dimaksudkan utk golongan 41 tue gred PTD, hampeh betul la... LAGIPUN GRED N UTK PERINGKAT PROFESIONAL DAH NAK TAKDE LAGI SEKARANG NIE... NAK PUPUS DAH JAWATAN TUE!!!!

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

Untuk dapat gred 27 anda hanya perlu mendapat sijil stpm atau diploma. Kalau ada pun yang dapat 27 mahupun menggunakan sijil spm sahaja yang mungkin telah berkhidmat lama dengan cemerlang.
Persoalannya ialah kenapa dengan gred 38 dan 41 yang mungkin sama gaji pokoknya dengan tiba-tiba sahaja hanya 38 yang dapat kenaikan tinggi berbanding 41???

Rabu, Jun 09, 2010 4:53:00 PM

>>>>>>>nie lagi seorang yang BEBAL tak faham2 bahasa... Apa ke logik ko nak banding sijil ko tue dengan pengalaman kerja org yang PULUH TAHUN KERJA dengan degree hanya 3 tahun pengalaman, Praktikal Pun BELOM TENTU FAHAM TUGAS DAN KERJANYA??????? Woi, Gred 38 tue bukan direct dapat senang2 lah!!!!

Tanpa Nama berkata...

Semua maklum balas dengki PnP dengan kakitangan sokongan disini jelas sungguh tidak profesional

Tanpa Nama berkata...

Beginilah, apa kata kalau kerajaan buat macam ni:
Kelulusan SPM naik gaji lagi RM700
Kelulusan Diploma/STPM naik lagi RM800
Kelulusan Ijazah naik lagi RM900
Kelulusan Master dan PhD naik lagi RM900

Rasanya macam adil dan saksama tu. Kerajaan pun tak payah buat formula bagai.....

SUKA TAK?? SAYA SUKA YANG AMAT HEHEHE

Tanpa Nama berkata...

ada duit ke kerajaan nak bayar gaji ni..itu yg mushkil tu...

silap2 masuk anginkeluar asap...

heheheheeee....

Tanpa Nama berkata...

km pun tak paham knp P&P nak bandingkan ngn km sokongan...u kalu nak banding u banding p&p tahun pertama n sokongan tahun petama br u nampak.. ni u bandingkan dengan sokongan yg 20 tahun kerje wat apa...

1 MALAYSIA berkata...

ape la semua gado2.. korang ni pon xpkir pkai otak.. jgn gado.. kita bersatu.. mintak naik gaji...semua naik gaji... kn ok gitu.. ekonomi pn maju..

Tanpa Nama berkata...

asyik2 kump sokongan ni nak mintak naik gaji. Mintak la benda lain pulak, contohnya dibenarkan buat 3 kerja sambilan ataupun dapat pergi haji percuma seumur hidup ke, baru nampak kreatif sikit.....

Wong Khoo Lai berkata...

En Murat Yahaya.
Kami tak iri hati kalau kerajaan nak naikkan gaji kump sokongan 1 & 2... cuma apa akan jadi kalau gaji kump sokongan sama dgn gred 41... apa beza kump sokongan dgn gred 41.???

Tanpa Nama berkata...

rata-rata saya tgk banyak staf sokongan mengutuk bila staf 41 minta naik gaji juga.mungkin staf sokongan ingat gaji gred 41 ni sama dengan gred 54 kot.bagi staf 41, kami xde kelab golf, kereta, kemudahan rumah.kami sama saje dengan tuan2 dan puan2.yang dapat keistimewaan dapat drebar, golf tu semua gred2 yang lebih tinggi seperti 54 or JUSA. kami masih guna kereta sendiri, minyak sendiri dan drive sendiri/naik motosikal sendiri utk ke tempat kerja..
lepas tu..saya tgk ramai yang cakap mana boleh nak dibandingkan staf sokongan yang dah keje lama dengan staf 41 yang baru yang keje..memang la itu xle dibandingkan..kerana berbeza perspektif..kalo nak dibandingkan..kita boleh bandingkan staf sokongan dan gred 41 yang lebih kurang sama tarikh lapor diri dan tarikh lantik..saya bagi contoh yang terjadi di institusi saya.

Pegawai A
Gred:41 hingga sekarang
Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda + Master
Tarikh Lapor diri: 16/6/1999
Tarikh Lantik: 1/8/1999
Gaji sekarang (termasuk elaun):RM4380

Pegawai B
Gred:32 hingga sekarang
Kelulusan: Diploma
Tarikh lapor diri: 1/8/2000
Tarikh Lantik: 1/9/2000
Gaji Sekarang (termasuk elaun): RM3405

Perbezaan gaji pegawai A dan B = RM525..
nampak mmg byk berbeza..
pegawai A lebih senior daipada staf B lebih kurang setahun..
tetapi penat lelah belajar hingga ke master = ?..hutang belajar hingga ke master = ?..tanggung jawab kerja 41 =?..overtime 41 = tiada..
oevertime sokongan = ada..kalo tgk dari keistimewaan pulak..kelab golf 41 & sokongan =tiada..drebar gred 41 & sokongan = tiada..elaun keraian 41 & sokongan = tiada..

bagi saya...pegawai gred 41 ni tidak banyak perbezaan pon dengan staf sokongan..masing-masing memerlukan wang untuk hidup..mungkin bila dah jadi gred 48,52,54 or JUSA..baru dah tak berkira ttg gaji..wallahualam..

Tanpa Nama berkata...

Kalau boleh nak rapatkan lagi jurang gaji Peg A dan B. Mungkin beza rm50 ke.Ok laa. Kalau gaji peg B lebih tinggi lagik bagus.Hehhe
Siapa suruh Pegawai A belajar tinggi-tinggi? Kan dah menyusahkan diri sendiri. Sendiri buat hutang sendiri bayar. Kami tidak perlukan pegawai 41. Kami boleh buat kerja-kerja gred 41. Bagi terus gaji 41 tu sebagai menanggung tugas. Habis cerita

Tanpa Nama berkata...

Ada lagi yang tak habis2 nak membandingkan gred kenaikan pangkat 32 / 36 / 38 dengan gred 41 (Pegawai baru nak mula hidup).

Nak bandingkan rakan anda yg telah mengambil 5 kali PTK DAN LULUS semuanya dan anda tidak pernah lulus PTK?

Gaji nak bandingkan gred 38 / 32 dengan gred 41 yg baru nak mula hidup?

1. Gaji gred 41 (Deg.) dalam surat perlantikan bermula dengan P1T8 (Terus lompat ke tahun yg ke lapan).

2. Gaji gred 17 (SPM) dalam surat perlantikan hanya bermula dengan P1T1.

3. Elaun rumah pegawai gred 41 lebih besar daripada kum sokongan.

4. Imbuhan/ elaun tetap gred 41 lebih besar.

5. Peg. gre 41 mempunyai kemudahan cuti belajar bergaji penuh tetapi kump sokongan tiada kemudahan tersebut..

Masih lagi gred 41 yg baru nak mula hidup CEMBURU dengan kumpulan sokongan?
.;.

Tanpa Nama berkata...

ye tak ye jgak ek..knp peg gred 41 ni x fikir? atau buat2 x tau?

Tanpa Nama berkata...

i nak tambah jgak..gred 41 dapat kemudahan pinjaman kereta dan pinjaman rumah lebih besar daripada kmpulan sokongan...

pun masih cemburu

Tanpa Nama berkata...

rupanya macam ni perangai kumpulan sokongan di belakang bos ye.ramai juga yang menghentam kumpulan pnp.tunggu lah bila masa saya buat paper work nanti.

Tanpa Nama berkata...

kepada peg.41 kenapa nak bandingkan gaji 41 dgn 38..memang 38 jauh beza dgn 41!! kerana pengalaman 38 lagi lama dari 41 yg baru start keje..patut bandingkan 48 dgn 38 baru adil dari segi pengalaman dan gaji. perbandingan patut di buat antara 27 dan 41..kenapa baru mula kerja sudah tamak dgn membuat perbandingan kepada staff yg lagi senior. mulalah dulu kerjaya dari bawah kemudian keatas, itu lagi puas.

Tanpa Nama berkata...

tapi bila saya tgk perbandingan tu..peg 41 tu lebih lama bekerja kerana lapor diri tahun 1999 manakala peg 32 lapor diri pada tahun 2000.so takde laa istilah 'baru nak mula hidup'. peg 41 tu lebih berpengalaman/senior dari peg 32..atau kalkulator kamu yang masuk pasir?

Tanpa Nama berkata...

x payah nak bertekak...patut minta kerajaan naikkan gaji sama rata kepada seluruh kakitangan awam..contohnya kalau kenaikan RM500 maka semua jawatan tak kira kumpulan sokongan ke, profesional ke atau JUSA ke...dapat kenaikan yang sama.
Kumpulan PnP x payah nak dengki,,, kumpulan sokongan pun tak payah nak dengki...rezeki yang kita dapat, itulah hasil usaha kita sendiri...

Tanpa Nama berkata...

ADUI...KENAPALAH PEG 41 NI HOBI DIE SUKA BANDINGKAN GAJI GRED 22/32/38 (JAWATAN KENAIKAN PANGKAT)DENGAN GRED 41 (JAWATAN LANTIKAN ASAL).


MASIH ADA YANG TAK FAHAM SISTEM GRED KENAIKAN PANGKAT PENJAWAT AWAM.

Abu berkata...

Ala...tu ,mesti hal dg29/41 yg tak hibih2 tu......dah2 la menyalak bukit..

Tanpa Nama berkata...

kalau kumpulan sokongan mahu gaji sama dengan gred 41, apa jadi dengan kami gred 41? berapa pulak gaji kitaorang mahu minta?

Tanpa Nama berkata...

cuepacs tak mahu buat tuntutan cola untuk kakitangan awam di sabah dan sarawak ke? untuk pengetahuan mr. presiden, kami semua di sabah dan sarawak langsung tidak dapat cola. ni asyik mintak kenaikan cola untuk kakitangan di semenanjung sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Kami daripada kumpulan pengurusan dan profesional faham bahawa presiden ceupacs adalah kakitangan kumpulan sokongan.Tapi jgnlah asyik memperjuangkan kebajikan dan lain-lain lagi hanya untuk kakitangan kumpulan sokongan sahaja.Tanggungjawab dan amanah yang dipikul oleh kakitangan pengurusan dan profesional adalah lebih berat.Kami juga terpaksa berkorban wang,masa dan tenaga untuk memperoleh kelayakan akademik yang lebih tinggi untuk berada dalam kumpulan pengurusan dan profesional.Kami tiada masa yang banyak untuk terlibat dengan kesatuan kerana tugas hakiki adalah lebih penting.Lainlah macam presiden daripada kumpulan sokongan yang ada banyak masa untuk berkesatuan.Kalau mahu memperjuangkan kumpulan sokongan sekalipun janganlah sampai mereka sahaja yang dapat tapi kami hanya dapat melihat sahaja atau langsung tidak adil.Contohnya,lihat saja pelarasan 10% dan 25 % sebelum ini.Ada kalangan guru dg41 yang kecewa dan marah apabila gaji mereka lebih kecil berbanding gaji guru dg32 walaupun tempoh perkhidmatan yang sama.Ini adalah isu yang mesti diperbetulkan tetapi persoalannya sejauh mana perjuangan untuk kumpulan pengurusan dan profesional dikalangan guru-guru ini? Kalau nak semak gaji,semaklah semua kumpulan.Kenapa nak semak kumpulan sokongan sahaja?Jagalah maruah diri,integriti dan beretika profesionallah kerana jika ini tidak ada maka menyebabkan kekeliruan dikalangan penjawat awam.Akhirnya nanti kerajaan dan generasi yang akan datang terpaksa menanggung kerugian.Jika kita mahu menjadi pemimpin maka perjuangan adalah untuk semua orang yang dipimpin dan bukannya segelintir sahaja.

Tanpa Nama berkata...

kenapa taknak bandingkan gred 32 dgn gred 44 ???

x abis2 nak bnding 41-32

Tanpa Nama berkata...

Nampak macam objektif utama ceupacs adalah untuk mewujudkan situasi dimana kakitangan kumpulan sokongan patut mendapat lebih banyak keistimewaannya berbanding kakitangan kumpulan PnP.Ini kerana menurut pendapat mr. presiden (pendapat saja bukannya kajian pun) kakitangan sokongan lebih menjadi penggerak kepada kemajuan negara.Betulkah pendapat mr. presiden ni? Tahniah diucapkan kepada mr. presiden.So,marilah kita sama-sama mendidik anak-anak kita supaya bila mereka besar nanti sepatutnya menjadi kakitangan kumpulan sokongan.Jangan sekali-kali membiarkan anak-anak kita menjadi kakitangan kumpulan PnP.Saya percaya satu dunia akan gelakkan kita sampai pecah perut.

Tanpa Nama berkata...

Ya, betul, didiklah anak-anak anda supaya menjadi kumpulan sokongan sahaja, kemudian kita import golongan profesional untuk merancang pembangunan negara kita . Saya percaya suatu hari nanti kita akan berjaya menjadi negara yang setaraf dengan Sudan, Zimbabwe dan sebagainya

Tanpa Nama berkata...

salam...
semua ni bodoh...dok kalut paksai gaji....susah apa..bila mengundi nanti ,,tukar saja sebahagian negeri ngan pembangkang..habis cerita...lepastu suruh jer YB baru perjuang gaji semua kakitangan awam kat parlimen......biar gaji minima RM5000.00 ...biar semua pening..hihi

Tanpa Nama berkata...

saya terkilan dengan apa yang dilakukan oleh Jabatan Bomba kepada anggota2 lama. Setelah skim baru dipekenalkan kami seperti tertipu oleh pihak pengurusan. Janji tidak tepati janji pada awal skim baru ramai anggota baru cap jari tak kering naik pangkat! ini angkara Mahadi Bangang!2012 kenaikan pangkat anggota lama di campak jauh2...apakah maksud pengurusan bomba ini...org baru naik byk tak pulak hantar jauh2..ni org lama naik tolak suka hati "bapak dia" tukar je lah kepimpinan bomba ni letak kat bawah Polis& tentera ke..lagi bagus..tak pernah fikir kebaikan anggota lama..mintak KP TKP (O),(P) letak jawatan
INI YANG ADA UTUK ISI PERUS SENDIRI!

Tanpa Nama berkata...

Road show buat gila2 untuk dapat Jusa
tapi disebalik penipuan pengurusa bomba ni adalah untuk orang atas.. yang bawak terpaksa korban seniority..pangkat. contoh ABK KB 14, KAB KB 16, Pegawai KB 17, Ahli Bomba KB 11.. kesemua diturunkan pangkat jadi kB 17...bayangkanlah 4 skim masuk satu rumah! tak pernah fikir yang lama tu boleh dinaikkan ABK,BLH JADI kB 22,KAB KB 24..pegawai jadi 29 atau setaraf yang difikir baik untu pegawai ini. Tapi disebalik nak buat perubahan konon nye...ambillah contoh jabatan lain< Polis, Tentera, Penjara tidak pun jadi seniority pegawai2 nya.. Union Bomba seperti lembu tarik Hidung! Dato Mahadi tu lebik baik letak jawatan je...anggota bomba bawahan ni yang mendoakan kau tak naik KP ,kau suka kacau kerja org lebaik jaga bini tu elok kalau byk sangat doa anggota2 lama mati pulak bini kau tu! ingatlah wahai Jusa diatas" Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan...sebelumada budak baru ada org lama ..itu adalah rakyat ...Pencapaian ...ingat Jerebu di Indosnesia semua Otai je yang pergi..ada yang dah sakit, ada yang dah mati...ingatlah jasa orang2 lama jangan buang dia orang ni sesuka hati..ambillah kisah diaorang ni...jangan lah kau org nak campak sesuka hati..ingat lah balasnya nanti..!