SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

30 Jun 2010

CUEPACS SAMBUT BAIK TAWARAN UiTM PENGAJIAN PERCUMA KEPADA PEKERJA TIDAK MAMPU

Bernama
30/6/2010




MELAKA, 29 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyambut baik tawaran Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada golongan pekerja yang berminat untuk mendapatkan pengajian tinggi secara percuma ke peringkat diploma untuk semua peringkat umur.

Presiden Cuepacs Omar Osman berkata tawaran UiTM itu selaras dengan hasrat kerajaan menerusi Model Baru Ekonomi (MEB) bagi meningkatkan pendapatan golongan pekerja.

"Ini satu peluang kepada kakitangan awam lebih-lebih lagi bagi menyahut cabaran untuk semua pekerja lebih bermaklumat dan berilmu dalam meningkatkan produktiviti mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Perwakilan TriTahunan Cuepacs Negeri Melaka di sini hari Selasa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Mohamed Khalid Nordin bahawa pengajian secara percuma akan ditawarkan kepada pekerja yang berminat tetapi tidak berkemampuan untuk mengikuti program jarak jauh dan luar kampus di semua kampus UiTM tidak lama lagi.

Menurut Khalid tawaran itu merupakan satu tanggungjawab sosial UiTM yang diusahakan sendiri oleh universiti itu melalui program " Mengubah Destini Anak Bangsa".

Omar berkata Cuepacs berhasrat bersama-sama kerajaan menerusi Model Baru Ekonomi untuk gaji kakitangan awam ditingkatkan dua kali ganda daripada sekarang dengan peningkatan produktiviti serta berinovatif dan berinovasi.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Cuepacs berpandangan Program Transformasi Kerajaan perlu selaras dengan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bagi kakitangan kerajaan dalam kenaikan pangkat.

" Kita nak tengok model PTK kerajaan selaras dengan penilaian PTK ke arah melahirkan pekerja yang berkemahiran dalam institusi perkhidmatan awam," katanya.

Beliau berkata adalah penting kakitangan kerajaan yang lulus PTK terdiri daripada pekerja yang berkemahiran dan bukannya golongan mereka yang hanya pandai membaca buku dan lulus PTK tetapi tidak meningkatkan produktiviti.

-- BERNAMA

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bila lagi UiTM ni nak buat program ijazah sarjana muda kejuruteraan secara separuh masa di UiTM Permatang Pauh untuk kakitangan kerajaan, harap-harap pengurusan tertinggi UiTM baca dan setuju dengan cadangan ni.

Tanpa Nama berkata...

cuepacs usah berbangga mahu menyalak kerajaan untuk beri dua bulan bonus. tapi cuepacs mestilah benar2 perjuangkan nasib pegawai2 kontrak yg sampai la ni masih tiada pembelaan.. persoalannya sampai bila??

Tanpa Nama berkata...

bagus memang bagus bagi pelajaran free pada kakitangan awam nak belajar lagi...

tapi harus diingat...diingat...diingat...masih ada ribuan lagi yg tak dapat naik pangkat guna diploma atau ijazah lulusan uitm....hatta staf uitm sendiri rasanye...heee,...

tanya le dengan rakan2 sekampung atau kawan2 dari uitm tersebut...

tak heran atau terkejut kalau ada di antara mereka yg sudah gred diploma atau ijazah antara 5 hinggalah 10 tahun...tapi masih tak dapat kenaikan pangkat berdasarkan kelulusan tersebut...

alhamdulillah ada peluang belajar free...tapi itulah hakikatnya...

mungkin kita kena tengok U lain sama...heee...

Tanpa Nama berkata...

betul ke mamat ni tulis kate ade yg tok leh naik pangkat biorpun dah luluh sape 10 taun.kalu ade sungh..malu jugok le gamoknye lulusan uitn ni.teruk benor le tu. pah chu suruh nab chanselor perikso tengok ade sungguhh ke kakitangn ye tok leh naik pakat tu. tak laku sangt ke. anak buoh uitm sediri pung tok naik pankat jugok. ape lagi kakitange jabate laing.punoh.

UiTM dihatiku berkata...

ha elaa.. benda baik mcm ni pun dok membebel lagi? baik ada diploma yg katanya 10 thn tak naik2 gred daripada setakat ada spm je smpai pencen... ada sorang PAR(N1) buat PLK diploma sampai ijazah. Skrg dia penolong pendaftar (N41) di Uitm ape cer??? 5thn ke 10thn ke.. tu rezeki ALLAH..
syukurlah

Tanpa Nama berkata...

tahu doh rezeki alloh. tapi pade-pade la. kalu sapai 10 tahun tok naik pakat bior pung ade ijazoh..berat wei...ijazoh uitm.

Tanpa Nama berkata...

hehehe.. kalau camtu ko pegi la blaja kat tmpat lain.. byk lagi org2 tak berkemampuan nak blaja kat UiTM. Mengarut je 10thn takde naik gred.. kecah siot mamat kelantan ni~ :P

Tanpa Nama berkata...

tak payah jauh2 pi tengok dlm uitm sendiri pong kami koje udah 23 tahun nak masuk dlm. kubor pun masih tak naik2 pangkat...puak2 dema juga yang pulun...piiiiiirah

Tanpa Nama berkata...

iyee keee? simpatinya saya kat uitm...mungkin yang berjawatan tinggi kat uitm tu tak ingat kat kubor kot?...

DH52 Assoc. Prof. Tamrin b. Ghazali berkata...

kami di UiTM ni ingat pada UMNO sahaja. haaa, tu la sokong pembangkang lagi. lain kali jadi ahli UMNO dulu br join UiTM. Ni pun kami kesal kerana ada lulusan UiTM yang sokong pembangkang. kalao kami tahu siaplah dia, akan dilapor pada Lembaga Disiplin UMNO nanti baru padan muka. Kami sanggup Cina naik dari melayu pembangkang naik

Tanpa Nama berkata...

Ehem2...bukan asst. prof. gred 53/54 ke???...hehehe..

Tanpa Nama berkata...

Aku tambah lg ckit....bukan Uitm pakai gred DM ke??

Tanpa Nama berkata...

tak laku jugok napoknye ijazah uitm tu. gamok ade jugok dasar gitu..pebake pong die melayu jugok..ishhh..melayu kalu nok tengok melayu jatoh meme banyok..hudoh jugok melayu ni.

Tanpa Nama berkata...

sokong umno la baru mudah naik pangkat..ini sokong pembangkang..mana boleh tahan beb...sokong pembangkang..tapi kerja nak dengan kerajaan...pikir la beb...

Tanpa Nama berkata...

bosan ar bebual dgn melayu kg yg sempit pemikiran... mcm ci btol la.. haha.. dah ko mmg x layak nak ada tmpat kat uitm nak kecah pe.. Ko takyah citer la melayu jatuhkan melayu.. kat mane2 pun ada. Ko sendiri pun skrg tgh menjatuhkan melayu.. padahal dah ada peluang depan mata.. dah2, kalau ko sorang pemikiran mcm ni tak luak la beb..

Tanpa Nama berkata...

ore kapong pong tok apo. tapi malu deh melayu kene maing denge melayu jugok. meme melayu jaguh kapong. dengor kabor mace2 cerite uitn. geli.

Tanpa Nama berkata...

sayang..belajor susoh-susoh..pakat tok naik, gred tok naik..luluh uitm ni tok jadi bende..tok laku setabuk..

tengok u laing pulok le..

sedih ijazah uitm..tok laku...;