Astrowani
4 julai 2021
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berpandangan isu penangguhan bayaran balik pinjaman perumahan penjawat awam perlu dilihat dalam konteks isi rumah, bukannya sebagai individu yang tidak mempunyai tanggungan.
Presidennya, Adnan Mat berkata Cuepacs mengakui sekiranya dilihat daripada sudut individu penjawat awam sememangnya mereka tidak terkesan dari segi pendapatan.
Bagaimanapun dari sudut isi rumah, hampir 50 peratus pasangan mereka tidak bekerja di sektor kerajaan serta turut terkesan dengan pandemik yang melanda negara ketika ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan