Bernama
6/8/2009
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama)-- Kementerian Sumber Manusia meminta supaya kesatuan-kesatuan Pekerja turut memberi perhatian terhadap isu berkaitan tahap kesihatan serta keselamatan pekerja, dan jangan hanya menumpukan kepada isu berkaitan kenaikan gaji dan elaun sahaja.Timbalan Menteri Sumber Manusia Senator Datuk Maznah Mazlan berkata tahap keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja sepatutnya yang harus lebih diutamakan, dan menurutnya rata-rata kalangan majikan memandang remeh kedua-dua isu ini.Beliau berkata ia terbukti apabila laporan yang dikeluarkan Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan mendapati masih ada majikan yang enggan melaporkan kepada kementerian jika berlaku sesuatu kemalangan melibatkan pekerja yang berada di bawah tanggungjawab mereka."Kami mahu majikan membuat laporan jika berlaku sebarang kemalangan dan di samping itu, mereka juga perlu peka terhadap kesihatan para pekerja," katanya pada persidangan akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Menara Maxis, di sini pada Khamis.Maznah yang juga Pengerusi Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan berkata laporan majikan itu penting dalam mengumpul data untuk menilai tahap keselamatan dan kesihatan pekerja di sektor-sektor tertentu.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan