SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

17 Ogos 2009

ORANG POLITIK PERLU BERI KERJASAMA KEPADA SPRM- MUHYIDDIN

Bernama
16/8/2009




KOTA KINABALU, 16 Ogos (Bernama) -- Rakyat di negara ini termasuk orang politik perlu memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan proses undang-undang berjalan dengan baik, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin."SPRM tidak sepatutnya membezakan siasatan ke atas orang politik atau orang biasa. Soalnya isu yang berbangkit ialah rasuah."Waktu yang lepas tidak ada masalah sesiapa pun yang dipanggil (untuk memberi keterangan) mereka beri kerjasama kerana ia hanyalah penyiasatan...belum lagi dihukum," katanya kepada pemberita di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, sebelum berlepas ke Kuala Lumpur.Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull semalam bahawa SPRM akan memberhentikan siasatan serta-merta terhadap semua kes membabitkan ahli politik berikutan suruhanjaya itu menerima kecaman daripada pelbagai pihak berhubung cara siasatan dijalankan.Sebelum ini, SPRM dituduh bertindak kasar ketika menahan pembantu kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor, Wong Chuan How, 50, di pejabat perkhidmatan wakil rakyat di Sungai Pelek, Sepang, Selangor. Wong yang cedera di kaki mendakwa dia ditolak kakitangan SPRM.Muhyiddin berkata SPRM adalah suruhanjaya bebas dan ia tidak tertakluk kepada arahan kerajaan."Jadi terserahlah kepada SPRM untuk menentukan perkara itu," katanya.Dalam hal ini, katanya, pihak pembangkang tidak wajar bertindak seolah-olah tidak memberi kerjasama kepada SPRM."Rekod SPRM selama ini adalah baik dan tidak sepatutnya ada pihak yang sangsi dengan operasi SPRM," katanya.Sementara itu, Muhyiddin berkata kerajaan sedia mempertimbangkan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya kakitangan awam yang dijangkiti influenza A (H1N1) diberikan cuti khas tujuh hari, tidak ditolak daripada jumlah cuti rehat tahunan.Katanya beliau akan berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum membuat keputusan secara rasmi.Mengenai persediaan Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan rara kecil DUN Permatang Pasir di Pulau Pinang, Muhyiddin berkata BN mungkin akan menggunakan strategi kempen dari rumah ke rumah bagi mengurangkan kebarangkalian terdedah dengan jangkitan H1N1.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan esok sebagai hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir manakala pengundian pada 25 Ogos.-- BERNAMA

Tiada ulasan: