Utusan Malaysia
28/8/09
28/8/09
SEPERTI biasa tuntutan bonus oleh kakitangan awam sudah mula kedengaran. Sudah ada kakitangan awam yang secara terus memohon daripada YAB Perdana Menteri sendiri melalui laman web 1Malaysia.
Saban tahun, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang akan mengepalai tuntutan bonus dari kerajaan atas dasar menjaga kebajikan penjawat awam.
Fenomena meminta bonus seolah-olah sudah menjadi agenda tetap baik di pihak CUEPACS mahupun setiap individu penjawat awam itu sendiri. Setiap tahun, mereka meletakkan harapan yang sangat tinggi agar kerajaan akan menghadiahkan mereka dengan bonus tahunan.
Bagi tahun ini ada yang mencadangkan pemberian bonus minimum RM1,000 dengan kaedah pembayaran secara berperingkat iaitu sebelum Hari Raya Puasa dan pertengahan Disember untuk tujuan perbelanjaan sesi persekolahan yang baru.
Sebagai penjawat awam dan juga sebagai seorang pengguna, kita melihat tuntutan ini adalah sesuatu yang normal dan wajar apatah lagi dengan mengambil kira situasi ekonomi semasa yang menggamit pengguna dengan kenaikan harga barang dan kos hidup yang tinggi secara keseluruhannya.
Pihak kerajaan baik melalui Kementerian Kewangan mahupun Bank Negara secara berterusan mengeluarkan pelbagai kenyataan yang cuba meyakinkan rakyat bahawa Malaysia tidak terjejas teruk angkara kemelesetan ekonomi global malah diunjurkan kita masih mampu bertahan dan menikmati pertumbuhan walaupun pada kadar yang minimum atau perlahan.
Kita percaya dalam senario ini pihak kerajaan mempunyai fakta yang kukuh dan jelas yang membolehkan mereka meyakinkan rakyat. Kita juga yakin dengan pelbagai langkah yang telah dan sedang diambil oleh kerajaan untuk merangsang kembali ekonomi negara.
Justeru adalah wajar pihak kerajaan mempertimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan ini ataupun dengan mengambil kira keadaan semasa, kita boleh katakan rayuan penjawat awam untuk mendapatkan bonus agar sambutan Hari Raya Puasa tahun ini dapat dirayakan dengan meriah di samping mampu menyediakan bekalan yang cukup untuk anak-anak yang akan memulakan sesi persekolahan.
Sambutan Hari Raya Puasa tahun ini agak awal berbanding tahun-tahun sebelumnya yang sekali gus mendepani tarikh pembentangan Bajet 2010 yang dijadualkan pada 23 Oktober ini.
Ini sekali gus mula merisaukan semua penjawat awam apakah berpeluang untuk menikmati bonus lebih awal (jika ada) berbanding perlu menunggu sehingga pembentangan bajet kelak.
Pada masa yang sama, sebagai kakitangan awam yang bertanggungjawab dan setia kita juga wajar bertimbang rasa dan berfikiran rasional pada saat-saat yang getir sebegini. Sememangnya ekonomi global tidak begitu memberangsangkan maka eloklah kita tidak terlalu mendesak pihak kerajaan untuk memenuhi tuntutan tersebut dan cuba hindari budaya meminta dan mengharapkan balasan.
Apa pun kita berharap pihak kerajaan akan menimbang dengan adil dan saksama dengan mengambil kira semua aspek dan persekitaran semasa dalam membuat keputusan.
Bagi perjawatan awam, pemberian bonus adalah wajar dan sangat diperlukan namun bagaimana pula kewajaran di pihak kerajaan?
20 ulasan:
KAMI SEBAGAI PENJAWAT AWAM SANGAT-SANGAT BERHARAP KERAJAAN DI BAWAH PIMPINAN YAB DATO' SERI NAJIB DAPAT MEMBERI BONUS SEKURANG-KURANG SEBULAN GAJI. HUTANG KAD KREDITPUN TELAH MELAMBAK-LAMBAK. PENING KEPALA DIBUATNYA. BERHUTANG KAD KREDIT BUKANNYA DIBUAT-BUAT, TAPI DAH TAK CUKUP KIRA-KIRA.. BARANG KEPERLUAN SEMUANYA NAIK MELANGIT.. NAK KERJA SAMBILAN TOREH GETAHPUN KEBUN GETAH TAK ADA. KALAU TAK ADA BONUS, MELEPEKLAH NAMPAK GAYANYA..
saya cadang bonus diberi akhir oktober dan akhir disember. sebab bajet akan di bentang selepas raya. tak sesuai bagi sebelum raya.
saya nasihatkan kpd yg berkenaan..jgn lah pakai kad kredit..anda bukan mewah sebenarnya...bayar cash lagi bagus drp berhutang...kadang kadang getik dgn org yg bayar guna kreadit card...bukan apa..anda berhutang sebenarnya..sepatutnya anda rasa malu sb berhutang..beli baju anak pun pakai kad kreadit...
apa lah....
Salam,
Kami Penjawat Awam sangat memerlukan bonus pada hari Raya dan hujung tahun untuk persekolahan anak-anak.
Macam Teman ni anak ramai 6 orang, semuanya memerlukan wang lebihan untuk meraikan hari Raya ini.
Di harap Kerajaan dapat mengambil berat tentang kebajikan Penjawat Awam ini.
Kepada yang menggunakan kad kredit, usahlah guna kad hutang itu, nanti kesusahan juga menimpa. Apa-apapun guna secara cash dan ukur baju di badan sendiri.
bonus kena ada
SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM YANG BENPENDAPATAN RENDAH AMAT-AMAT BERHARAP AGAR KERAJAAN DI BAWAH PIMPINAN YAB DATO'SERI NAJIB DAPAT MEMBERIKAN BONUS SEKURANG-KURANGNYA RM1000 UNTUK SEMUA KAKITANGAN AWAM.BAGI KAMI YANG BERPENDAPATAN RENDAH,GAJI SEBULAN YANG HANYA RM1000 LEBIH TIDAK CUKUP UNTUK MEMBUAT PERSEDIAAN RAYA SEBAB LEPAS RAYA PUN ANAK ISTERI PERLU MAKAN JUGA KALAU GAJI TANPA BONUS SAJA YANG DIHARAPKAN ALAMAT LEPAS RAYA MAKAN NASI BUBUR LA.WAHAI PERDANA MENTERI,ALANGKAH INDAH ADA BONUS DI HARI RAYA 2009 BARU LAH RAKYAT DI DAHULUKAN PENCAPAIAN DI UTAMAKAN..SEMANGAT KERJA BERKOBAR-KOBAR SELEPAS RAYA
Ya, betoi tu Penjawat Awam Didahulukan, Pencapaian diutamakan.
Tanpa Penjawat Awam, siapalah Kerajaan kini.
Peranan Penjawat Awam jangan dilupai.
raya tak payah la nak grand sangat ala kadar dah la. bonus tu tunggu bila buka sekolah la lagi baik. pelik? raya je nak bonus. orang yang kerja buruh, raya tiada bonus tak mati pun..apabila hidup terlalu dimanjakan inilah jadinya, meminta - minta.
Kakitangan kerajaan ni raya je lebih. Puasa tak seberapa.
SIAPA KATA KAKITANGAN KERAJAAN PUASA TAK SEBERAPA???? RAMADHAN 3O HARI TAU... YANG POMPUAN TU MEMANG KURANGLE .. apa-apa pun bonus mesti ada..
Salam,
Bonus itu wajar, bonus raya pula saya rasa kurang wajar.sepatutnya yang mempunya anak2 ramai gunakan bonus untuk persediaan persekolahan anak2 anda.bukan gunakan bonus untuk persediaan raya dengan beli langsir, sofa, sport rim, tv lcd dan lain2 benda yang tak berfaedah.orang berkunjung ke rumah untuk menziarah dan makan kuih saja.bukan datang raya tengok langsir dan sofa baru pun.insaflah
Saya seorang penjawat awam, secara rasional berpendapat wajar semua kakitangan kerajaan menerima bonus.Ia adalah sebagai lambang penghargaan dan bantuan oleh kerajaan kepada pekerjanya. Berapa jumlah bonus adalah berdasarkan kemampuan kerajaan.
Setiap orang mempunyai cara sendiri mengurus ekonomi mereka, cuma jangan terlampau sudahlah. Tak perlu malu menggunakan kad kredit jika mampu melunaskan kembali.
salam..
saya sndri sebagai penjawat awam di kumpulan sokongan AMAT-AMAT berharap sangat2 PM dpt bg bonus sikit pn jadi la, kami sebagai rakyat berpendapatan rendah amat-amat berharap diberikn imbuhan..gaji kami x cukup nak tampung perbelanjaan tambah2 hari perayaan akan datang ni. moga PM dapat pertimbangkan permohonan rakyat.
ada bonus atau tidak itu tak la sepenting mana.kalau dah tau takda duit nak raya kenapa tak beringat dari awal tahun.bak kata pepatah dah terhantuk baru nak terngadah.atau pepatah moden pula dah disaman baru nak pakai talipinggang keledar :) walau apa pun jikalau ada bonus pun bagus juga.untuk menambahkan putaran matawang dalam negara.tapi jangan pula penjawat awam sibuk nak beli barang import.beli barangan buatan Malaysia.baru la ekonomi pun berkembang.kita juga yang dapat hasilnya.beli minyak pun dari petronas la.jangan pakai shell.itu bukan malaysia punya.tapi Ahma Albab yang punya.apa pun.ini cuma pandangan.selebihnya lu pikirlah sendiri nabil oppps.salah..penjawat awam
SAYA sebagai penjawat awam berharap kerajaan memberi saguhati untuk hari raya tahun ini. Memandangkan harga barang naik, harga minyak naik. Bagi saya yang banyak tanggungan ini, pendapatan bulanan sekadar untuk cukup makan... macam mana la nak dapat simpan dari awal tahun. Harap sangat PM mendengar keluhan rakyat yang tak semuanya senang @ mewah. Lagipun, saguhati yang diberikan itu nanti tak salur kemana pun... menjana ekonomi negara jugak... galak rakyat untuk berbelanja... Kini apa yang ketara peniaga ramai tapi pembeli kurang. Fikir2 dan timbang2 lah
saya salah seorg drp 1.2juta pnjawat awam d M'sia... pada pendapat saya, mmg wajar bonus diberikan kpd pjwat awam yg layak. setahun hanya sekali apa salahnya.. lagipun bukannya banyak jika di bandingkan dgn pembayaran utk atlit yg melibatkan jutaan ringgit... klu kapal selam yg berjuta dpt di beli, knp sukar utk kerajaan memberi kata putus utk memberikan imbuhan pada kali ini?? fikir2kanlah...
Apa yang saya faham pemberian duit bantuan khas ni bukan lah bonus kan? So, tahun ni harap-harap kerajaan akan memberikan bonus dlm pembentangan budget nanti, sekurang-kurangnya adalah bonus seperti tahun-tahun sebelumnya. Kami penjawat awam memang sangat mengharapkan kerajaan dengan slogan 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' dapat mengotakan slogan tersebut. Kalau tak...?? ermm .tengok je lah ...!
sapa yg cakap bonus x penting..disebabkan raya setahun skali la kena ade bonus..yg lain ckp x payah bonus pn x pe tp bila diberi ambil jgk..
Saya bekas kakitangan kerajaan tetapi setelah saya amat2ti memanglah wajar kerajaan memberi bonus kpd kakitangan awam ini kerana raya akan jatuh pada 11hb, pada pertengahan bulan dan saya dapat rasakan berapa sukar kakitangan kerajaan ini yg hanya seorang bekerja dlm keluaraga disamping punyai anak yg ramai terutama hendak adakan persiapan hari raya khas untuk seisi keluarga.
Seelok2nya kerajaan seharusnya memberikan bonus raya sebelum tarikh tersebut samada pada 6hingga 8 hb sebelum raya.Dan bagi kakitangan yg berpendapatan lebih dan kurangan tangunggan kerajaan boleh tangguhkan bonus kepada satu masa tertentu yang lebih sesuai.
semuga dengan bonus tersebut dapat membantu meringan kepada kumpulan ini yg saya rasakan berada di paras kemiskinan.
Dan kepada penggunaan kad kredit saya rasakan mereka2 ini telah mengunakan disebabkan sebagai alternatif membantu disebabkan tekanan ekonomi dan kegawatan memang benar berlaku dari indek harga pengguna, keperluannya bukan untuk bermewah mungkin keperluan mengisi kenderaan dan keperluan lain yg dirasakan penting bagi mereka dalam mengharung situasi ekonomi yg bergitu masakini.
Analisa ini telah dibuat oleh saya dan berberapa rakan kumpulan membuat soal selidik situasi yang berlaku terhadap sara hidup masa kini terutama kepada kumpulan sokongan di jabatan kerajaan sebagai kajian ilmiah untuk tesis pelajaran saya.
HARAP-HARAP LER DAPAT BONUS RAYA... HUHUHU...
Masih ramai lagi pesara pencen Rm500 kebawah.
selesaikan dahulu.
Catat Ulasan