Berita Harian
2010/05/05
KUALA LUMPUR: Seramai 4,000 pegawai dan anggota polis yang menjalankan tugas pentadbiran selama ini, kini sudah turun padang bagi melakukan tugas kepolisan sepenuhnya termasuk membuat rondaan di kawasan panas dan tumpuan orang ramai. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata pegawai dan anggota terbabit turut menjalankan tugas penyiasatan di lokasi tugasan mereka dengan pemantauan pegawai senior berpangkat Deputi Superintendan ke atas.
Beliau berkata, sehingga kini pihaknya sudah menerima 861 penjawat awam untuk mengambil alih tugas pentadbiran dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara bagi mengisi kekosongan ditinggalkan pegawai dan anggota polis terbabit.
“Ia tidak mencukupi bagi menampung kekosongan anggota beruniform ditugaskan di luar pejabat. Saya harap kerajaan mempercepatkan proses menempatkan penjawat awam di PDRM bagi mengelak urusan pentadbiran tergendala,” katanya. Beliau berkata demikian selepas Perhimpunan Khas Pegawai Awam sempena Hari Peringatan Polis Ke-203 di Bukit Aman di sini, semalam. Hadir sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dan Presiden Cuepacs, Omar Osman. Pada majlis itu, 51 penjawat awam PDRM dari seluruh negara menerima surat penghargaan Ketua Polis Negara atas khidmat cemerlang mereka. Musa berkata, seramai 3,000 lagi anggota yang masih menjalankan tugas pentadbiran di Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan balai polis seluruh negara akan turut diserap untuk melakukan kerja kepolisan secara berperingkat

3 ulasan:
aduh hai... gila makin gila keje tukar di PDRM, benggong PDRM.. nak penjawat awam.. tapi kelengkapan untuk PT tak ada.. di suruh berdiri... katanya dah penuh

memang gila pun...meja satu dikongsi berdua peralatan dan ruang tak selesa....macam mana ni..nak keluar dari PDRM
Catat Ulasan