SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

06 Mei 2010

CUEPACS KAJI LANGKAH TANGANI RASUAH

Sinar Harian
3/5/2010




KUALA TERENGGANU – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mengkaji semula langkah yang lebih efektif terutama membabitkan gejala rasuah dalam kalangan kakitangan awam di negara ini. Pengarah Cuepacs Malaysia, Omar Osman berkata, mengikut kajian tahun lalu, peratusan kakitangan awam yang terb
abit penerimaan rasuah sebanyak 41 peratus dan gambaran berkenaan menunjukkan perkembangan serius. “Ini sebab, dalam usaha meningkatkan produktiviti dan integriti pekerja dalam kalangan sektor awam, masalah rasuah sebenarnya boleh dihapuskan kerana kerajaan banyak menyediakan peruntukan sama ada kenaikan gaji atau pemberian elaun serta bonus. “Justeru, tiada sebab kakitangan awam masih menerima rasuah dan perkara ini sebenarnya tidak berlaku dalam negara yang meningkat maju,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis makan malam meraikan kakitangan dalam sektor awam sempena Hari Pekerja di stadium tertutup Gong Badak, Kuala Nerus. Menurutnya, setakat ini sebanyak 120 gabungan Cuepacs di Malaysia, membabitkan ahli seramai 900,000 orang perlu dijaga kebajikan mereka agar mampu melahirkan pekerja berkualiti dalam konsep 1Malaysia. “Cuepacs juga telah membuat semakan baru terutama dalam kenaikan gaji kakitangan awam, namun apa yang penting, mereka perlu membuat anjakan baru sebelum kadar gaji baru diumumkan kelak. “Kita tidak mahu hanya kerajaan sahaja bersungguh menjaga kebajikan kakitangan tetapi komitmen daripada pekerja tidak dapat ditunjukkan dengan baik kerana negara bergantung kepada tenaga kerja mereka,” katanya. Sementara itu, Omar berkata, Cuepacs turut mengharapkan kerajaan dapat mempertimbangkan semula kadar kenaikan gaji baru dalam masa terdekat ini seperti disyorkan pada Julai ini. “Kami berharap akan ada reaksi positif daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menilai semula isu kenaikan gaji dan pada masa sama, ekonomi negara juga akan pulih dalam jangka waktu terdekat,” katanya.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cuepacs dlm isu ini juga haruslah jangan lupa untuk bangkitkan tentang nasib PA yang tak dibela tentang pembayaran tunai kerja lebih masa. Sumbangan dan tenaga yang diberikan haruslah dihargai, bagi memberikan dorongan dan penghargaan atas tugasan yg dijlnkan. Jgnlah bila dibangkitkan tentang isu pembayaran ini, kita utamakan rakyat. abis tu PA ni bukan rakyat? tak perlu wang? tak ada tanggungjawab? Memang kita perlukan perubahan, tapi bila dalam hal ini masih diam, tak ada perubahan.Harap ketua jabatan jagalah kebajikan kakitangan, sebab mereka buat kerja, bukan layak cuti gantian je. apa pendapat warga PA semua, patutkah rakan2 kita yg bertugas lebih masa hanya layak dibayar dengan CUTI GANTIAN je?

Tanpa Nama berkata...

gaji penjawat awam bawahan tidak releven dengan harga barangan dan perkhidmatan semasa...sedangkan kakitangan awam pencen pun menerima pencen rm1200 ke atas, walaupun suda tidak menyumbang lagi tenaga kepada kerajaan. tapi yang bekerja di bahagian sokongan bawahan yang baru bermula kerja gaji pun baru masuk RM 1200 bagi yang tidak menetap di kuartest kerajaan..bayangkanlah..kalau menetap di kuartest kerajaan pula..dalam rm 1000 jugalah..di tambah lagi kalau ada yang tidak tahu halal dan haram nya rasuah ni. sudah tentu dia akan mengambil peluang jika terdapat peluang mendapatkan duit melalui rasuah ni....oleh itu, perlu ada mekanisme yang berkesan untuk mengatasi masalah ini.

Tanpa Nama berkata...

Naikkan gaji kakitangan awam sebanyak mungkin...dah tentu tiada rasuah....tapi kalau si mamat uniform buat road block,dia minta juga sepuluh dua puluh hinggit....kalau nak rasuah tak kira tempat...gaji sepuluh juta pun kalau nak rasuah,rasuah juga....

Tanpa Nama berkata...

Cadangan Cuepacs bagus juga,rasuah mungkin boleh dikurangkan,tapi susah nak ditangani selagi ada yang memberi dan meneriama tak sikit banyak,individu atau kumpulan caranya macam2 ataaupun hanya belanja makan malam tapi tak la semua anggota PA yang terlibat(contoh saja).Walaupun gaji naik lumrah manusia ynag tak pernah puas tapi yang penting disini sembahyang itu tiang agama,ihklas dalam bekerja ......kerja itu satu ibadah ..ingat anak2 isteri2 suami(keluarga).Tepulang pada individu itu sendiri