SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

10 Mei 2010

CUEPACS DAKWA DALANG HASUT BENCI KERAJAAN

Berita Harian
2010/05/09



SHAH ALAM: Presiden Cuepacs, Omar Osman mengakui ada pihak tertentu cuba menghasut kakitangan awam supaya membenci kerajaan dan menolak beberapa perubahan yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Katanya, antara isu yang dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab itu ialah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan Modul Ekonomi Baru (MEB) yang dituduh akan memberi kesan negatif kepada negara.
"Cuepacs menyedari perkara ini dan usaha sedang dilakukan untuk memberi penjelasan kepada kakitangan awam berhubung dasar baru kerajaan itu dan barang apa yang akan dikenakan cukai dan tidak dikenakan cukai.
"Kita tidak mahu kakitangan awam keliru dan tidak dapat melihat kebaikan pelaksanaannya. Sekarang pun kita sudah memulakan jelajah ke seluruh negara untuk menyampai dan membetulkan sebarang kekeliruan yang timbul," katanya ketika dihubungi, di sini semalam. Kerajaan baru-baru ini mengumumkan pelaksanaan MEB dalam usaha mengukuhkan ekonomi negara ke arah mencapai ekonomi berpendapatan tinggi, memperkenalkan GST dalam usaha meningkatkan hasil negara selain turut mencadangkan sembilan butiran barangan dan perkhidmatan dikecualikan GST. Antara barangan yang dikecualikan cukai itu ialah produk pertanian (padi dan sayuran segar); barangan makanan (beras, gula, garam, tepung dan minyak masak); ternakan dan daging (lembu, kerbau, khinzir, kambing, ayam dan itik); telur (telur masin) serta ikan, udang, kerang, sotong (dikering dan dimasin-kan). Dalam perkembangan lain, Omar berkata, produktiviti dan kecekapan kakitangan awam di negara ini meningkat sebanyak 90 peratus berbanding tiga tahun lalu berikutan wujudnya skuad pemantau dan kotak aduan orang ramai yang diletakkan di semua kaunter jabatan kerajaan. "Sikap kakitangan awam akan terus dipantau dan kita juga ada menerima aduan orang ramai mengenai sikap kakitangan di kaunter. Jadi, kita tahu apa yang tidak kena dengan kakitangan awam. "Saya percaya produktiviti dan kecekapan kakitangan awam akan terus meningkat, sekali gus menyokong usaha kerajaan untuk melakukan transformasi dalam semua perkara. Produktiviti dan kecekapan kakitangan awam akan dapat dikekalkan jika unsur birokrasi jabatan kerajaan dapat diatasi,” katanya.

Tiada ulasan: