SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

27 Mei 2010

FOMCA GESA KAJI SUBSIDI

Bernama
2010/05/27




PETALING JAYA: Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menggesa kerajaan menghapuskan pelbagai bentuk subsidi secara sistematik memandangkan ia `pembaziran’ besar dan tidak memanfaat kumpulan sasaran. Setiausaha Agungnya, Muhammad Shaani Abdullah, berkata wang yang dijimatkan dari subsidi ini boleh disalurkan kepada projek lebih bermanfaat bagi faedah rakyat.
Sambil memberi contoh gula, beliau berkata, kerajaan boleh memberi subsidi sebanyak RM3 sebulan berasaskan penggunaan purata tiga kilogram sebulan bagi setiap keluarga.
“Dengan enam juta keluarga dalam negara, ini menjadikan jumlah RM18 juta sebulan atau RM216 juta setahun, tetapi subsidi gula kini naik melambung ke RM1 bilion setahun. "Selebihnya adalah pembaziran dalam erti ia disalurkan kepada pekilang besar dan warga asing. "Pembaziran serupa dikesan pada produk makanan lain dan subsidi minyak," kata beliau. Selain menghapuskan subsidi, katanya, kerajaan hendaklah menentukan dana pembangunan digunakan dengan betul dan berkesan. Sementara itu, Cuepacs meminta kerajaan agar berhati-hati bila menghapus subsidi kerana ini menjejas kakitangan awam berpendapatan rendah. Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata kerajaan perlu menentukan golongan miskin tidak terbeban akibat harga yang tinggi, terutama bahan-bahan keperluan utama. – Bernama

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam, saya mempunyai 5 orang anak yang masih bersekolah. Saya hanya penjawat yang berjawatan gred sokongan saja. Saya telah ditukarkan dengan sebab naik pangkat sikit. Saya pulak terpaksa tinggal di kuaters kerana jarak perjalanan @@@@ km sehala. Tak sanggup saya sebagai seorang perempuan untuk berulang-alik setiap hari tambahan tol RM 20.00 pergi dan balik. Cuba bayangkan kalau sebulan bekerja berapa banyak terpaksa dikeluarkan, minyak kereta lagi, mentenan kereta lagi, dapat imbuhan naik pangkat pun tak cukup untuk itu semua. Jadi terpaksa tinggal di kuaters kena pula potong imbuhan perumahan dan juga cola. Anak kecil yang tingga bersama juga ditinggalkan bersama pengasuh masa keluar bekerja RM 250 sebulan. bayangkanlah berapa yang tinggal jatuh balik jadi miskin. Suami pulak tinggal bersama anak-anak serama 4 orang yang masih bersekolah. Suami pulak tak dapat tukar kerana baru saja ditukarkan( 5 bulan) ke kediaminya kini bersama anak-anak. Bayangkan lah anak-anak pergi dan balik sekolah masuk rumah sendiri. Pergi pulak kelas KAFA sendiri. Tiada siapa yang menguruskan mereka, keselamatan mereka sendirian menguruskan diri. Bila saya mintak tukar alasan jabatan masih baru dalam perkhidmatan mesti tunggu 3 tahun. Kita bukan lantikan baru dalam perkhidmatan dah bertahun-tahun dah. Pekeliling mana meraka pakai. Macam tu ka. Kalu kakitangan ada masalah kritikal pun lantakla kut no. Setiap hari anak-anak juga hanya boleh pergi dan balik sekolah nak mampu seorang suami nak menengoknya semua. Dia pun bekerja juga jawatan rendah. kadang-kala terpaksa balik lewat kalu ada hal ditempat kerja.Saya sukar untuk menguruskan seorang diri jika bawa semua anak- anak tinggal bersama sebab budak sekolah macam-macam aktiviti kat sekolah. Boleh kah kita sering keluar masa kerja.Saya dan suaminya juga sering cuti jika salah seorang berkursus. Jika ada kecemasan saya juga perlu balik dengan jarak perjalanan yang jauh. Bayangkalah keselamatan dijalanraya saya dan anak.