Bernama
7/5/2012
7/5/2012
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Penetapan kadar gaji minimum RM800
sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Labuan adalah jauh lebih tinggi daripada
gaji penengah pada masa kini, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia
Datuk Maznah Mazlan.
Beliau berkata pada masa kini, gaji penengah bagi Sabah dan Labuan adalah RM577 manakala di Sarawak RM738.
"Di Sabah umpamanya, penetapan gaji minimum RM800 adalah 39 peratus melebihi gaji penengah, ini bermakna tidak kurang 50 peratus pekerja di Sabah akan mendapat kenaikan gaji tidak kurang daripada 39 peratus," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Wacana Eksekutif Kementerian Sumber Manusia-Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) bertajuk `Pelaksanaan Gaji Minimum Pemangkin Negara Berpendapatan Tinggi' di sini hari ini.
Maznah berkata penetapan kadar gaji minimum bagi wilayah tersebut telah dipersetujui oleh wakil pekerja dan majikan setelah mengambil kira faktor-faktor berbeza di negeri-negeri tersebut.
Beliau berkata sekiranya gaji minimum ditetapkan pada kadar RM900, sama seperti di Semenanjung, dibimbangi majikan, khususnya majikan kecil di negeri-negeri tersebut menghadapi masalah untuk terus beroperasi atau terpaksa menutup operasi.
"Lonjakan RM900 itu satu kejutan kepada majikan dan ada implikasinya. Sekiranya ia berlaku pekerja akan kehilangan pekerjaan di mana akhirnya akan menimbulkan pelbagai masalah lain," katanya.
Baru-baru ini Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mengkaji semula gaji minimum yang baru ditetapkan kepada sektor swasta di Sabah dan Sarawak.
Mereka mencadangkan agar kerajaan menetapkan kadar gaji minimum sebanyak RM1,000 kerana para pekerja di negeri-negeri tersebut berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi.
Ketika mengumumkan kadar itu pada 30 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun berkata penetapan kadar gaji minimum yang berbeza adalah untuk permulaan sahaja dan kerajaan berharap agar ia dapat diselaraskan kepada satu kadar di seluruh negara.
-- BERNAMA

9 ulasan:
macam-macam ada.........
tak faham.......
Apa la CUEPACS sibuk hal sektor swasta ni. Biarlah MTUC shj yg fight utk ahli diorg.
Kupek menyibuk !
kerja sendiri ntah kemana .. Mesy. Penambahbaikan SSM+ dgn JPA dah buat ke blum????
Desak JPA buat mesyuarat ...
mana seruhanjaya gaji....janji belum tunai
alahai .. cupec.
apsal gk mininum sabah rendah?nk kata murah xde ap yg murah kt sabah,hrga mknn sama cm semenanjung,hrga tggi 2k-4k berbnding hrga smnnjung,rumah mhal,bilik sj dh rm300 lum sbiji umah lg...minyak ikot hrga semasa??...apa crita ni?trima ksih la wat SABAH ni negeri MISKIN,selamanya MISKIN...
Qpec nak menyibuk sbb nak jadi hero
Majikan di Sabah ni main tipu,walaupun gaji minimum ini dilaksanakan,gaji kami tetap sama sebab majikan akan potong komisyen,ot dan banyak lagi teknik-teknik jahat,harap kerajaan dapat melakukan sesuatu.
Pada masa ini, kami menawarkan skim pinjaman EASY and FAST pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2% dengan kad pengenalan yang sah dan sesuai untuk pengesahan.
Anda boleh mengemukakan permohonan pinjaman anda untuk apa-apa jumlah pinjaman yang diperlukan.
Kami menawarkan pinjaman dari $ 5,000.00 USD Min. $ 100,000.00 USD Maks.
Kami mempunyai kredit jangka panjang maksimum lima (5) hingga lima puluh (50) tahun.
Kami memberi pinjaman seperti berikut: pinjaman projek, pinjaman pembiayaan semula, pinjaman pelaburan komersial, pinjaman kereta atau kenderaan, pinjaman pelajar, penyatuan hutang,
pinjaman rumah, pinjaman peribadi, pinjaman perjalanan dan percutian, pinjaman tahun baru dan natal.
Syarikat kami juga memerlukan seseorang yang boleh menjadi wakil syarikat kami di negara anda.
Hubungi pejabat CROWN TRUST COMPANY LOAN KEWANGAN melalui e-mel: crowntrustfinancialloanfirm@gmail.com
Hantar permintaan respons segera anda kepada: crowntrustfinancialloanfirm@gmail.com
Terima kasih atas sokongan anda!
Kejayaan anda bermula dengan kami: JEFFEREY FRANK!
PENGARAH KERETA TANAH PINJAMAN KEWANGAN!
E-mel: crowntrustfinancialloanfirm@gmail.com
Catat Ulasan