SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

13 Mei 2012

NAJIB MAHU KERJASAMA ANTARA PEKERJA, MAJIKAN DAN KERAJAAN DIPERKUKUHKAN

Bernama
12/5/2012

SERDANG, 12 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak mahu kerjasama erat antara pekerja, majikan dan kerajaan terus diperkukuhkan bagi meningkatkan produktiviti dan menjayakan agenda transformasi negara.

Perdana Menteri berkata aspek itu merupakan nadi utama dalam menyuburkan konsep situasi yang menguntungkan semua tanpa menjejaskan kepentingan mana-mana pihak.

"Saya penuh yakin dengan kerjasama ketiga-tiga pihak antara pekerja, majikan dan kerajaan maka kita akan terus kukuh membentuk persefahaman dan kesepakatan jitu ke arah mewujudkan suasana dan perhubungan harmoni dan kondusif," katanya pada perhimpunan Hari Pekerja 2012 yang diadakan di sini, Sabtu.

Najib berkata sekiranya ketiga-tiga pihak mempunyai hubungan yang cukup baik dan padu, sudah pasti usaha mentransformasi negara akan berjalan lancar.

Hadir bersama ialah Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Timbalan Menteri Senator Datuk Maznah Mazlan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Omar Osman, Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia Datuk Azman Shah Haron dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Mohd Khalid Atan.

Najib berkata dalam ekonomi dunia yang tidak menentu dengan kadar pengangguran yang semakin meningkat di kebanyakan negara, Malaysia mampu mencapai kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.1 peratus tahun lalu.

Katanya kejayaan itu tidak mungkin dicapai tanpa persefahaman dan kesepakatan antara ketiga-tiga pihak.

Najib berkata ia juga memberikan keyakinan kepada kerajaan untuk berani melaksanakan pelbagai program dan pembaharuan termasuk, kenaikan gaji pekerja sektor awam dari tujuh hingga 13 peratus, gaji minimum pekerja sektor swasta RM900 di Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak dan Labuan.

"Para pekerja dapat mengecapi tahap hidup yang lebih baik lagi, pendapatan yang lebih tinggi dan kemudahan-kemudahan yang lebih selesa kerana kita telah dapat mengurus pentadbiran negara serta membuktikan dasar-dasar yang telah membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang boleh dikatakan memberangsangkan dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu," katanya.

Menurutnya kerajaan juga berjaya mengawal kadar pengangguran di negara ini di bawah tiga peratus, iaitu suatu angka yang didefinisikan sebagai mencapai guna tenaga penuh.

Dalam memastikan kesejahteraan dan kebajikan semua pekerja dipelihara, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan memberikan pelbagai inisiatif kepada sektor swasta seperti mana sektor awam untuk meningkatkan nilai tambah mereka dalam usaha melahirkan pekerja mahir dan berpendapatan tinggi.

"Ini amat penting kerana kita tidak boleh bersaing dengan aspek kos buruh yang rendah dalam negara ini. Kita mesti menambahkan daya saing negara kita, bukan melalui subsidi daripada kerajaan," katanya.

Katanya, syarikat dan organisasi perlu meningkatkan produktiviti dan daya saing dengan menggunakan segala kelebihan yang ada termasuk teknologi tinggi dan peluang perniagaan yang disediakan agar dapat bersaing di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, beliau gembira dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berjaya mengumpul pendapatan sebanyak RM23 bilion tahun lalu.

"Ini adalah contoh produktiviti mantap yang mana jabatan dan agensi lain perlu menambahkan produktiviti mereka. Dengan ini kita boleh membayar gaji yang lebih tanpa menjejaskan ekonomi negara," katanya.

Katanya tidak wajar mana-mana pihak menuntut peningkatan gaji tanpa meningkatkan produktiviti yang merupakan aspek penting dalam menentukan kejayaan dan kemajuan sesuatu organisasi mahupun negara.

"Kita kena faham bukan menuntut peningkatan gaji secara membuta tuli tetapi kita mesti meningkatkan produktiviti," katanya.

Najib berkata begitu juga dengan pemberian tambahan RM200 kepada pekerja estet milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC), antaranya Sime Darby Plantation, sebagai insentif tambahan kepada pekerja tempatan dan ex-gratia kepada pekerja asing yang ternyata menambah produktivi syarikat itu sehingga 10 peratus.

"Ini yang dikatakan situasi menang-menang, pekerja pun untung, majikan pun untung. Ia harus diberi perhatian untuk menjadi model yang baik. Kalau pekerja rugi syarikat pun rugi, negara pun rugi. Situasi menang-menang ini adalah falsafah yang dipegang oleh kerajaan," katanya.

Sebagai menghargai sumbangan dan peranan MTUC dan Cuepacs terhadap produktiviti negara, Najib turut mengumumkan 10 Kedai Rakyat 1Malaysia, iaitu masing-masing lima kedai bagi organisasi berkenaan, untuk membantu menambah pendapatan serta meringankan beban kewangan.

-- BERNAMA

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MEMANG BETUL ORANG KATA :
Setelah 18 tahun ditutup kesan radiasi diBukit Merah masih ada ditahap merbahaya!Kumpulan anti-Lynas Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL) mendakwa kesan radiasi di sekitar kilang penapisan Asia Rare Earth di Bukit Merah, dan tapak pelupusan sisanya di Bukit Kledang, kedua-duanya di Perak, masih pada tahap berbahaya selepas kilang berkenaan ditutup 18 tahun yang lalu.Menurut pengerusi SMSL Tan Bun Teet (kanan)NONE, ahli kumpulan itu yang lengkap dengan alat peranti bacaan radiasi tidak dibenarkan memasuki loji dan tapak pelupusan sisa itu tetapi bacaan radiasi di sekitar kedua-dua lokasi menunjukkan keputusan yang membimbangkan ditemui semasa mereka cuba melawat tapak berkenaan di Perak pada hujung minggu lalu.Bacaan berhampiran tapak kilang adalah sekitar 0.19 microsievert setiap jam manakala bacaan berhampiran tapak pelupusan sisa pula berjumlah kira-kira 0.2 microsievert bagi setiap jam.
Kedua-dua bacaan, jika dihitungkan kepada bacaan asas tahunan, adalah di luar tahap selamat iaitu pada 1 milisievert setiap tahun seperti yang dinasihatkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), dakwa Tan.Purata bacaan di Malaysia adalah 0.05 microsievert bagi setiap jam.AELB sebelum ini mendakwa bahawa tapak kilang telah dinyah-cemar dengan tahap radiasi turun dari 0.65 microsievert setiap jam kepada 0.17microsievert setiap jam dan ia selamat untuk aktiviti manusia. Jadi apa yang SELAMAT jika Projek Lynas diteruskan. Jepun dah guna import tempurung isirong kelapa sawit dari Malaysia untuk menjana Loji tenaga elektriknya.Manakala Kesatuan Eropah (EU) telah menggunakan kuasa ombak dan tenaga solar (matahari) untuk Loji tenaga elektriknya. Mengapa pula kita terhegeh-hegeh nak buat projek nuklear yang amat2 bahaya dan ketinggalan zaman itu. Mari kita cari lagi fakta baru...!

Tanpa Nama berkata...

KENAPA TESCO/GIANT/JUSCO LEBIH MURAH DARI KEDAI RAKYAT 1 M'SIA:

Sebab Kedai 1Malaysia bukan berorientasikan mencari untung tapi mencari Dana untuk membina Imej Siapa Aku termasuklah Cuepacs dan Mtuc yang telah menyimpang dari perjuangan Asalnya yaitu demi menjaga kebajikan pekerja kepada demi menjaga kepentingan kesatuan sekerja/pekerja. Jadi yang boleh diharap ialah Diri kita yang perlu pintar membuat KEPUTUSAN yang mana satu INI atau ITU termasuklah dalam PRU 13 nanti. Buktikan kuasa anda adalah penentu masa depan kita

Tanpa Nama berkata...

ada sesape kat sini boleh bagi pinjam duit RM500/- nak beli barangan dapur,harga barangan mendadak naik, melambung tinggi, duit gaji dah habis bayar tol tiap-tiap hari, minyak kereta,parking kereta,bayar kereta, sewa rumah,bayar api-air,bayar cukai tanah, cukai pintu.. total semua RM1400/- gaji buruh kasar RM1490, baki RM90/- tolonglah hambamu ini ya ALLAH..!!

Tanpa Nama berkata...

MINTA PINJAM DARI GURU-GURU ATAU S/U AGONG CUEPACS MEREKA DAPAT NAIK GAJI BANYAK,SEKOLAH TAK CEMERLANG, GURU CEMERLANG,PENGETUA CEMERLANG,PRESTASI PMR,SPM TERCOROT,JPN NILAI MACAM MANA?GURU CEMERLANG MENGAJAR BUDAK BUDAK PUN TAK PANDAI,DULU MASA MULA TRAINING GURU,ADA PENYELIA MENILAI,SEKARANG PENGETUA,PENOLONG KANAN ASYIK NAIK ,TETAPI DISEKOLAH ASYIK MENGHILANGKAN DIRI,ADAKAH ITU DIKATAKAN CEMERLANG.

CROWN TRUST FINANCIAL LOAN FIRM !!! berkata...

Pada masa ini, kami menawarkan skim pinjaman EASY and FAST pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2% dengan kad pengenalan yang sah dan sesuai untuk pengesahan.
Anda boleh mengemukakan permohonan pinjaman anda untuk apa-apa jumlah pinjaman yang diperlukan.
Kami menawarkan pinjaman dari $ 5,000.00 USD Min. $ 100,000.00 USD Maks.
Kami mempunyai kredit jangka panjang maksimum lima (5) hingga lima puluh (50) tahun.
Kami memberi pinjaman seperti berikut: pinjaman projek, pinjaman pembiayaan semula, pinjaman pelaburan komersial, pinjaman kereta atau kenderaan, pinjaman pelajar, penyatuan hutang,
pinjaman rumah, pinjaman peribadi, pinjaman perjalanan dan percutian, pinjaman tahun baru dan natal.
Syarikat kami juga memerlukan seseorang yang boleh menjadi wakil syarikat kami di negara anda.
Hubungi pejabat CROWN TRUST COMPANY LOAN KEWANGAN melalui e-mel: crowntrustfinancialloanfirm@gmail.com
Hantar permintaan respons segera anda kepada: crowntrustfinancialloanfirm@gmail.com

Terima kasih atas sokongan anda!
Kejayaan anda bermula dengan kami: JEFFEREY FRANK!
PENGARAH KERETA TANAH PINJAMAN KEWANGAN!
E-mel: crowntrustfinancialloanfirm@gmail.com