Utusan Malaysia
KOTA MARUDU 7 Mei - Kerajaan pada dasarnya
bersetuju dengan saranan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam
Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya umur persaraan wajib kakitangan
Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dilanjutkan kepada 60 tahun
berbanding 58 tahun pada masa ini.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie
Apdal berkata, perkara itu telah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA) untuk tindakan lanjut.
"Pihak kementerian sudah mengemukakan rayuan kepada Jabatan
Perkhidmatan Awam dan kita tunggu apa yang diputuskan untuk mereka
meneruskan perkhidmatan lanjutan," katanya.
Mohd. Shafie berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis
program mesra rakyat bersama beliau di Dewan Masyarakat Kota Marudu, di
sini hari ini.
Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Maximus
Ongkili; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Sarapin Magana;
ADUN Tandek, Anita Baranting dan ADUN Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim
Ismail.
Semalam, CUEPACS menuntut kerajaan mencari penyelesaian segera
berhubung tiga perkara yang membelenggu hampir 16,000 kakitangan Kemas
di seluruh negara.
Presidennya, Datuk Omar Osman dilaporkan berkata, perkara itu
antaranya ialah melanjutkan umur persaraan wajib mereka yang pada masa
ini 58 kepada 60 tahun selaras dengan pelaksanaan Skim Saraan Malaysia
(SSM) yang baru.
Mohd. Shafie berkata, langkah itu amat wajar memandangkan pekerja
berkenaan masih mampu memberikan sumbangan yang signifikan kepada
kerajaan.
"Kita tahu mereka ini mempunyai keupayaan dan sudah kita latih
sebelum ini dan sudah pasti ia akan memberi penambahan dari segi
keupayaan kita kelak," katanya.
1 ulasan:
BERITA BAIK UNTUK AL
Saya ingin mengingatkan semua pencari pinjaman internet untuk berhati-hati, terdapat penipuan pinjaman dalam talian di mana-mana, mereka akan menghantar dokumen palsu dan mereka akan mengatakan tidak ada bayaran, maka mereka akan meminta anda membayar yuran lesen dan bayaran pemindahan, jadi berhati-hati.
Semua pemberi pinjaman palsu ini mempunyai banyak persamaan yang saya dapati dan saya akan menyenaraikan mereka di bawah
Kebanyakan mereka mempunyai akaun gmail
Mereka semua mempunyai kuasa yang meyakinkan. mereka akan menjanjikan segala-galanya
Mereka semua mempunyai gambar profil palsu seorang wanita yang memakai tudung
Mereka semua memberi kadar faedah 2%
Tiada had pada jumlah yang anda boleh pinjam
Berita baiknya ialah saya telah menemui firma pinjaman dalam talian yang sah. Saya tidak berada di sini untuk berkhotbah tetapi untuk membantu orang keluar dari pengisap wang ini. hubungi syarikat (Dailypayloan@yahoo.com) Jika anda berminat untuk mendapatkan pinjaman, atau anda menghantar saya e-mel peribadi (zaradam@yahoo.com). Satu perkataan cukup untuk orang bijak
Catat Ulasan