Bernama
12/5/2012
12/5/2012
SERDANG, 12 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak memberi satu
lagi hadiah istimewa kepada Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan
Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk
mengendalikan 10 buah Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M).
Perdana Menteri berkata kedua-dua organisasi yang menjadi tunjang utama produktiviti negara itu masing-masing akan mengendalikan lima kedai KR1M bagi mengukuhkan kekuatan ekonomi organisasi tersebut.
"Dalam membangunkan ekonomi negara, saya dengan sukacitanya mengumumkan 10 buah Kedai Rakyat 1Malaysia untuk dikendalikan oleh MTUC bagi sektor swasta dan dan CUEPACS bagi sektor awam," katanya ketika berucap memberikan amanat kepada lebih 12,000 warga kerja yang menghadiri perhimpunan Hari Pekerja 2012, di Taman Ekspo Pertanian Serdang, di sini, Sabtu.
Sebelum ini, kerajaan memberikan kenaikan gaji penjawat awam dari tujuh hingga 13 peratus dan menetapkan gaji minimum pekerja sektor swasta RM900 di semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak dan Labuan.
Turut hadir Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Timbalannya Senator Datuk Maznah Mazlan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman, Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia Datuk Azman Shah Haron dan Presiden MTUC Mohd Khalid Atan.
Dr Subramaniam yang menyambut baik pengumuman itu berkata usaha kerajaan itu mampu meringankan beban para pekerja terutamanya yang berpendapatan rendah dan sekaligus mengukuhkan kedudukan kewangan organisasi itu.
Sementara itu, Omar yang ditemui selepas majlis itu berkata beliau agak terkejut dengan pengumuman itu.
Mohd Khalid pula berkata beliau akan berbincang dengan jawatankuasanya berhubung pengurusan KR1M.
-- BERNAMA
Perdana Menteri berkata kedua-dua organisasi yang menjadi tunjang utama produktiviti negara itu masing-masing akan mengendalikan lima kedai KR1M bagi mengukuhkan kekuatan ekonomi organisasi tersebut.
"Dalam membangunkan ekonomi negara, saya dengan sukacitanya mengumumkan 10 buah Kedai Rakyat 1Malaysia untuk dikendalikan oleh MTUC bagi sektor swasta dan dan CUEPACS bagi sektor awam," katanya ketika berucap memberikan amanat kepada lebih 12,000 warga kerja yang menghadiri perhimpunan Hari Pekerja 2012, di Taman Ekspo Pertanian Serdang, di sini, Sabtu.
Sebelum ini, kerajaan memberikan kenaikan gaji penjawat awam dari tujuh hingga 13 peratus dan menetapkan gaji minimum pekerja sektor swasta RM900 di semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak dan Labuan.
Turut hadir Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Timbalannya Senator Datuk Maznah Mazlan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman, Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia Datuk Azman Shah Haron dan Presiden MTUC Mohd Khalid Atan.
Dr Subramaniam yang menyambut baik pengumuman itu berkata usaha kerajaan itu mampu meringankan beban para pekerja terutamanya yang berpendapatan rendah dan sekaligus mengukuhkan kedudukan kewangan organisasi itu.
Sementara itu, Omar yang ditemui selepas majlis itu berkata beliau agak terkejut dengan pengumuman itu.
Mohd Khalid pula berkata beliau akan berbincang dengan jawatankuasanya berhubung pengurusan KR1M.
-- BERNAMA
10 ulasan:
MEMANG BETUL ORANG KATA :
Setelah 18 tahun ditutup kesan radiasi diBukit Merah masih ada ditahap merbahaya!Kumpulan anti-Lynas Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL) mendakwa kesan radiasi di sekitar kilang penapisan Asia Rare Earth di Bukit Merah, dan tapak pelupusan sisanya di Bukit Kledang, kedua-duanya di Perak, masih pada tahap berbahaya selepas kilang berkenaan ditutup 18 tahun yang lalu.Menurut pengerusi SMSL Tan Bun Teet (kanan)NONE, ahli kumpulan itu yang lengkap dengan alat peranti bacaan radiasi tidak dibenarkan memasuki loji dan tapak pelupusan sisa itu tetapi bacaan radiasi di sekitar kedua-dua lokasi menunjukkan keputusan yang membimbangkan ditemui semasa mereka cuba melawat tapak berkenaan di Perak pada hujung minggu lalu.Bacaan berhampiran tapak kilang adalah sekitar 0.19 microsievert setiap jam manakala bacaan berhampiran tapak pelupusan sisa pula berjumlah kira-kira 0.2 microsievert bagi setiap jam.
Kedua-dua bacaan, jika dihitungkan kepada bacaan asas tahunan, adalah di luar tahap selamat iaitu pada 1 milisievert setiap tahun seperti yang dinasihatkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), dakwa Tan.Purata bacaan di Malaysia adalah 0.05 microsievert bagi setiap jam.AELB sebelum ini mendakwa bahawa tapak kilang telah dinyah-cemar dengan tahap radiasi turun dari 0.65 microsievert setiap jam kepada 0.17microsievert setiap jam dan ia selamat untuk aktiviti manusia. Jadi apa yang SELAMAT jika Projek Lynas diteruskan. Jepun dah guna import tempurung isirong kelapa sawit dari Malaysia untuk menjana Loji tenaga elektriknya.Manakala Kesatuan Eropah (EU) telah menggunakan kuasa ombak dan tenaga solar (matahari) untuk Loji tenaga elektriknya. Mengapa pula kita terhegeh-hegeh nak buat projek nuklear yang amat2 bahaya dan ketinggalan zaman itu. Mari kita cari lagi fakta baru...!
CUEPACS DAN MTUC KENDALI KEDAI 1 MALAYSIA,ADAKAH AKAN MENJIMATKAN BELANJA KAKITANGAN AWAM ATAU LEBIH MAHAL,MASING-MASING MAU UNTUNG.
KENAPA TESCO/GIANT/JUSCO LEBIH MURAH DARI KEDAI RAKYAT 1 M'SIA.
kami dah berijazah dan master 7-8 tahun, tapi tiada kenaikan pangkat dan kenaikan gred, dpt apc, pretasi 97%, lulus ptk tahap 4, dah 13 tahun berkhidmat gred C, JPA, SPA, CUEPACS dan KERAJAAN perlu menaiktarafkan gred semua PA, sepatutnye kami PA hanya perlu ditemuduga jea dalam kenaikan pangkat dan permohonan perjawatan baru kerana kami ada pengalaman kerja dan berpuluh kali mengikuti seminar, kursus,taklimat dan macam-macam lagi, tak perlulah menduduki perperiksaan dan ujian fizikal, nak kena berlari berbatu-batu, dan sebagainya..kami dah berumur 30an dan 40an.. ini baru dikatakan menjaga kebajikan PA, barulah PA memberi perkhidmatan dan pemikiran kelas 1 di dunia..
KENAPA TESCO/GIANT/JUSCO LEBIH MURAH DARI KEDAI RAKYAT 1 M'SIA:
Sebab Kedai 1Malaysia bukan berorientasikan mencari untung tapi mencari Dana untuk membina Imej Siapa Aku termasuklah Cuepacs dan Mtuc yang telah menyimpang dari perjuangan Asalnya yaitu demi menjaga kebajikan pekerja kepada demi menjaga kepentingan kesatuan sekerja/pekerja. Jadi yang boleh diharap ialah Diri kita yang perlu pintar membuat KEPUTUSAN yang mana satu INI atau ITU termasuklah dalam PRU 13 nanti. Buktikan kuasa anda adalah penentu masa depan kita
ada sesape kat sini boleh bagi pinjam duit RM500/- nak beli barangan dapur, harga barangan melambung nai, duit gaji dah habis bayar tol tiap-tiap hari, minyak kereta,parking kereta,bayar kereta, sewa rumah,bayar api-air,bayar cukai tanah, cukai pintu.. total semua RM1400/- gaji buruh kasar RM1490, baki RM90/- tolonglah hambamu ini ya ALLAH..!!
Kedai 1 malaysia ialah satu projek kerajaan yg menguntungkan rakyat. harga kedai 1 malaysia lebih mudah drp supermarket.
kita harap kerajaan teruskannya.
harga barangan semakin melambung naik..!! susu pekat, minyak makan, beras, tepung gandum, milo, nescafe, roti, susu segar, sabun basuh, sabun mandi, kicap dan barangan lain.. tak percaya.. pergilah ke kedai 1 malaysia.. anda pasti teruja..!! untuk rakyat malaysia sarapan pagi sekeping roti/biskut dan kopi-O, makan tengahari nasi berulam ikan bilis berserta lada kecik-bergaram, minum petang biskut kering perkena tea-O, makan malam nasi bersama ikan goreng berkuah kicap.. inilah rutin makanan rakyat malaysia yg berpendapatan rendah dan PA berpendapatan rendah.. pemimpin senang-lenang mentah-kedarah, ape celop..!! ape cite nie semua..!!
ALA KANGSAR, 16 Mei — Seramai 24,053 guru yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat, mulai 1 Jun hingga 31 Dis ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata kumpulan itu merangkumi seramai 8,222 guru lepasan Ijazah dan 15,831 lepasan Diploma.
"Guru-guru boleh membuat semakan di laman web Kementerian Pelajaran mulai hari ini," katanya ketika berucap merasmikan majlis sambutan Hari Guru ke-41 di sini, hari ini.
Beliau berkata selaras dengan usaha kerajaan untuk menambah baik Skim Perkhidmatan Pendidikan, peruntukan minimum kenaikan pangkat secara 'time-based' berasaskan kecemerlangan dikekalkan sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac lepas.
Katanya melalui skim itu, bagi guru lepasan Ijazah gred DG41, hanya lapan tahun diperlukan untuk kenaikan ke gred DG44, lapan tahun untuk gred DG44 ke DG48, enam tahun untuk gred DG48 ke DG52 dan hanya tiga tahun untuk gred DG52 ke DG54.
Muhyiddin berkata bagi guru lepasan Diploma gred DGA29, hanya lapan tahun diperlukan untuk naik ke gred DGA32, lapan tahun untuk gred DGA32 ke DGA34 dan hanya lima tahun untuk gred DGA34 ke DGA38.
Beliau berkata lanjutan pengumuman Perdana Menteri itu, seramai 390 guru telah dinaikkan ke gred DG54, DG52 (676), DG48 (3,938) dan DG44 (19,805).
Katanya bagi guru bukan siswazah pula, seramai 399 orang dinaikkan ke gred DGA38, DGA34 (2,639) dan DGA32 (9,519).
Beliau berkata proses kenaikan pangkat Pengetua dari gred DG48 ke DG52 dan Penolong Kanan dari DG44 ke DG48 telah dilaksanakan oleh kementerian.
"Setakat ini seramai 854 Pengetua telah dinaikkan pangkat dari DG48 ke DG52 dan 4,270 Penolong kanan dinaikkan pangkat dari DG44 ke DG48," katanya.
Muhyiddin berkata kenaikan pangkat itu melibatkan Pengetua dan Penolong Kanan yang merupakan penyandang sedia ada sebelum atau pada 31 Dis 2011 dan yang memangku jawatan sebelum atau 31 Dis 2010. Tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat ialah 1 Jan 2012.
Katanya seramai 430 baki penyandang jawatan Pengetua gred DG48 ke gred DG52 dan seramai 2,655 baki penyandang jawatan Penolong Kanan Gred DG44 ke Gred DG48 akan diperakukan secara berperingkat mulai Jun 2012 setelah calon-calon memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
"Bagi melaksanakan urusan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kerajaan telah memperuntukkan RM934 juta, iaitu satu jumlah yang membuktikan kesungguhan kerajaan memberi pengiktirafan kepada usaha para guru dalam membentuk modal insan yang berpersonaliti unggul," katanya.
Selain itu, Muhyiddin berkata kementerian komited mencapai sasaran 60 peratus guru siswazah di sekolah rendah dan 90 peratus guru siswazah di sekolah menengah menjelang tahun 2015.
Katanya sehingga kini program pensiswazahan guru berjalan lancar dengan 69.6 peratus daripada 66,124 guru yang disasarkan telah menerima tawaran mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi. — Bernama
GURU-GURU KETAWA,KAKITANGAN AWAM LAIN MENANGIS KERANA DIPINGGIRKAN,HA HA...................
kami tak pelik kalau guru dinaikan pangkat dengan cepatnye dlm waktu terdekat nie.. ini semua pasal PRU-13, keje guru bukan teruk sgt, jam 7,00 masuk, itupun ada yg lambat,jam 3 dah balik mengangkang kat rumah, sebab tue guru sekarang bukannya berkualiti, roh mengajarnya tak de..kauliti guru sebahagian besarnya terburuk dlm perkhidmatan awam, banyak kes di dada akhbar berkaitan guru-guru.. wahai PA semua berapa ramai anak tuan/puan yg berjaya dgn kelulusan cermerlang, kalau anak tuan/puan cermerlang pun disebabkan tuan/puan menghantar anak-anak tuan/puan ke pusat tuisyen, betul tak.? ape guru buat disekolah selama masa mengajar..? mana perlajar yg lemah dipinggirkan oleh pihak sekolah dan guru, tak percaya lihat sendiri sekolah anak-anak tuan/puan, tak masuk kelas mengajar, mengajar sambil lewa, mengeluarkan kata-kata kesat kepada perlajar, menconteng buku pelajar dgn bahasa yg kurang elok, pilih-kasih, perlajar miskin dipinggirkan, mengejar pangkat dan gaji, malas mengajar, boikot perlajar dan bermacam ahklak buruk guru, kami tak cemburu tetapi biarlah berpada-pada, kami berkerja siang-malam, sekiranya berlakunya bencana alam spt banjir, kami juga yg kedepan,
mane perginya guru-guru, pelbagai program dan dasar-dasar kerajaan di anjurkan kerajaan, kami juga ke depan, taukah kerajaan ramai di kalangan guru-guru penyokong dan master-mind kepada pihak pembangkang.. sepatutnya kerajaan sudah lama menaikkan gred PA bukan guru, bukan bermain tarik-tali, buruk padahnya.. kami PA 1.4 juta juga memainkan peranan yg amat penting bagi pembangunan negara menuju negara maju menjelang tahun 2020.. PRU-13 semakin hampir, kami bijak memilih. undi adalah rahsia..!!
kerajaa rugi berjuta ringgit .kerana tugas pegawai khidmat pelaggan dianak tirikan.... jawatan penyelia dihapuskan.. akibatnya peralatan ibusawat yg bernilai..jutaan ringgit terbiar dan tidak dijaga...inilah
kerajaan lebih suka membazir dari dari menjaga kepentingan wang rakyat.
Catat Ulasan