SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

02 Mei 2012

PAHANG PERKENAL KONSEP RUMAH PR1MA

Utusan Malaysia
Oleh ZAMZURINA AHMAD

zamzurina.ahmad@utusan.com.my
1/5/2012


KUANTAN 1 Mei - Kerajaan negeri bakal melaksanakan projek perumahan seperti mana pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dalam usaha memastikan masyarakat memiliki rumah sendiri terutama golongan muda.Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, rumah tersebut berkeluasan 3,000 kaki persegi akan ditawarkan kepada mereka yang berpendapatan antara RM2,000 hingga RM4,000 sebulan.
"Rumah yang memiliki tiga bilik tidur dan dua bilik air itu akan dijual pada harga berpatutan iaitu antara RM70,000 hingga RM150,000."Sesiapa sahaja tanpa mengira kaum boleh memohon untuk mendapatkan rumah tersebut yang akan dibina menggunakan Sistem Binaan Bersepadu (IBS)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pendidikan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di sini semalam.

1 ulasan:

Tawaran Hebat Ni berkata...

rumah tersebut berkeluasan 3,000 kaki persegi akan ditawarkan kepada mereka yang berpendapatan antara RM2,000 hingga RM4,000 sebulan.
"Rumah yang memiliki tiga bilik tidur dan dua bilik air itu akan dijual pada harga berpatutan iaitu antara RM70,000 hingga RM150,000......memang harga patut ni....tapi ktika musim pilihanraya aje ke tawaran dibuat ?