Utusan Malaysia
19/4/2015
KOTA
BHARU 19 April – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan
Awam (CUEPACS) yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedia
mempertimbangkan tuntutan supaya 252 skim gaji dikaji semula termasuk
menaikkan gaji minimum kakitangan awam sehingga RM1,200 sebulan.
Dalam masa sama, jelas beliau, kumpulan penjawat awam rendah terus bergelut untuk hidup kerana selain gaji pokok yang sememangnya rendah, kadar kenaikan gaji tahunan sebanyak RM80 setahun juga terlalu 'perlahan' dan tidak seimbang dengan kadar kenaikan kos sara hidup yang jauh lebih pantas.
“Sehari dua ini kita nampak kerajaan menyatakan masa tidak sesuai untuk kenaikan gaji. Soalnya bukan sesuai atau tidak kerana kalau nak kata tidak sesuai, sepanjang masa pun tidak sesuai. Kalau benar-benar mahu menjaga kepentingan penjawat awam rendah, kerajaan kenalah berusaha membantu mereka,” katanya.
“Kita bagaimanapun yakin 200 peratus bahawa Perdana Menteri sentiasa prihatin terhadap nasib golongan penjawat awam rendah ini. Sebab itu kita harap beliau dapat mengumumkan penambahbaikan 252 skim ini ketika sambutan Hari Pekerja di Kuching, Sarawak pada 1 Mei ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan penutupan Seminar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan Kepenggunaan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi CUEPACS negeri, Aminuddin Awang.
Akhbar sebelum ini melaporkan tuntutan CUEPACS supaya kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 35 peratus bagi menjadikan RM1,200 sebulan sebagai gaji minimum selepas mendakwa gaji terendah yang diterima golongan itu, iaitu sebanyak RM805 sebulan tidak memadai dan di bawah paras kemiskinan.
Dalam perkembangan lain, Azih menggesa kerajaan supaya menarik semula cadangan untuk menamatkan perkhidmatan kira-kira 46,000 penjawat awam yang dilantik secara kontrak pada 31 Disember depan.
“Kita minta jasa baik Perdana Menteri supaya mempertimbangkan perkara ini kerana sebahagian besar daripada pekerja kontrak ini yang merupakan pemegang ijazah sudah mempunyai komitmen tersendiri termasuk sudah berkeluarga. Mereka pasti berdepan kesukaran untuk mencari kerja baharu,” katanya.
2 ulasan:
perkataan pertimbangkan,mempertimbang,diberi pertimbangan sangat sangat wajar tak boleh digunakan lagi kerana telah lama digunakan.
Apa yang diperlukan sekarang adalah keputusan yang muktamad,pengumuman jawapan yang diharapkan.
Janganlah permainkan lagi penjawat awam terutama golongan pelaksana 1 dan 2 ni.Mereka mengharapkan dari kerajaan kenaikan gaji dan elaun diputuskan dalam tahun 2015 ni.
Teruskan perjuangan murni pihak cuepacs kerana niat perjuangan anda akan dibalas ALLAH.ALLAH MAHA MENGETAHUI NIAT PERJUANGAN ANDA.
YANG MULIA ...DATUK AZIH..ADA APA2 PENGUMUMAN KAA ...1 MEI NII..?
Catat Ulasan