SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

23 April 2015

KWSP BELAKANGKAN AHLI LEMBAGA

Kosmo Online
22/4/2015




 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
IBU Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur tetap menerima kunjungan pencarum meskipun badan berkanun itu berdepan kontroversi berhubung cadangan melanjutkan had usia pengeluaran caruman penuh kepada 60 tahun.



KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak pernah me­minta pandangan 15 ahli lembaga badan berkanun itu berhubung cadangan untuk melanjutkan had umur pengeluaran caruman kepada 60 tahun yang mendapat bantahan meluas pencarum.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata, pihaknya kecewa kerana pengurusan badan berkanun itu tetap mahu meneruskan cadangan tersebut tanpa mendapat persetujuan ahli lembaga sedia ada terlebih dahulu.
Ahli lembaga KWSP terdiri daripada wakil kesatuan sekerja dalam sektor awam dan swasta serta persatuan-persatuan majikan termasuk ahli profesional yang berperanan untuk menjaga kepentingan pencarum KWSP yang kini berjumlah melebihi 14 juta orang.
“KWSP ada sekali sahaja membentangkan cadangan itu kepada ahli lembaga pada tahun lalu, namun tiada kata putus mahupun perbincangan diadakan dengan kami.
“CUEPACS yang berada dalam lembaga itu tidak menyangka KWSP akan mengumumkan cadangan tersebut kepada awam ketika ini. Sepatutnya cadangan ini boleh dibincangkan terlebih dahulu di peringkat ahli lembaga sama ada sesuai atau tidak dilaksanakan sebelum menjadi isu besar kepada rakyat,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

2 ulasan:

shawn berkata...

itu menunjukkan yg ko bodoh sbb tak paham2. ko tak ada power apa pun dlm kwsp. dia org jentik ko selamba je. nak dikatakan ceupacs ni sebuah kesatuan yg dihormati pihak pemerintah pun, tak juga. maruh ceupacs dah kama dicarik-carik sejak dulu lg bila org dlm ceupacs hidup mcm lalang. patut ketepikan semua idealogi politik dan bersatu pejuangkan nasib penjawat awam dan rakyat makaysia.

shawn berkata...

itu menunjukkan yg ko bodoh sbb tak paham2. ko tak ada power apa pun dlm kwsp. dia org jentik ko selamba je. nak dikatakan ceupacs ni sebuah kesatuan yg dihormati pihak pemerintah pun, tak juga. maruh ceupacs dah kama dicarik-carik sejak dulu lg bila org dlm ceupacs hidup mcm lalang. patut ketepikan semua idealogi politik dan bersatu pejuangkan nasib penjawat awam dan rakyat makaysia.