Bernama
22/ 4/2015
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Kaji selidik secara dalam talian
'i-Akaun' yang diperkenalkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)untuk
mendapatkan pandangan pencarum berhubung cadangan penyelarasan umur
pengeluaran simpanan ahlinya kepada 60 tahun adalah tidak relevan.
Sebaliknya, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata pertemuan secara terbuka antara KWSP dengan pihak berkepentingan seperti pekerja dan majikan adalah lebih sesuai.
"Hari ini dalam keadaan orang ramai yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, KWSP tidak seharusnya memperkenalkan kaedah itu," katanya dalam sidang media di sini Rabu.
KWSP baru-baru ini meminta ahlinya menimbangkan dua cadangan -- melanjutkan umur pengeluaran penuh daripada 55 kepada 60 tahun secara berperingkat dalam tempoh 15 tahun, atau mengekalkan umur pengeluaran 55 bagi simpanan sedia ada dan memperkenalkan umur pengeluaran baharu pada 60 tahun bagi caruman mereka yang bekerja selepas usia 55 tahun.
Azih berkata pihaknya berpendirian tegas bahawa cadangan tersebut akan menyebabkan bakal pesara lebih tertekan dengan komitmen sedia ada seperti bayaran perumahan serta perbelanjaan lain.
Cuepacs turut mencadangkan supaya KWSP memberikan bonus kepada ahli yang telah mencarum lebih dari 25 tahun bagi menambah simpanan mereka.
Dalam perkembangan lain, Azih meminta setiap kementerian serta agensi di bawahnya disaran untuk menetapkan tempoh petugas kontrak sekurangnya-kurangnya tiga tahun.
"Sebagai contoh 18,000 pekerja kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang ditamatkan kontrak sehingga hujung tahun ini, perkara ini akan menyebabkan mereka tertekan memikirkan pekerjaan lain," katanya.
-- BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan