SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

19 April 2015

HARAP NAJIB PERTIMBANGKAN NAIK GAJI

Sinar Harian
19/4/2015


Azih Muda 
KOTA BHARU - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan dapat melakukan penambahbaikan dalam 252 skim gaji mengikut kesesuaian masa kini.

Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata, maklum balas yang diterima tidak memuaskan terutamanya apabila Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyifatkan tuntutan pihaknya sebagai tidak sesuai selepas mengambil kira keadaan ekonomi semasa.

“Saya berharap agar kerajaan akan mempertimbangkan tuntutan supaya 252 skim gaji dikaji semula dan ditambah baik, termasuklah cadangan menaikkan gaji minimum kakitangan awam sehingga RM1,200 sebulan.

“Sejak kebelakangan ini kita tengok kerajaan menyatakan masa tidak sesuai untuk kenaikan gaji. Soalnya bukan sesuai atau tidak kerana kalau nak kata tidak sesuai, sepanjang masa pun tidak sesuai,”katanya kepada media di majlis penutupan Seminar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan Kepenggunaan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung, semalam.

Menurutnya, jika kerajaan benar mahu menjaga kepentingan penjawat awam rendah, satu usaha yang komprehensif perlu dimulakan sekarang.

Bagaimanapun menurut Azih, pihaknya yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seorang pemimpin yang prihatin dan akan menyelesaikan isu tersebut secepat mungkin.

“Sebab itu kita harap beliau dapat mengumumkan penambahbaikan 252 skim ini ketika sambutan Hari Pekerja di Kuching, Sarawak pada 1 Mei ini,” katanya.

Terdahulu, Cuepacs menuntut supaya kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 35 peratus bagi menjadikan RM1,200 sebulan sebagai gaji minimum.

Menurut beliau, gaji yang diterima RM805 sebulan adalah tidak memadai dan berada di tahap yang rendah terutama ketika kos sara hidup melambung tinggi sekarang.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Azih turut menggesa kerajaan menarik semula cadangan untuk menamatkan perkhidmatan kira-kira 46,000 penjawat awam yang dilantik secara kontrak pada 31 Disember depan.

“Kita minta jasa baik Perdana Menteri supaya mempertimbangkan perkara ini memandangkan mereka yang terbabit  kebanyakannya pemegang ijazah dan saya yakin, setelah bekerja dengan kerajaan, mereka  mempunyai komitmen sendiri dalam kehidupan masing-masing.

“Jika perkara ini (penamatan kontrak perkhidmatan) berlaku, tidak mustahil pelbagai isu akan timbul dan mereka akan menghadapi masalah untuk mendapatkan kerja baharu,” katanya.

10 ulasan:

Aku Anti Parti Ajaran Sesat berkata...

Salam sejahtera. Daripada presiden dok sibuk mintak naik gaji utk ahli semua, saya rasa baik diusulkan kepada PM utk naikkan elaun-elaun sedia ada. ini kerana elaun yang dinikmati oleh ahli sekarang ini dah lama berada pada tahap sekarang,dah tak sesuai dengan zaman sekarang yang mana rakyat menderita dengan kenaikan harga barang.
Terima kasih

Aku Anti Parti Ajaran Sesat berkata...

Salam sejahtera. Daripada presiden dok sibuk mintak naik gaji utk ahli semua, saya rasa baik diusulkan kepada PM utk naikkan elaun-elaun sedia ada. ini kerana elaun yang dinikmati oleh ahli sekarang ini dah lama berada pada tahap sekarang,dah tak sesuai dengan zaman sekarang yang mana rakyat menderita dengan kenaikan harga barang.
Terima kasih

Unknown berkata...

YANG MULIA ...DATUK AZIH..ADA APA2 PENGUMUMAN KAA ...1 MEI NII..?

Unknown berkata...

YANG MULIA ...DATUK AZIH..ADA APA2 PENGUMUMAN KAA ...1 MEI NII..?

Al Isra' Associates berkata...

Di sini saya ingin menawarkan sesiapa yang berminat untu menjadi agen Takaful/ Perunding Kewangan Takaful menyertai kami di Al Isra' Associates. Jika anda seorang yang bercita-cita tinggi untuk memilik kerjaya dan perniagaan sendiri, kedatangan anda amat dialu-alukan. Kami adalah salah sebuah agensi terbesar yang mewakili Prudential BSN. Pendapatan berterusan dan tanpa had serta KOMISYEN yg akan dibayar selama 6 tahun.

Hubungi saya 018-2558789 (Amirah) atau email RESUME anda ke usrahsaeedah@gmail.com

Hubungi saya sebagai langkah pertama untuk mengubah hidup anda!

Abu Bakar berkata...

JPA kata tak sesuai buat kenaikan gaji untuk penjawat awam kerana ekonomi kurang memberangsangkan.

Tapi pembelian jet mewah boleh pula. Dengan harga jet mewah beratus juta ringgit sebiji itu, boleh buat banyak kenaikan gaji terhadap penjawat awam.

Tak apalah, penjawat awam perlu berjimat cermat untuk kepentingan negara, pemimpin negara dan pegawai atasan nak boros berbelanja tak apalah, untuk kepentingan negara juga kata mereka.

Penjawat awam tak cukup wang beli makanan boleh kutip kangkung dalam parit dan rebus makan dengan keluarga, kalau tak mampu beli gas untuk masak, maka kutip kangkung tu, kemudian basuh guna air parit tu, lepas tu makanlah anak beranak.

Pemimpin negara dan pegawai atasan tak apa, makan minum ditaja oleh kerajaan gunakan wang negara, buat program itu dan ini boleh makan sedap-sedap, tak perlu bayar, dibayar oleh kerajaan.

Inilah bezanya golongan yang kononnya terhormat dengan rakyat biasa seperti kini ini.

Tanpa Nama berkata...

saya ada 4 org anak duit sekolah.satu hari rm3x4-rm 9.00x20 hri=rm 180 minyak kereta rm 10x 20 =rm 200.
belaja minum rm 5.00.x20=100,makn t hri 7.00.x20hri=rm 140,belaja rumah lauk pauk rm 20.x 30hri=.rm600 byar kereta rm 700.letrik,air,talipon rm 250.lain lain 1000.semuanya 3.170. gaji termasuk eluan 3000 x bleh nak simpan thaji,shaham amanah.dan lain2 ini gred n11 punya pendapatan sejak gst lagi tak simpan terpaksa pijam citi.

Made in Pahang berkata...

Masanya x sesuai bukan sbb ekonomi tetapi sbb pru lambat lg...ada faham
klu nk minta naik gaji pon tunggulah pru nanti...

Tanpa Nama berkata...

Tidak mustahil mereka yg berjwtn kontrak dan sbhgiannya adalah kktgn kemas mampu mempengaruhi skgn rkyt kpd parti pmrintah jika mereka dilucutkan kontrak. Mereka sentiasa bergaul dgn msykt dan msykt amat mempercayai mereka. Jika keadaan ini berlaku,dikhuatiri skgn pgundi kpd BN juga akan ikut terjejas. Pjwt2 awam lain tidak berapa rpt kpd msykt dan mereka hanya terhad tugasnya dipjbt saja jika dibandingkan dgn org kemas yg sentiasa berusaha utk memperthnkn kprcyn rkyt kpd krjn sedia ada.Cuma,mereka takut utk menyuarakan pdpt kerna suara mereka diprkgkt bwhn sentiasa disekat dan tidak dibenarkan utk menyuarakan keluh kesah mereka utk didgr oleh krjn amnya.

Tanpa Nama berkata...

Berita ttg penamatan seramai 46 ribu pjwt awam kontrak dan pgurangan tempoh kontrak juga adalah sebuah mimpi ngeri kpd 18 ribu kktgn kemas yg kbykn nya berstatus kontrak yg tdiri drp pemb.pemaju msykt,pemaju msykt plbagai jurusan dan penyelia2 plbgi jurusan. Ini menunjukkan peranan kktgn bwhn semakin tpinggir dan tidak diperlukan lg oleh jbtn yg b'anggapan mereka blh myusur ke msykt akar umbi tnpa kktgn bwhn yg tsebut td. Mereka2 ini adalah tulang blkg kemas dan msykt memberi kpcyn kpd mereka2 itu. Pgurusan ttinggi dan ketua jbtn x mampu bgerak wlu seinci pun jika kktgn bwhn ini tiada lg. Msykt luar bndr psti akan mgecam dan mgkritik pkra itu dan ianya boleh mjejaskan skgn rkyt kpd krjn kelak.