Malaysiakini
25/1/2017
25/1/2017
Lebih 230 kakitangan awam berdepan masa depan tidak menentu ekoran
keputusan kerajaan menutup serta-merta Pusat Pelancongan Malaysia dalam
dan luar negara.Di sebalik jaminan menterinya, Datuk Seri Nazri Aziz, bahawa tiada
kakitangan akan diberhentikan, Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata,
mereka tidak mendapat maklumat lanjut mengenainya.
"Kakitangan terbabit tidak tahu ke mana mereka harus pergi, sama ada ke pejabat peringkat negeri atau ibu pejabat."Bagaimana pula bayaran dan elaun mereka. Petugas berkenaan tidak tahu apa akan jadi pada mereka," katanya.Sebelum ini Nazri dilaporkan berkata, penutupan berkenaan perlu dibuat kerana berlaku pertindihan dengan pejabat pelancongan negeri.
Katanya, langkah berkenaan juga dapat menjimatkan perbelanjaan negara sebanyak RM6 juta setahun. Menurut Azih, Cuepacs juga mengetahui mengenai penutupan berkenaan melalui akhbar. Selain di peringkat domestik, Pelancongan Malaysia juga mempunyai pejabat di Afrika Selatan, AS dan Australia.Justeru, kata Azih, kerajaan perlu mengkaji semula keputusan drastik
itu kerana ia tidak memberi masa mencukupi bagi kakitangannya membua
perancangan.
"Kami harap tiada pekerja diberhentikan, terutama memandangkan keadaan ekonomi sekarang. "Beri penjelasan kepada mereka, beri pilihan dan gambara jelas ke mana mereka akan ditempatkan," katanya. Sementara itu semakan Malaysiakini mendapati pejabat-pejabat
Pelancongan Malaysia di negara ini masih dibuka dan kakitangannya sedang
menunggu notis rasmi mengenai penutupan berkenaan.